Jam menunjukkan pukul 2 pagi...waktu UK... Saya masih lagi di alam maya ini..nak tidur, takut tak terjaga esoknya. Esok flight pulang ke Malaysiaku.. Nampaknya mata saya masih lagi segar seperti embun pagi..uhuk uhuk..
Saya antara orang-orang terawal among the girls Cardiff yang pulang awal..heee... Dayang pun balik sama gak tapi flight dia malam sikit..sungguh tidak dirancang.. Memang tiket awal sengaja ditempah kerana saya tahu saya memang tak suka menunggu lama-lama di sini kalau dah habis VIVA or etc... Penantian nak balik itu lebih menyeksakan daripada saya menghirup udara nyaman di bumi UK ini..hehehe..
"Fuzah, jeles la dengan kau sebab kau balik awal", kata Izzati.
"Esok tak payahlah kejut Fuzah bangun pagi-pagi..jangan bagi Fuzah balik", kata Kak Yati dan Kak Faezah...
"Bestnye esok dah nak balik", kata Husna.
"Fuzah, pegi balik la..esok kan bus dari Cardiff pukul 6 pagi", kata Husniyah...
Hehe..seronok pulak teringat-ingat kata-kata mereka semua malam ni...
Balik saja dari BBQ Party Girls Cardiff, terus berborak dengan Kak Yati dan Kak Faezah..bergelak ketawa sampai ke pagi... Iyelah kan...3 bulan tak kan jumpa..hik hik hik.. Mesti mereka berdua rindukan saya nanti..saya yakin...haha...
Tiada lagi masakan panas menyambut kepulangan mereka pulang dari 'lab' masing-masing.. huk huk huk...
Tiada lagi gurau senda dan senyum manis dari saya di pagi hari untuk mereka sebelum mereka ke 'lab'..hok hok hok..
Tiada lagi yang menolong mengangkat sampah ke luar setiap hari Rabu...
Tiada lagi suara merdu saya ke udara di malam hari yang menghiburkan mereka..hek hek hek...
Ish3..kalau diorang baca ni mesti nak termuntah..hihi..
Takpelah...tak kesahlah...janji saya bahagia...
No comments:
Post a Comment