Sunday, 21 June 2009

Just a little time

Mari kita update blog...

Plan untuk ke Indonesia menjadi inshaallah..tapi bukan ke Bandung, tapi ke Medan, Sumatera.. akan melawat Danau Toba dan Air Terjun Sipiso-pisa dan Brastagi, sebuah kawasan pengeluar kobis terbesar di Asia Tenggara.. Percutian ke Indonesia ni sebenarnya sudah dirancang bersama Atiqah (cousin saya) dan Makcik (ibu saudara saya) sejak setahun yang lalu..huhu.. Semuanya menunggu kepulangan saya dari Cardiff untuk melaksanakan rancangan ini..
Alhamdulillah semoga menjadi kenyataan hendaknya...

Sebenarnya, 2-3 hari selepas pulang dari London, UK, saya telah diserang selesema... Haaa...haaa..'Swine Flu' kah itu?? Saya pun cuak jugak pada mulanya..tapi alhamdulillah bukan H1N1... Semua orang dalam keluarga ini pun naik cemas terutama Atiqah hehe.. Ohh tapi sekarang dah baik dah..

Aktiviti kerohanian sejak balik ini tidak begitu aktif selain Dhuha setiap pagi dan Al-Quran..itupun kadang-kadang, tak selalu macam di Cardiff..ish ish..Mahfuzah...kenapa macam ni.. Kena tingkatkan lagi Dhuha dan Al-Quran.. dan perlu beri perhatian kepada solat hajat dan qiam.. adeihh..susahnya untuk mengejar syurga-Nya..

Pengembaraan menjadi Cikgu Mahfuzah akan bermula selepas pulang dari Medan, Indonesia nanti.. Nama sudah di daftar, saya sudahpun berjumpa dengan Pegawai di Pejabat Pendidikan Daerah itu untuk hal ini.. Sudah berbincang dengan beliau tentang cuti 3 bulan saya ini tidak lama..jadi, saya mahukan sesuatu yang bermanfaat untuk diisi sepanjang cuti ini.. Lagipun, misi KIUT IluvIslam juga perlu diberi perhatian selain aktiviti-aktiviti usrah setempat..hehe..

Sepanjang cuti ni...saya rasa malas nak bukak laptop..hehe..online pun waktu malam je...siang terlalu padat dengan aktiviti harian seperti... pergi kedai...amik adik di sekolah...jalan-jalan kat shopping complex sorang-sorang...tengok Wanita Hari Ini..hik hik hik... Okay-okay dah..

P/S: Kat sini panas bangat...tapi malam ni agak dingin..

No comments:

Post a Comment