Monday, 29 June 2009
Cikgu
Banyak perkara berlaku hari ini...berbual dengan Pija..seorang lagi sahabat yang juga bakal seorang guru.. Kami keluar bersama setelah setahun tidak bersua muka.
Pija atau nama sebenarnya Norhafiza Rumli...hehe.ramai orang cakap muka beliau seakan-akan saya... Entahlah..ke mana saja saya pergi mesti ada seseorang yang mukanya seakan-akan saya dan sememangnya kami selalu berkawan baik..hihi...
Beliau juga bakal guru Pendidikan Khas seperti saya..
Oppss..okay okay..saya perlu habiskan kerja saya dulu..hukhuk..patutnye buat kerja dulu sebelum update blog..adeih..
Sunday, 28 June 2009
buat air sudah..
Hari ini berkesempatan untuk update sikit..
Sekarang musim swine flu 'mengganas' di Malaysia...semua orang jadi takut..
Semalam semasa berkunjung ke sekolah tempat saya pernah mengajar dulu, semua cikgu-cikgu tanya saya..'ada selesema tak?'
Mana ada...alhamdulillah..
********
Baru je beberapa minggu tamat 2nd year..masih dalam mode menunggu results..tolong doakan semua..
Coursemates saya Martyn dah email-email tanya saya kat Malaysia ni macamana...Brenda pun sama...concern nye mereka..hehe..suka-suka...
Okaylah...saya nak siap-siap di dapur..nanti mak, ayah, ayen dan assyah pulang dari sekolah..at least..buat air teh ais untuk mereka...
Oppss...ingat tak sebelum ni saya berazam nak masak-masak untuk family saya..haha..semua impian itu musnah kerana saya sudah jadi pemalas..hehehe... setakat buat air je pandai..
Tuesday, 23 June 2009
adoi. adeh
bukannya malas nak update tapi tak tau nak update apa..sebab tak banyak perkembangan sangat..saya masih lagi bermalas-malasan di rumah.
Nak drive ke kedai pun rasa malas..
Okaylah..saya rasa saya nak tidoq sedikit lagi sebelum keluar pukul 10 pagi nanti..adoiii.adeih..
Sunday, 21 June 2009
Just a little time
Plan untuk ke Indonesia menjadi inshaallah..tapi bukan ke Bandung, tapi ke Medan, Sumatera.. akan melawat Danau Toba dan Air Terjun Sipiso-pisa dan Brastagi, sebuah kawasan pengeluar kobis terbesar di Asia Tenggara.. Percutian ke Indonesia ni sebenarnya sudah dirancang bersama Atiqah (cousin saya) dan Makcik (ibu saudara saya) sejak setahun yang lalu..huhu.. Semuanya menunggu kepulangan saya dari Cardiff untuk melaksanakan rancangan ini..
Alhamdulillah semoga menjadi kenyataan hendaknya...
Sebenarnya, 2-3 hari selepas pulang dari London, UK, saya telah diserang selesema... Haaa...haaa..'Swine Flu' kah itu?? Saya pun cuak jugak pada mulanya..tapi alhamdulillah bukan H1N1... Semua orang dalam keluarga ini pun naik cemas terutama Atiqah hehe.. Ohh tapi sekarang dah baik dah..
Aktiviti kerohanian sejak balik ini tidak begitu aktif selain Dhuha setiap pagi dan Al-Quran..itupun kadang-kadang, tak selalu macam di Cardiff..ish ish..Mahfuzah...kenapa macam ni.. Kena tingkatkan lagi Dhuha dan Al-Quran.. dan perlu beri perhatian kepada solat hajat dan qiam.. adeihh..susahnya untuk mengejar syurga-Nya..
Pengembaraan menjadi Cikgu Mahfuzah akan bermula selepas pulang dari Medan, Indonesia nanti.. Nama sudah di daftar, saya sudahpun berjumpa dengan Pegawai di Pejabat Pendidikan Daerah itu untuk hal ini.. Sudah berbincang dengan beliau tentang cuti 3 bulan saya ini tidak lama..jadi, saya mahukan sesuatu yang bermanfaat untuk diisi sepanjang cuti ini.. Lagipun, misi KIUT IluvIslam juga perlu diberi perhatian selain aktiviti-aktiviti usrah setempat..hehe..
Sepanjang cuti ni...saya rasa malas nak bukak laptop..hehe..online pun waktu malam je...siang terlalu padat dengan aktiviti harian seperti... pergi kedai...amik adik di sekolah...jalan-jalan kat shopping complex sorang-sorang...tengok Wanita Hari Ini..hik hik hik... Okay-okay dah..
P/S: Kat sini panas bangat...tapi malam ni agak dingin..
Tuesday, 16 June 2009
Bunga itu berwarna ungu

Walaupundah hampir seminggu kat rumah tapi rasa macam still tak kena dengan 'biological' dan 'physiological' diri saya ini...
Lapar tidak menentu..mengantuk pun salah 'time'... Selalu letih dan tidak bermaya di pagi hari... Malam pulak segar bugar hingga 2-3 pagi...
Adakah saya masih lagi terikut-ikut waktu di UK?? Kenapa lambat sangat nak 'adjust' bila balik kali ni.. adeihh...
Perancangan percutian ke Bandung-Jakarta-Puncak masih dalam perbincangan...mungkin minggu depan?? Hanya kami bertiga dalam 'plan' iaitu saya, cousin saya Ku Nur Atiqah dan Makcik saya yang bertindak sebagai 'head of planner'...
Bermula bulan July...saya semakin sibuk..cececece.. Okaylah..ayah saya pun dah balik dari sekolah... dah pukul 1.30 tengahari.. Kejap lagi mak saya pulak menyusul bersama adik saya Assyah...
Monday, 15 June 2009
Dia Di Hati
Situasi pertama:
Anda baru berkahwin dan suami anda pula ditawarkan untuk ‘outstation’ ke luar Negara yang terpencil dan jauh dari tempat tinggal anda selama 4 bulan. Dengan ini, suami anda akan dinaikkan gaji dan pangkat sekaligus dapat meningkatkan taraf ekonomi keluarga anda berdua pada masa hadapan. Namun begitu, beliau menyediakan nafkah berbentuk wang ringgit dan kemudahan selama pemergiannya. Soalannya, sanggupkah anda membenarkan beliau pergi? Anda berdua baru berkahwin? Berpisah dengan beliau selama 4 bulan???
Situasi kedua:
Anda baru berkahwin dan suami anda pula menyatakan hasrat untuk keluar berdakwah dan mengembara untuk aktiviti ‘tabligh’ selama 4 bulan di luar kawasan tempat tinggal anda. Semasa pemergiannya, beliau menyediakan kemudahan dan wang ringgit secukupnya untuk anda selama tempoh itu. Persoalannya, sanggupkah anda membenarkan beliau pergi??? Anda berdua baru berkahwin...berpisah dengannya selama 4 bulan??? Sanggupkah??
Hurmm..susahkan..saya pun tidak terfikir tentang itu semua.. Nak tahu apa jawapan saya? Kedua-duanya adalah positif..erm..tapi...ada penjelasan di sebalik jawapan-jawapan itu. Mungkin saya tak dapat nak kongsikan di sini..hehe...kerana itu adalah rahsia di antara saya dan juga tuan yang bertanya..
Unik kan situasi-situasi seperti di atas..pada sesetengah anggapan orang, berkahwin nanti adalah untuk bersama...kalau tak bersama, nanti jadi masalah...masalah lain pula timbul..uhuk uhuk uhuk..
Tettt...tettt..
Saya tak kahwin lagi la..tapi tak salahkan untuk berfikir tentang ini..hok hok hok.. Semoga perkahwinan yang saya harapkan nanti menjadi jalan pintas untuk saya ke syurga-Nya.. Boleh ke fikir macam tu??? Tapi saya rasa tenang apabila berfikir seperti itu...Kepada yang bertanya soalan-soalan berbentuk situasi di atas, terima kasih kerana menyedarkan saya tentang erti sebuah perhubungan dan perkahwinan yang diredhai Allah.. Mengubah persepsi saya tentang erti dan maksud sebuah perhubungan ini dalam konteks yang lebih ‘jihad’.
Emosi saya lemah untuk ini..hati saya tersentuh apabila ditanya soalan ini..
“Sesiapa yang mengejar dunia, dunia akan lari daripadanya; sesiapa yang mengejar akhirat, dunia akan datang kepadanya” – petikan ucapan Ustaz ***ar semasa Kelas Al-Quran di Cardiff.
“Setiap apa yang kita lakukan di dunia ini mesti kita letakkan nilai di dalamnya..Nilai itu ialah satu, iaitu hanya kerana Allah” – petikan ucapan orang yang bertanya soalan-soalan tersebut kepada saya semasa sesi perbualan dengan beliau [uhuk uhuk uhuk].
The Drama

Hari pertama di sini..di Malaysia.. Sungguh panas..berpeluh-peluh..ohh aku tidak biasa dengan keadaan ini.. ahhh...aku mahu pulang ke Cardiff ..ahh aku rimas dengan kepanasan di sini.. aduhh..tidak sanggup lagi.. [hehe..sungguh ‘drama queen’!!!]
Pagi tadi menemani ayah dan mak ke kedai...seperti biasa, saya la yang kena memandu...adeihh.. Sewaktu menunggu dalam kereta, saya melihat 2 orang anak gadis muda [belasan tahun agaknya] yang ada di luar kedai itu..
Hmmm..lagak pakaian mereka...to be honest..singkat, ketat dan agak menjolok mata yang memandang. Saya hanya memerkatikan mereka berdua dari tingkap kereta..’observation skills’ hik hik hik., Tiba-tiba salah seorang daripada mereka terpandang saya yang berada dalam kereta... Errrrr..
‘Eh, Teacher!!’ salah seorang daripadanya menjerit kecil.. Dia senyum gembira. Dia meluru datang mendekati kereta dan bersalaman dengan saya. ‘Teacher apa khabar? Lama tak nampak teacher. Teacher ingat lagi dulu saya yang datang rumah teacher amik buah rambutan?’
‘Eh la..lainnya kamu ni. Dah form berapa ni? Tinggal kat sini jugak ka?’ Saya bertanya seperti biasa, menyembunyikan perasaan terkejut. Uhuk uhuk uhuk.
‘Form 1 la teacher. Saya tinggal kat sini jugak la. Teacher mai beli barang jugak ka?’
‘Ohh, tak. Teacher tunggu ayah dengan mak teacher ni.’
‘Ohh, okay. Saya pi dulu teacher.’
‘Okay. Belajaq elok-elok na.’ Saya mengakhiri perbualan. Dia pun berlalu pergi ke arah rakannya.
Sungguh saya terkejut dengan perubahan mendadak anak-anak gadis zaman sekarang. Ye lah..dulu masa saya mengajar mereka, perlakuan, tingkah laku dan rupa masih lagi seperti kanak-kanak. Tup-tup, lepas 2,3 tahun,dah besar panjang sampai saya sendiri tak kenal mereka..hehe... Semuanya berubah.
Apa yang paling menyentuh hati saya ialah sifat mulia yang dimilikinya, tidak lupa wajah seorang guru ‘muda’ yang pernah mengajarnya dulu..hik hik hik...
Memang benar kata-kata pepatah, seorang guru tidak mungkin ingat akan wajah-wajah setiap anak muridnya namun murid-murid pasti tidak pernah lupa jasa seorang guru walaupun tempoh masa perkhidmatan saya terlalu singkat untuk dibandingkan dengan guru-guru ‘tua’ yang lain..hehehe...
Selepas insiden kejadian pagi tadi, saya semakin yakin dengan ‘title’ Cikgu Mahfuzah yang saya kejarkan selama ini..hehe...
Semoga ianya menjadi satu impian suci dan murni yang akan menjadi kenyataan.. Jika saya bakal seorang guru, bagaimana pula dengan anda? Semoga Allah bantu kita semua dalm apa jua bidang pekerjaan yang kita minati. Ameen..
Thursday, 11 June 2009
.:Hati ini sudah dimiliki:.
Bosan menunggu di KLIA ini...saya dah sampai ..saya dah sampai..
Sekarang dah boarding untuk flight ke Alor Setar...sebentar saja lagi akan belepas...
Lapar..lapar..lapar..nak makan.nak makan..nak makan satay....nak makan laksa...
Azam baru untuk kali ini di Malausia ialah memasak untuk keluarga saya..inshaallah berbekalkan sedikit ilmu memasak yang diperolehi di bumi UK, akan di'practice'.. Ilmu yang ada perlu diguna..kalau tak,jadi macam pepatah ini
Ilmu yang tidak diguna ibarat pohon yang tidak berbuah...tidak bermanfaat..
Jadi, praktikkanlah ilmu yang ada walaupun sedikit...Ilmu harus disertai dengan amal..
Yeyeah...dah nak masuk..okayh..saya perlu tutup laptop sekarang..sudah blogging dan ber'internet'... Hari Ahad ni akan memulakan pengembaraan menjadi cikgu Mahfuzah.
hehehhe...semoga diberkati Allah...
P/S: I know know..tajuk entry kali ini tiada kaitan dengan content, malah tak masuk langsung..hehe..saya memang begitu... Mungkin ini salah satu sebab mengapa saya di'diagnosed' to be 'BORDERLINE DYSLEXIA'....heheh...
symptoms..disorganisation dan incoherent in writing...itulah saya...
Hey Now..
Perjalanan pulang belum berakhir sebenarnya..kejap lagi flight ke Alor Setar..
Rasa mengantuk la...
Sepanjang perjalanan asyik tidor je.. tak ramai pelajar Malaysia yang saya kenal dalam flight kali ini..entah kenapa..tidak seperti tahun-tahun lepas..banyak je muka-muka familiar dalam flight...
Okaylah..saya nak jalan-jalan la..bosan-bosan...
Tuesday, 9 June 2009
Thinking of You...
Saya antara orang-orang terawal among the girls Cardiff yang pulang awal..heee... Dayang pun balik sama gak tapi flight dia malam sikit..sungguh tidak dirancang.. Memang tiket awal sengaja ditempah kerana saya tahu saya memang tak suka menunggu lama-lama di sini kalau dah habis VIVA or etc... Penantian nak balik itu lebih menyeksakan daripada saya menghirup udara nyaman di bumi UK ini..hehehe..
"Fuzah, jeles la dengan kau sebab kau balik awal", kata Izzati.
"Esok tak payahlah kejut Fuzah bangun pagi-pagi..jangan bagi Fuzah balik", kata Kak Yati dan Kak Faezah...
"Bestnye esok dah nak balik", kata Husna.
"Fuzah, pegi balik la..esok kan bus dari Cardiff pukul 6 pagi", kata Husniyah...
Hehe..seronok pulak teringat-ingat kata-kata mereka semua malam ni...
Balik saja dari BBQ Party Girls Cardiff, terus berborak dengan Kak Yati dan Kak Faezah..bergelak ketawa sampai ke pagi... Iyelah kan...3 bulan tak kan jumpa..hik hik hik.. Mesti mereka berdua rindukan saya nanti..saya yakin...haha...
Tiada lagi masakan panas menyambut kepulangan mereka pulang dari 'lab' masing-masing.. huk huk huk...
Tiada lagi gurau senda dan senyum manis dari saya di pagi hari untuk mereka sebelum mereka ke 'lab'..hok hok hok..
Tiada lagi yang menolong mengangkat sampah ke luar setiap hari Rabu...
Tiada lagi suara merdu saya ke udara di malam hari yang menghiburkan mereka..hek hek hek...
Ish3..kalau diorang baca ni mesti nak termuntah..hihi..
Takpelah...tak kesahlah...janji saya bahagia...
Memilih Warnaku, Putih atau Merah?
Hari ini hari terakhir sebelum pulang untuk tahun ini..banyak perkara yang perlu saya lakukan..
Barang-barang sudah di'packing' dengan cermatnya.. berat bag...24kg.. Dengan Emirates lepas la..tapi dari KLIA nak balik Alor Setar dengan MAS yang akan menjadi masalah...kena keluarkan sikit la kot untuk meringankan bag lugage itu.. Inshaallah, sudah bersedia untuk itu..
Untuk 3 bulan ini...saya akan merindui waktu-waktu dhuha di sini.... Selepas Dhuha, bersarapan..dan kemudian bagi burung merpati makan di belakang rumah...menyiram pokok-pokok bunga 'Gladioli' yang sudah menampakkan pucuknya..
Dan juga merindui detik-detik berbasikal menyusuri Cynon River untuk ke kelas..di sepanjang perjalanan yang indah, kadang-kadang terpaksa memberhentikan basikal untuk memberi laluan kepada tupai-tupai yang melintas dan juga anjing-anjing yang 'peramah'...
****************************************
Aktiviti di Malaysia nanti mungkin sedikit berbeza..hehe..Inshaallah, saya akan bergelar 'Cikgu/teacher Mahfuzah' hihi.... Doakan ye..amanah untuk terlibat secara dalam KIUT IluvIslam juga memanggil-manggil... Inshaallah, sahabat-sahabat KIUT semua, doakan kita dapat satu sekolah di Jitra, Kedah.. Saya akan cuba usahakan..Semoga Allah bantu..
Aktiviti lain pula tidak menentu...usrah-usrah dan circle keagamaan perlu dihadiri.. Selagi ada masa dan peluang, selagi itu saya akan berbakti...
Percutian juga tidak dilupakan...mungkin akan ke Bandung, Indonesia bersama 'cousin' saya Ku Nur Atiqah..harap-harap menjadilah hendaknye...
Pertemuan bersama sahabat-sahabat sekolah rendah, menengah dan MRSM juga menggamit...hihi..nak dengat updates terbaru dari mereka..sudah berpunya kah..atau masih sendiri kah... hoho.. Jikalau mereka tanya saya soalan itu.. Ini jawapan saya.. Belum Berkahwin tapi...Ingin Berkahwin... hehehehehehe...
Okaylah..saya perlu bersiap-siap untuk keluar bersama Cik Dayang ke Albany Road.. menikmati jalan-jalan yang tenang di sana...
Petang ni pulak ada BBQ Party Girls Cardiff..cececece..macam grand sangat je...
Esok tepat pukul 6 pagi...saya akan bertolak ke Gatwick Airport dengan Megabus...yuhuuu... Flight ke Dubai pukul 2.25pm dan transit selama 3 jam di Dubai sebelum sampai ke KLIA pada pukul 2.25pm, 11 June. Seseorang yang pasti menyambut kepulangan saya di KLIA dan menemani saya sebelum berlepas pulang ke Alor Setar pada sebelah malamnya... Yeeehaaaa....
Doakan perjalanan saya tenang dan teratur..Ameen....
P/S: Saya akan menggunakan number Malaysia yang sama seperti tahun lepas..do contact me okayh!!
019-4554**0
Sunday, 7 June 2009
The Tide Is High
Setiap hari ada saja aktiviti 'kemasyarakatan' yang perlu dihadiri...hehe..budget je ...
Tapi saya suka dengan kesibukan ini..huhu..ambil peluang untuk busy bersama kawan-kawan sebelum nanti tidak dapat bebas berbuat demikian dek kekangan masa bersama seseorang yang lebih penting...kuikuikui...cakap je lebeh...
Sebenarnya saya baru saja balik dari makan-makan di rumah Mehnoor..bersama Joanna, Arga and Swatie... Haha..sungguh kelakar bergelak ketawa bersama diorang.. Seriously rasa lenguh urat-urat muscle pipi sebab asyik gelak-gelak je..
Mehnor (berbaju merah) sungguh pandai memasak..beliau adalah seorang gadis India yang modern..dilahirkan di India namun dibesarkan di UK sejak kecil.. Ciri-ciri wanita India masih teguh dalam dirinya.. Masih mencari seorang lelaki untuk dijadikan suami..dia bercerita tentang 'arrange marriage' yang telah di'plan' oleh kedua ibu bapanya..haha...sungguh kelakar cara Mehnor bercerita... Beliau memiliki MBA dalam Business and Finance... She comes from a very well status family in India..sungguh kaya kerana bapanya adalah 'taukeh' minyak di Dubai..hoho... Dia seorang Muslim..hihi..
Arga (the blonde girl), she's from Poland..keluarganya berpegang teguh dengan agama Christian Catholic namun tidak bagi dirinya... Beliau juga masih belum berpunya dan masih mencari lelaki idaman...haha...kelakar jugak Arga cerita pasal dirinya dan keluarganya..she's doing MBA in Business and Finance same as Mehnor..
Joanna...(berbaju biru)..manis orang...British girl from Brighton...saya suka Joanna...lembut dan sopan... masih lagi 'single'.... hehe... she's doing PhD in Medicine... doing her research project in Pneumonia.. My good friend from Basic Counselling Skills Workshop...
and finally Sawtie..an Indian girl yang tegas orang nya... Hampir-hampir berkahwin dengan lelaki yang diperkenalkan oleh keluarganya...namun, mereka tidak sempat berkahwin atas alasan peribadi yang diberi oleh Swatie sendiri... She's a Manager..graduated from Cardiff Uni in Business and Finance MBA in 2002.. hehe..
Tuesday, 2 June 2009
Through the day...
Result Research Proposal juga telah diambil..Alhamdulillah...banyak sungguh anugerah daripda-Nya untuk hari ini..sungguh indah...
Rasa seperti tidak layak pula untuk segembira hari ini...Alhamdulillah...Allahuakbar..saya gembira...
Debaran yang sudah berakhir....
Lepas je VIVA and dapat result Research Proposal terus call ayah... Tahu tak ayah dan family saya di mana sekarang??????
Jeles-jeles dan jeles..sungguh jeles...saya berdebar-debar dengan VIVA dan result Research proposal di perantauan, mereka bergumbira bercuti di Cameron Highlandddsssss~ cess..cess..cessssss.. Saya sungguh jeles mendengar suara adik-adik saya, Ayen dan Assyah yang bergelak ketawa dan cakap suhu di Cameron Highlandsss tu sejuk... Dahla pegi jalan-jalan tak tunggu kakak balik..cesss...cess...
Ayah kata, mungkin mereka di Cameron Highlands selama 2 hari dan kemudian akan menuju ke negeri Kelantan...menikmati makanan kegemaran saya iaitu 'satar' dan 'otak-otak'...cessss...cess..tak puas hati...
Jazakumullah..Terima Kasih..Thank You.. Diolch..
Pagi tadi, berpuluh-puluh text messages masuk dalam inbox..pelbagai bentuk ucapan 'good luck' diterima ..terima kasih-terima kasih...saya tidak keseorangan walaupun saya sendirian dalam course ini... Terasa seperti mereka juga merasai apa yang saya rasa...
Sebenarnya bukan VIVA yang saya debarkan...result yang akan keluar selepas VIVA yang saya risaukan..
Persiapan rapi sudah..sekarang saya hanya bergantung kepada-Nya...untuk segalanya..
'Kasih darimu darimu kudambakan..'
'Masihkah ada sekelumit belas mengemis kasih-Mu Tuhan'
'Aku di sini tetap akan mencuba meraih cinta-Mu'
Sepagi ini sudah 2 juzuk Al-Quran aku habiskan..adeihh..risau punye pasal..Al-Quran juga aku kembali...
Sebenarnya nak habiskan sampai Juzuk 30 before balik Malaysia...untuk lengkapkan 3 kali khatam Qur'an dalam setahun..uish..lemahnya imanku...patutnya lebih banyak kali patut dikhatam dalam setahun....
Imanku lemah sekali...tolonglah Ya Allah~ Apa lagi yang patut aku lakukan untuk mendapatkan cinta-Mu...Dhuha setiap pagi...Hajat setiap malam... Alhamdulillah masih mampu dilakukan..
Qiam setiap malam pulak tak dapat kulakukan sekarang lantaran malam yang pendek dan Subuh yang mengejar waktu... Maafkan aku..Ampunkan aku...
Puasa sunat? err...saya tak mampu sekarang..mungkin musim winter nanti akanku bersungguh-sungguh berpuasa sunat.. Lemahnya imanku..sungguh lemah.. Kurniakan aku seseorang yang dapat membimbing daku Ya Allah... Supaya jalan-jalan menuju syurga-Mu terasa lebih indah dan menenangkan bersama beliau...Perkenankan doaku Ya Allah..Ameenn...
Monday, 1 June 2009
Tenangkan daku...
Mungkin sebab VIVA...hhmmm..atau mungkin sebab lain?? Siapa tahu??
Kurang dari 24 jam saya bakal menamatkan perjuangan saya di tahun kedua jurusan Occupational Therapy Cardiff University.. Cabaran di tahun ini lebih sedikit berbanding tahun lepas...40% markah keseluruhan pengajian diambil kira untuk degree qualification tahun depan.. 40% bukan jumlah yang sedikit...
Entahlah..sesiapapun akan risau tentang ini bukan..Maklumlah, datang belajar sejauh ini pun berbekalkan duit rakyat Malaysia yang membayar cukai.. Kak Faezah dan Kak Yati (housemates saya) selalu berpesan, "Untung Fuzah buat degree kat oversea ni..kalau degree kat Malaysia, mana ada course yang takdak exam, ini siap kelas 3 hari seminggu lagi...boleh rehat-rehat kat rumah, join aktiviti itu ini..untung-untung..bersyukurlah ye..belajar elok-elok"
Hmm..saya akui kata-kata itu..saya sudah berusaha bersungguh-sungguh...komitmen diberikan sepenuh hati..sehinggakan perasaan ini dibahagi dua..satu kepada course Occupational Therapy ini dan satu lagi kepada diri sendiri.. Semoga Allah membantu..Sesungguhnya perancangan Allah itu adalah yang terbaik...
Ameen...
Doakan bersama ya semua...
My Meaningful Occupation
Esok VIVA saya..alhamdulillah..semangat kian membara..saya rasa saya kuat dengan iringan doa dari kalian yang mendoakan..Jazakumullahu khairan..
Disebalik kepayahan, pasti ada jalan yang Allah permudahkan..
Aktivities before balik Malaysia:
2 June (after VIVA) --> Dinner at TENKAICHI the Japanese Restaurant with muslimat Cardifff..nyum nyum nyum..
3 June --> Shopping+packing+washing+hovering
4 June --> Cooking time!!! Nasi lemak ayam!!
5 June --> Cooking time again!! Menu: Chicken Lemon..huha~
6 June --> BBQ Party at Ustaz Anuar's house~ yihaa...BBQ Chicken!!!
7 June --> Lunch at Mehnoor's house with Joanna...
8 June --> Oakwood here we come!!!!! Theme park terhebat pada abad ini di Wales..huhu..
9 June --> BBQ Party with all the girls in Cardiff...BBQ BBQ..
10 June --> I'm coming back Malaysia~ hihaaa...
Daripada jadual ini, dapat dibuat kesimpulan bahawa lebih daripada separuh aktiviti adalah berkaitan dengan masak-masak dan makan-makan.. huhu...
Oh tidakkk...~ beratku akan ter'effect' oleh aktiviti-aktiviti sihat seperti di atas....