Hurm...kurang dari 24 jam akan berlepas ke Malaysia.. Hati ini sungguh excited..yuhuu
Hari ini hari terakhir sebelum pulang untuk tahun ini..banyak perkara yang perlu saya lakukan..
Barang-barang sudah di'packing' dengan cermatnya.. berat bag...24kg.. Dengan Emirates lepas la..tapi dari KLIA nak balik Alor Setar dengan MAS yang akan menjadi masalah...kena keluarkan sikit la kot untuk meringankan bag lugage itu.. Inshaallah, sudah bersedia untuk itu..
Untuk 3 bulan ini...saya akan merindui waktu-waktu dhuha di sini.... Selepas Dhuha, bersarapan..dan kemudian bagi burung merpati makan di belakang rumah...menyiram pokok-pokok bunga 'Gladioli' yang sudah menampakkan pucuknya..
Dan juga merindui detik-detik berbasikal menyusuri Cynon River untuk ke kelas..di sepanjang perjalanan yang indah, kadang-kadang terpaksa memberhentikan basikal untuk memberi laluan kepada tupai-tupai yang melintas dan juga anjing-anjing yang 'peramah'...
****************************************
Aktiviti di Malaysia nanti mungkin sedikit berbeza..hehe..Inshaallah, saya akan bergelar 'Cikgu/teacher Mahfuzah' hihi.... Doakan ye..amanah untuk terlibat secara dalam KIUT IluvIslam juga memanggil-manggil... Inshaallah, sahabat-sahabat KIUT semua, doakan kita dapat satu sekolah di Jitra, Kedah.. Saya akan cuba usahakan..Semoga Allah bantu..
Aktiviti lain pula tidak menentu...usrah-usrah dan circle keagamaan perlu dihadiri.. Selagi ada masa dan peluang, selagi itu saya akan berbakti...
Percutian juga tidak dilupakan...mungkin akan ke Bandung, Indonesia bersama 'cousin' saya Ku Nur Atiqah..harap-harap menjadilah hendaknye...
Pertemuan bersama sahabat-sahabat sekolah rendah, menengah dan MRSM juga menggamit...hihi..nak dengat updates terbaru dari mereka..sudah berpunya kah..atau masih sendiri kah... hoho.. Jikalau mereka tanya saya soalan itu.. Ini jawapan saya.. Belum Berkahwin tapi...Ingin Berkahwin... hehehehehehe...
Okaylah..saya perlu bersiap-siap untuk keluar bersama Cik Dayang ke Albany Road.. menikmati jalan-jalan yang tenang di sana...
Petang ni pulak ada BBQ Party Girls Cardiff..cececece..macam grand sangat je...
Esok tepat pukul 6 pagi...saya akan bertolak ke Gatwick Airport dengan Megabus...yuhuuu... Flight ke Dubai pukul 2.25pm dan transit selama 3 jam di Dubai sebelum sampai ke KLIA pada pukul 2.25pm, 11 June. Seseorang yang pasti menyambut kepulangan saya di KLIA dan menemani saya sebelum berlepas pulang ke Alor Setar pada sebelah malamnya... Yeeehaaaa....
Doakan perjalanan saya tenang dan teratur..Ameen....
P/S: Saya akan menggunakan number Malaysia yang sama seperti tahun lepas..do contact me okayh!!
019-4554**0
salam puja. selamat pulang! kirim salam la dekat org yg dtg amik kat airport tu. hehe :P
ReplyDeletetak tahan aku baca dah sediakan jawapan utk soalan kawan2 masa reunion. lawak2. dah expect ek diorang nak tanya apa?
aku baru je start packing ni, berat beg dah 21kg dah. ada lagi barang belum masuk. ayah aku amik kat klia nanti, takyah la pening nak pikir pasal berat beg dah.
aku pun akan rindukan kehidupan kat sini, tapi excited nak balik dan beralih angin jugak. harap boleh jumpa kat malaysia nanti.
ok la, take care. safe journey insya Allah. muah muah muah!