Sunday, 28 March 2010

Thank you Nurse Ninians!!

Hari ini sakit saya bertambah teruk.. Cough cough cough.. Batuk yang sangat teruk, selesema yang manja gitu, sakit tekak suara serak-serak basah dan juga sakit kepala yang berpanjangan.. Entah mengapa semuanya datang dalam satu package.. Ujian Allah.. take it positive..Untuk kaffarah dosa-dosa yang lalu mungkin...

Pagi ini saya begitu terharu menerima kehadiran dua orang puteri agama ke bilik merah saya ini.. [haishhhh..asyik-asyik puteri agama..takde ayat lain ke..nge nge nge..]

Mereka adalah Noratiqah dan Izyan Liyana. Atiq dan E-G panggilan manja untuk mereka.. PAgi-pagi lagi sudah tercegat di depan pintu rumah dengan membawa air kicap campur limau untuk mengubati sakik tekak saya ini.. wah wah wah..sangat sedap rupanya air kicap dengan limau ye..

Atiq dan Eg menawarkan diri untuk menjadi nurse saya untuk hari ini... Mereka memasak bubur untuk saya...bagi saya makan buah-buahan.. Hantar sampai ke tepi katil ni.. Ish ish..sangat terharu..dan gembira.. Seumur hidup saya, takde orang pernah buat macam tu kat saya bila saya sakit..hehe.. [sebab saya sakit tapi nampak macam tak sakit] Tapi kali ini memang terharu-terharu sangat....

Tengahari tu pulak mereka memasak sambal sotong untuk saya...dan kami makan bersama-sama.. Pedas sungguh itu sambal..!!! Terbaekkk!! Sakit-sakit pun selera bukan main lagi..ngeh ngeh ngeh..

Dan selesai sahaja makan tengahari pukul 3.30ptg camtu khidmat 'nurse' mereka berakhir dan mereka pun pulang ke rumah..

Selepas itu saya terus sihat..takde drowsy drowsy lagi dah...!! Terus semangat!!!! alhamdulillah!! Seronoknye ada 'nurse' harian macam ni selalu... hehe.. Boleh jaga saya yang memang 'manja' ini.. hua hua hua..

Terima kasih wahai puteri-puteri agamaku.. E.G dan Atiq... Sungguh ramai puteri-puteri agama datang bertandang ke rumahku sejak akhir-akhir ini.. Tidak lagi kesunyian dan kesepian menahan kesakitan keseorangan.. huhuhu...

****

Dua malam berturut-turut saya memenuhi undangan makan malam bersama sahabat-sahabat antarabangsa yang lain..adeih..dengan batuk-batuk dan pening-pening gini pun menggagahkan diri jugak.. Oh takpe..ingat..saya mesti lakukan semua perkara hanya kerana Allah..untuk menjadi 'little ambassador for Islam' kan.. Mesti bergaul dengan masyarakat berlainan bangsa dan agama.. Dalam ayat Al-Hujurat ayat 13, bermaksud:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnyasemulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

( Al Hujurat: 13)

Dan inilah hasil-hasil gambar bersama mereka..

Malam yang pertama, saya bersama rakan-rakan yang sama-sama bekerja di Library Nursing and Healthcare Studies, Ty Dewi Sant, Heath Hospital, Cardiff, UK.

Saya bersama Arshi dan Veena dari India, Weilin dari Tanah Besar China dan rakan beliau Yukari dari Jepun. Kami makan malam di Restaurant Halal Spice Route di Cardiff Bay.... Kenyang sangat-sangat... Alhamdulillah.. Oh ye..saya tak boleh tidour okay malam itu kerana kenyang sangat.. uish uish..

Dan malam kedua saya menghadiri majlis sambutan Hari Lahir Joanna yang merupakan sahabat yang saya kenal semasa Basic Counselling Skills Workshop di tahun pertama.. Oh oh..kelas kaunselling itu bukan kerana kami di'counsel'kan tetapi kami belajar cara-cara untuk memberi kaunselling..hehe... Jangan ingat yang bukan-bukan..nga nga nga..

Mari berkenalan dengan mereka...

Di majlis Hari Jadi Jo..

Bersama Tessa (Welsh+Irish girl) , Joanna (the birthday girl), me (truly Malay girl) , Suzanne (Germany girl) dan Dayang (from Borneo Island..hehe).


with Tessa (she's getting married in two weeks time), Julien (Jo's boyfriend yang sangat bersopan santun!!), Jo, me, Suzanne dan Mehnoor (the happy-go-lucky Indian girl)



Okay..ini pula di majlis makan malam di Spice Route, Cardiff Bay..

Me and Weilin (My Thursday partner as shelvers)


Veena, me, Arshi and Yukari


All of us..Arshi (from India), Yukari (from Japan), Weilin (From Tanah Besar China), me and Veena (from India)... Love them all... very polite and brilliant people!!!


Dan saya begitu berpuas hati walaupun saya sakit-sakit begini, undangan mereka tetap saya penuhi walaupun dengan kepayahan dan kesakitan menempuh perjalanan ke sana..hehe...takdela susah sangat..Saje je exaggerate lebih!!!

Oh ye nak cerita sesuatu..di majlis Joanna, ada tetamu tetamu lelaki yang tidak biasa dengan prinsip seorang muslimah yang tidak berjabat tangan dan tidak berpelukan apabila bertemu..

Dan memang Alhamdulilllah perkara itu dapat dijelaskan kepada mereka supaya mereka faham dan tidak sewenang-wenangnya memeluk dan memegang tangan wanita-wanita muslimah sesuka hati..yeyeah!!

Memang sukar hendak melakukan ini kerana jika mereka telah bersedia nak berjabat tangan dan memeluk tetapi kita tidak membalasnya.. Hanya tunduk sebagai tanda hormat saja dibalas..

Dan terpaksalah berkata.. "Oh, Im sorry Lucas..I didnt meant to make you feel bad..but as a Muslim, I dont shake hands or hug other male friends. But I do respect that by giving you signs of courtesy..like this" kata saya sambil menundukkan sedikit kepala sambil memegang skirt sendiri ala-ala puteri diraja di zaman lampau..nga nga nga.. Rakan-rakan lain ketawa..

Dan Lucas pula membalas, "Oh oh sorry..I should say sorry.. I have heard about that.. I will bear that in mind..Yes...thank you for reminding me.." Dan perbualan kami diiringi perbualan-perbualan daripada rakan-rakan lain tentang Muslim Women..yeyeah..bagus jugak bagi dakwah sedikit kat diorang kan...

Walaupun cara mereka memberi hormat adalah dengan bersalam dan memeluk sesama lelaki dan perempuan, adakah kita sebagai orang Islam yang berpegang teguh kepada ajaran Al-Quran mahu mengikut mereka? Saya akan cuba sedaya upaya untuk memberi tahu tentang pegangan-pegangan Islam kepada mereka jikalau diberi peluang..supaya mereka tahu dan jelas dengan keadaan ini...

Dan peluang-peluang untuk memberi tahu perkara-perkara seperti ini perlulah dicari bukan..Jangan hanya terperuk di bilik tidak bergaul dengan mereka hanya kerana kita anggap kita TIDAK PERLU untuk pergi ke majlis-majlis seperti ini..

Jadilah diri sendiri walaupun kadang-kadang perlu berterus terang.. Kita adalah umat Islam di bumi asing.. Memang payah untuk practice Islam jikalau tiada 'support' daripada environment sendiri... Perkara paling payah dalam kehidupan seorang Islam.. Semoga hati-hati kita ditetapkan Allah dengan agama ini.. Inshaallah...


Dari kiri itu ialah Lucas (a guy from Poland), Aga (A girl from Poland), Julien (smart-polite-French guy), Joanna and me...


Friday, 26 March 2010

Sekeping Kad dari Leicester

Pagi ini saya bangun awal seperti biasa.. Semalam seorang lagi puteri agama bermalam di bilik saya yang merah+romantik..ceeeehhh... Nama beliau adalah Haslina Hassan, puteri agama dalam bidang Pharmacy di Cardiff University...

Kehadiran seorang lagi puteri Ad-deen, Mutheerah memeriahkan lagi suasana.. Mutheerah datang ke rumah saya membawa menu istimewa Kuzi Kambing dan Salad Potato nya yang sangat sedap.. Alhamdulillah..rezeki mencurah-curah sejak kebelakangan ini..Hehe...

Kami berbual-bual sehingga larut malam...Sedar tidak sedar jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi.. Lampu neon kuning dipadam dan kami terus nyenyak dibuai mimpi.. [Kepala saya sakit okay sebab bermimpi yang bukan-bukan semalam..adoiilaaa]

Pagi ini terus menelefon seorang wanita istimewa di Malaysia.. Wanita istimewa dalam hidup saya tidak hanya bertumpu kepada ibu tercinta.. Saya punya dua lagi wanita istimewa yang tidak mempunyai hubungan darah dengan saya... Seorang adalah ibu angkat saya yang juga adalah lecturer English saya di INTEC. Salah seorangnya lagi ialah ibu kepada sahabat saya yang begitu setia mendoakan kesejahteraan hidup saya..

Wanita istimewa yang saya telefon pagi tadi ialah ibu sahabat saya ini.. Kami selalu berbual-bual tentang kehidupan masa akan datang.. Yang istimewanya, kami tidak pernah bertemu..sejak 6 tahun yang lalu, kami hanya berhubung melalui telefon.. Menarik bukan..Itulah yang dikatakan kasih sayang dari Allah.. Allah yang memegang hati-hati manusia..Allah jualah yang mendetikkan perasaan kasih sayang antara kami...

Saya sangat terharu dengan kasih sayang yang ditunjukkan oleh beliau..Beliau pernah menangis ketika berbual di telefon dengan saya kerana rindukan saya yang jauh di perantauan. WALAU kami tidak pernah bertemu!!!!!! Terasa ingin benar bertemunya... Saya harap saya akan bertemu beliau sebaik sahaja saya mendarat di KLIA July ini..

Terasa ingin sekali menjadi 'anak'nya... Saya akan terus berdoa.. Inshaallah walau apapun yang berlaku, saya akan tetap ingat pada beliau kerana Allah.. [air mata menitis beberapa titik sehingga entry ini ditulis..sob sob..]

****

Selepas bersarapan pagi dengan 'CRUNCHY NUT' bersama susu WHOLE MILK.. Okay okay..saya tahu saya tahu susu whole milk banyak lemak..namun saya tak kira..hehe...sebab sedap..

Hanya di UK saya bersarapan seperti ini..sebab costnya sangat murah..huahuahua.. Kalau kat Malaysia, jangan haraplah nak makan macam ni lagi!!!!

Sedang bersarapan, posmen datang! Surat untuk Mahfuzah!!!! Yeay!!! Tapi, siapa yang bagi..di kiri sampul bertulis 'LEICESTER' ?????!!!

Dalam hati saya dah fikir sahabat saya Rushdina Sofea!!! And betul!!!! Sekeping kad, sebuah foto burung dan sehelai kalendar 2010 ILuvIslam!!!!

Tulisan dalam kad sungguh menyentuh hati...

Ruhsdina..saya baru sahaja mengenali beliau... Tidak sampai beberapa bulan.. Izinkan saya memetik kata-kata dalam kad tersebut..

"kadang-kadang terasa sungguh sekejap saya berkenalan dengan kamu tetapi seperti sudah kenal lama...Cantik sungguh aturan Allah.. Dia temukan kita atas jalan dakwah dan tarbiyyah.."

"...saya yakin Mahfuzah banyak belajar dalam menjadi seorang hamba-Nya yang solehah, dan terus belajar mencari erti kehidupan yang hakiki.."

"...saya mungkin tidak berada bersama Fuzah secara fizikal, tapi inshaallah saya sentiasa mendoakan sahabat-sahabat saya..."

"..Walaupun saya jauh di Leicester, saya yakin sahabat-sahabat saya yang lain sentiasa bersama-sama saya dan saya harap Fuzah juga merasai benda yang sama.."

"..Rasa sedih sangat mengenangkan Fuzah bakal meninggalkan UK tak lama lagi...tapi inshaallah persahabatan yang singkat ini akan berkekalan hingga ke Syurga-Nya. Semoga Allah menempatkan kita di kalangan hamba-hamba-Nya yang dikasihi dan diredhai Nya.."

Part ni paling comel...

"..saya sangat suka gambar burung ni, jadi saya hadiahkan pada kamu. Simpan sampai bila-bila dan kenang saya dalam doa kamu..."

Dina xxxxx


***

Sungguh indah persahabatan yang berasbabkan Allah... Inshaallah Deena...Kamu juga puteri agama..seindah namamu..Ad-Deena.. Semoga sentiasa di dalam kasih sayang Allah.. Saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kamu Deena..

[okay..dah 3 helai tisu basah setakat entry ini ditulis.....hehe..]





Thursday, 25 March 2010

Sinaran SunSHINE UK Education 2010 Awards!!!!

Dalam hidup ini..saya ada banyak cita-cita...

Saya nak jadi cikgu...nak jadi Pengarah Pendidikan Khas..nak pandai masak..nak pandai melukis..nak pandai menulis.. nak dapat First Class degree..

nak pandai bercakap... nak pandai bagi tazkirah yang bagus..

Tamakkan orang macam saya ni??!!!! [Orang tamak selalu rugi Mahfuzah...]

Nak itu masuk pertandingan itu...nak masuk pertandingan ini...

Nak menang itu..nak menang ini.. Alhamdulillah...sejak dari kecil lagi saya selalu masuk pertandingan dalam majalah-majalah..

Contohnya, pertandingan mewarna majalah KUNTUM, Bambino, ADIK dan banyak lagi... Tidak kurang juga pertandingan-pertandingan di peringkat sekolah... Oh Oh habislah pecah rahsia segalanya... Rahsia zaman kanak-kanak RIBENA dan kanak-kanak MILO!!! Oh lupa kanak-kanak Dendang dan TORA juga!!!! Kanak-kanak Super RING! Bila makan habis semua jari oren!! hua hua hua...

Saya pernah juga masuk pertandingan menulis cerita pendek di majalah Dewan Pelajar.. [ini saya paling suka sebab hadiahnya ialah set alat tulis bernilai RM50..huha..memang paling ingat la..sebab saya sangat suka hadiah itu..]

...dan sampai sekarang, tabiat itu masih terbawa-bawa..

Entahlah...saya pun tak tahu kenapa saya suka benda-benda macam ni..hihihihi..

Dan sekarang ni pertandingan yang saya masuk lebih kepada pertandingan seperti menulis..dalam bahasa Inggeris ataupun bahasa Kebangsaan negara kita..

Kenapa saya suka??

"Macam takde kerja lah si Mahfuzah ni asyik masuk pertandingan itu ini..!!"

"Entahnye..padanlah..course dia takde exam, memang la boleh buat macam tu.."

"Pastu pulak kalau menang je mesti nama dia.."

"Memanglah, dah orang lain tak masuk..dia sorang je masuk, memang la boleh menang!!!"

Hmmm..mungkin itu persepsi orang ramai terhadap saya kot sebab saya rasa saya banyak sangat masuk pertandingan luar akademik.Biarlah orang nak cakap apa...saya tetap dengan diri saya sebab saya rasa tak salah pun..

Oh tapi kadang-kadang saya tension juga..Saya selalu mengalami konflik diri.. Nampak je selalu gembira padahal saya menderita...

[Haaahaaaa...abeslah lepas ni semua tak nak kawan dengan Mahfuzah sebab ingat Mahfuzah psychotic!!!!!]

Dan sebagai confession, sebenarnya saya masuk pertandingan itu adalah sekadar memenuhi minat saya..saya suka menulis, jadi masuklah pertandingan menulis..

Walaupun sibuk, saya tetap akan menulis..tapi tak semua akan di'publish' dalam blog saya...hehe...

Dan dan dan...tulisan saya itu semua bukanlah bagus sangat pun!!!! Merapu je lebih!! Serious tak tipu.. memang hanya karya-karya picisan yang boleh dikenyok-kenyok dan dibaling..takpun dibuat sampan atau kapal terbang kertas..

duduuduuu..

Saya ada masuk satu pertandingan menulis ini... British Council’s International Student Awards 2010

Dah lama saya masuk..January tahun 2010.. sebab saya pernah masuk tahun lepas.. Tapi hanya terpilih untuk Top 36 best essay sahaja!!

dan Alhamdulillah tahun 2010 ini...Essay saya antara 12 yang terpilih daripada ribuan penyertaan daripada pelajar antarabangsa di seluruh pelusuk UK.

Entah kenapalah essay saya dipilih..Saya stress okayh!!!! Sudah lama saya pendam stress saya ni selepas saya dapat tahu essay saya terpilih. Bukan itu yang saya mahu...cukuplah sekadar saya puas hantar essay saya.. Tak expect langsung dipilih!!!!!!!

Kenapa saya stress????!!!!!! Sebab saya bukan yang terbaik!

Saya tahu, kalau saya menang ini, orang lain akan cakap, "Elllehhh..sebab orang lain yang hebat tak masuk competition itu, sebab tu lah Mahfuzah boleh menang!!!!"

"Cuba orang Malaysia lain yang masuk, sah-sah essay Mahfuzah tu tak terpilih!! Dahlah grammar salah berterabur!! Entah apa yang dia tulis pun tak tau!! Dahlah disahkan Borderline Dyslexic, cemana la essay dia tu terpilih??! Tak paham aku??"

Apa kaitan Borderline Dyslexic yang kuhidapi dengan essay ku??

Ah ah ah... Dyslexic akan menyebabkan otakku tidak mempunyai organisasi yang mantap.

Memang benar, Dyslexic itu menyebabkan saya mengalami masalah menyusun kata-kata dan menyusun isi-isi dalam essay..

Semua lecturer saya tahu akan hal ini.. Saya notice symptoms ini sejak saya di Australian Matriculation lagi.. Tapi tiada assessment dibuat sehinggalah saya datang ke UK dan mengambil ujian Dyslexic!!

Hah apakah!!!??

Berbalik kepada SHINE International Students Awards...Inshaallah saya akan pergi menghadiri majlis penyampaian hadiah itu di London April nanti...bersama seorang sahabat seOT...siapa lagi...Dayang lah!!

Walau apapun, Alhamdulillah...saya bersyukur...Doakan saya yer... [sambil senyum riang..dah lama tak senyum seriang ini]

Monday, 22 March 2010

Serangkap doa, sepotong nama.

Di kala hati tidak tenang kerana pelbagai masalah yang melanda, saya terpandang sepotong doa yang ditulis oleh seorang puteri agama, Azyan, yang bermalam di rumah saya dua hari yang lalu.

Kertas doa itu tersorok diatas timbunan kertas atas printer Canon MP460 ku yang sudah berusia hampir tiga tahun.. Doa itu ditulis kerana janji Azyan yang mahu saya mengamalkan doa itu dalam kehidupan saya. Hati saya sedikit lega disaat serabut dengan ujian-ujian Allah ini..

Ringkas sahaja doanya..

Ya Allah Ya Tuhan kami, kayakanlah kami dengan ilmu, hiasilah kami dengan kelembutan, muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan cantikkanlah kami dengan kesihatan yang sejahtera.

Saya suka dengan doa ini..cukup tersentuh.

Dalam kehidupan, terlalu banyak anugerah dan rahmat Allah yang telah dan bakal saya terima..terlalu banyak.. Tidak terhingga..sehingga membuatkan saya terfikir, apalah salahnya Allah menguji saya dengan STRESS belajar yang berpanjangan...SAKIT KEPALA yang berpanjangan... TEKANAN PERASAAN kerana kemenangan itu... KONFLIK yang berpanjangan...KELETIHAN yang berpanjangan...KESEDIHAN yang berlarutan..

Alhamdulillah...ujilah daku jika ini yang terbaik untukku... Cumanya satu saja doa saya, tenangkanlah hatiku untuk menghadapai semua ini.. Keyakinanku hanyalah kepada Allah.. Dia tidak akan menguji sesuatu yang di luar kemampuanku.. Maha Suci Allah.. Subhanallah...

Terima kasih Azyan... kerana doa yang Azyan tulis dan tinggalkan di atas meja belajar Kak Fuzah semalam.. Hati menjadi tenang melihat tulisan tangan yang bersih di atas sekeping kertas bersaiz A4 itu..

Wazaiyyinaa bil Hilmi.. Hiasilah kami dengan kelembutan..

Hilmi itu bermaksud kelembutan.. Saya suka dengan nama itu.. Tenang bila mendengarnya... Hehe.. Macam ada apa-apa je dengan nama tu..hohohoho.. Toing toing toing..

[Abeslah..lepas ni ramai la yang 'google' nama tu kat Facebook saya.. Huuuuuuu....] ---> ramai je yang nama tu dalam friends list saya....gulp!!

[Biarlah apapun orang nak cakap selepas 'statement' ini dikeluarkan hehe...Apalah salahnya suka nama yang bermaksud baik kan? Tiada salahnya, ini 'statement' yang bersifat umum dan general...tidak bermaksud sesiapa dan apa-apa ye..heee..] ----> jangan percaya sangat...

Semoga Allah sentiasa merahmati dan melindungi sesiapa sahaja yang bernama seperti nama yang disebut di atas... Ameen...

P/S: Okeh next time kena mention nama lain pulak ni...Nama perempuan, saya paling suka nama Fatimah, Aisyah.. Aisyah nama adik saya yang bongsu.. OHh!! Satu lagi nama yang saya suka..MAHFUZAH...hehe..perasan lah!!!!

Hilang STRESS selepas tulis entry ni!!!

Sunday, 21 March 2010

Of Congkak and Nasi Kerabu

Oh saya mahu bercerita tentang Cardiff European Games yang berlalu semalam.. Alhamdulillah saya dapat masuk congkak lagi.. Hehe..Main lagi.. And menang lagi...hehe..Alhamdulillah..number dua..Pingat Perak!! Congkak je pun!!!

Saya tahu saya tidak pandai bermain netball..hehe...Iyelah, kalau pandai main netball kira 'feminin' la sikit kan..ala-ala active keperempuanan gitu...

Ini tidak, pandai main congkak jer!!! Hehe..berpeluh pun tak.. Sungguh tidak active.. Haish!!!

Alang-alang saya tak pandai main netbal ke futsal ke or apa-apa lagi yang kena bergerak active, apa salahnya mencuba sesuatu yang saya mampu kan!!!! Hehe..CONGKAK adalah jawapannya..

Saya menceburi bidang congkak ni sudah lama..sejak kecil lagi.. Hehe..papan congkak memang ada kat rumah.. Papan yang besar dan berat itu.. Saya taklah minat sangat main congkak pun kalau kat rumah..tapi saya tahulah teknik-teknik kemenangan congkak sebenarnya.. Ayah saya ajarla... sebab saya selalu kalah dengan ayah saya dulu..gugugu..

Masa Nottingham Games, saya juara Congkak..hiiii..tapi di Cardiff European Games saya hanyalah di tempat kedua..huuuu... Kalah dengan budak lelaki pulak tu...tak patut-tak patut...

Hehe..saya tak kesah pun dapat number berapa..at least ada usaha kan....yeheee!!!!

Masa di Cardiff European Games (CEG) , saya ajak kawan-kawan international saya ke CEG untuk menyaksikan saya main congkak.. Mereka adalah.. Joanna (British girl yang sangat baik hati), Mehnoor (Indian - British born girl yang peramah), serta Weilin dan Cici (Chinese China girls yang sangat suka makanan Malaysia) hohoho....

Punyala penat nak explain kat diorang how to main congkak... Hehe..at last, diorang paham jugak cara nak main..

'Wow..I like the marbles!! Beautiful!' kata Joanna dengan jakunnya membelek-belek biji guli itu..haha..

'Fuzah, you dont tell me that I can 'stab' Cici's marbles!! said Weilin..hehe...saya tak ajar pulak cara nak tikam-tikam ni kat diorang tapi diorang tahu sebab ada orang lain ajarkan..hohoho...

Well...saya sangat suka apabila mereka sukakan permainan traditional Melayu itu... Showing off our Malaysian culture!!

Puas!!!

Oh yes, sebelum mereka semua pulang, mereka sempat merasa makanan Malaysia yang dijual..

'I eat satteeyy..delicious!' kata Mehnoor..setelah beliau membeli sate di salah satu gerai di CEG.

'I want to buy another 'this rice' for my dinner. I really like it!' kata Weilin pulak setelah beliau makan Nasi Kerabu yang berwarna biru bersama bahan-bahan didalamnya...hehe... Tak sangka pulak Weilin boleh suka nasi kerabu...



Wednesday, 17 March 2010

'You make people like me feeling better'

Alhamdulillah hari ini seronok-seronok!!

Hari ini hari kedua dan terakhir placement di Care and Repair Cardiff.... Saya sangat suka berjumpa educator saya itu.. Begitu baik sekali kerana sanggup ambil saya di rumah pagi tadi untuk ke home visit di Ely, Cardiff.

Lepas dua home visit, beliau telah membelanja saya minum teh di Mark & Spencer Ely.. adeih..sungguh baik beliau...semoga sentiasa diberkati selalu.. Semoga Allah bukakan hati beliau untuk perkara-perkara kebaikan.. ameen... Kalau doa saya dimakbulkan, semoga dia dibukakan hati untuk memeluk Islam..ameen...hehee..

Hari ini, home visit kami melawat nenek tua yang tinggal berseorangan di rumah di suatu kawasan di Ely... Rumah beliau sangat bersih dan comel..cukup untuk beliau tinggal seorang..suami sudah tiada katanya..

Beliau begitu ramah...kami berbual-bual dan assessment dibuat untuk melihat 'independency' nenek itu dari segi pergerakan dalam rumah, di luar rumah, dalam toilet dan di dapur.. Saya sangat terhibur dengan nenek itu...hihi..kelakar pun ada.. Teringat kat nenek saya yang sudah tiada.. Rindulah kat tok!! [tok ialah panggilan saya kepada nenek]

Sebelum beredar....Nenek itu sempat berpesan kepada saya.. " Thank you for coming..really nice to meet you sweetheart.. I pray that you can be the best Occupational Therapist, dont give up with this job, it is a very very good job... You guys make people like me feeling better..."

Oh my my....saya sangat terharu..

Semasa berbual-bual dengan educator saya, seorang qualified OT yang sudah veteran jugak..heee... beliau menasihatkan saya supaya saya berjaya mengubah persepsi orang lain terhadap OT.. Woah!!!! Woah!! Saya seoalh-olah mendapat semangat baru..!!

Alhamdulillah!! Makanya tamatlah placement untuk ke sekian kalinya... Alhamdulillah....
Alhamdulillah....


Tuesday, 16 March 2010

Missing

Saya merindui ketenangan..

Datanglah ketenangan dalam hidup ini...

Hati saya tidak tenang..

Huarghhh....

Saya sudah habis kelas untuk tahun akhir Bsc Occupational Therapy. Alhamdulillah.. Cuma tinggal untuk hantar research project, VIVA dan evaluation report sahaja... Yuhuu..Doakan saya semua..

Kehidupan ini memenatkan lah!! Setiap hari ada saja perkara baru datang mengunjung.. Perkara semalam belum selesai.. Kuatkanlah semangatku ini.. Saya rasa letih dengan kehidupan.. Kepala saya selalu sakit.. Adakah ini petanda saya dilanda STRESS yang menghampiri DEPRESSION???

Sudah lama saya tidak ketawa..
Seorang sahabat yang istimewa memberitahu saya bahawa saya tidak perlu untuk ketawa untuk rasa gembira..senyum saja sudah cukup.. Ketawa itu menggelapkan hati katanya..

Oh ya betul itu.. Saya hampir terlupa.. Terima kasih kerana ingatkan saya.. Terima kasih kerana sentiasa menasihati dan menegur segala tindakan saya yang dirasakan kurang sesuai.

Saya hanya manusia biasa yang lemah dan penuh emosi. Kadang-kadang emosi itu disalurkan kepada perkara yang kurang baik dan tidak sesuai.

Alhamdulillah...saling menasihati kerana Allah..

Friday, 12 March 2010

Saya Suka, Dia pun Suka

Ekkkk ukkkkkkk

Ukkkkkk Ekkkkkk

Ngekkkkkkk Ngukkkkkk

Itu adalah bunyi basikal saya ketika saya melewati jalan-jalan di tepi sungai untuk ke sekolah pagi ini.. Sampaikan anjing-anjing di Bute Park pun menoleh ketika saya melewati tempat mereka bermain... Hehe...

Orang-orang yang berjogging pula tersenyum-senyum kerana ke'bising'an yang dikeluarkan basikal itu..huk huk huk... Orang yang berbasikal pula hanya menggeleng-gelengkan kepala..huhu..entah kenapa mereka menggeleng tidak dikenalpasti... hihi.. Basikal itu sudah tua... Tapi ketuaannya sudah memberi banyak khidmat kepada saya...

Alhamdulillah..sudah submit Patchwork Text 3 pagi tadi..Doakan saya dapat A untuk assignemnt saya ini.. Saya harap dengan meminta bantuan rakan-rakan dan sahabat-sahabat untuk mendoakan saya di ruang blog kerdil ini akan memberi impak positif yang besar terhadap keputusannya nanti...Inshaallah..

Sungguh banyak perkara berlaku dan bakal berlaku selepas ini... Semoga Allah kuatkan hati saya untuk menghadapinya kerana sememangnya saya berdebar dan gugup apabila memikirkan tentang ujian-ujian Allah tidak kira ujian itu baik ataupun sebaliknya...

Tenangkan hati dan permudahkanlah Ya Allah..

Semoga niat di hati menjadi duta kecil yang membawa nama Islam dan Malaysia tercapai...walaupun terlalu banyak perkara yang perlu dilakukan...

Tidak mudah untuk mencapai impian dan..tidak mudah juga untuk menghadapi realiti apabila impian tercapai... Saya bukanlah yang terbaik kalau dibandingkan dengan mereka yang lain.. Mereka lebih layak.. Namun saya tahu, Allah sedang menguji saya ketika ini.. Saya takut dan risau...

Saya perlukan sokongan sahabat-sahabat semua...Alhamdulillah they are always with me..as long as I know that my friends are reading this blog..I know that I am not alone..!!!

Yeah!! Yeah!! Go Mahfuzah!!

Okayh! Nak beredar sudah..ada appointment dengan International Student Officer sebentar lagi!

[Kehidupan sekarang semakin busy kerana perlu berjumpa ramai orang untuk urusan mendatang]

note: tajuk entry ialah saya suka, dia pun suka..haha...tapi isinya tidak sedikit pun berkaitan!! Saje jee.. Kontroversi!!!! Baru orang nak bace..huk huk huk...

Thursday, 11 March 2010

Poster Poster!!!

Hhhhmmmmm........

Itu adalah petanda kelegaan untuk hari ini...

Memang Allah menguji saya dengan assignment kali ini..Patchwork Text 3 yang begitu mencabar emosi, minda dan fizikal saya... Lengkap satu set diuji...

Emosi - saya memilih untuk masukkan satu poster bersaiz A2 untuk patchwork saya kali ini. Ia bukanlah satu kesilapan, namun ia adalah cabaran yang amat besar bagi orang seperti saya.. Mula-mula tak mau buat poster, namun poster mungkin yang terbaik untuk tajuk Patchwork saya kali.. Allah jualah yang menentukan... Ameen...

Minda - Ingat buat poster ni kerja senang ke??? Woott..ini bukan poster yang iklan kat Facebook or whatever..tapi ini poster akademik.. ala-ala macam kat research conference ituuu.. Tak boleh tulis tangan...kena buat fully on creen and then print off... Haishhh...sungguh menguji..

Mana nak letak gambar lagi..dengan nak letak huraian tentang tema dan gambar lagi.. Ujian...Dugaan....

Fizikal - Okay, ini bab paling mencabar. Poster dah siap, saya print hari ni kat STAPLES. STAPLES ialah sebuah kedai alat-tulis yang menyediakan kemudahan printing etc.. Memang canggih jugak la.. Murah pulak tu.. A2 saiz poster berharga GBP6. Murah kan..??

Dalam kelas saya, yang buat poster semua lelaki..iaitu Paul dan Patrick dan termasuk saya...hehe..3 orang je buat poster..

Hari ini poster saya sudah siap, makanya saya pun pi lah STAPLES untuk print..25 minit jalan kaki dari kelas...jauh tuuu...gedik sangat nak jalan.. ada basikal tak nak naik!!! Nak feel the moment lah katakan!

Bila sampai staples dan print off, poster saya jadi blurrrrrrr.....tak cantik!! Orang itu cakap, "Sorry, we cant do anything about it."

Cessss....naseb baik saya tak payah bayar poster tak jadi tuu...

Tapi Paul dah siap posternya, jadi je..saya patah balik pegi kelas jumpa Paul di library, padahal tengok2, sama je format segala!!! apa yang salah?? Professor Matt pun tengok saya punya poster. Dia cakap, "WWOoooooWWWWwww...Fantastic!! There's nothing wrong ith it!!" [hehe...seronok sekejap tapi still tak tenang sebab tak dapat print out dengan elok]

Persoalannya, kenapa poster saya jadi blurr???????

Dahlah Paul pun print kat STAPLES yang sama!!!!! Tak adil!! Saya bawak copy poster Paul pegi lagi kedai Staples sebagai bukti!!! Tapi kali ni saya naik basikal..huhu..tak larat nak jalan banyak sangat.. naik basikal hanya 10 minit!!!!!!!!

Hehehe..Alhamdulillah...sebenarnya orang yang print tu tak reti nak set printer supaya tak blurr.

Alhamdulillah..All done now.. Dua kali ulang alik pegi STAPLES!! Cabaran fizikal namanya ituuuu!!!!

Hari ni saya kerja kat library..susun buku... adeihh... Bersabarlah...lapar ni... Hari ni makan dua keping roti je...hehe..ada can nak kurus niii... [keh keh keh]

Takpe malam ni melantak best2 skit...kasik cover balik lemak-lemak yang terbuang itu...

Sunday, 7 March 2010

Burung yang Menari

Langit biru lazuardi.
Burung menari sendiri.
Aku menanti di sini.
Mencari ilham yang tak pasti.

Monologku sendirian.
Tidak ketahuan.
Tiada pendirian.
Kegelisahan.

Apalah ada.
Pada seorang manusia.
Dihimpit noda.
Diselaputi dosa.

Ampunkan daku.
Dosa yang terpaku.
Engkau penciptaku.
Terimalah rayuanku.

P/S: Antara tips-tips untuk menulis adalah sentiasa menulis setiap hari walaupun sekerat pantun. Saya cuba inshaallah.

Sekarang saya mahu menulis assignment pula. Saya gelisah dengan assignment ini. Takut dan berdebar. Assignment ini sangat penting.. membawa 30% daripada keseluruhan grade final year..

Doakan please.. Semoga Allah merahmati kamu dengan mendoakan daku..

[gelisah mode]

Thursday, 4 March 2010

Kayuh Basikal Perlahan

Minggu depan adalah minggu terakhir proses pengajaran untuk Bsc Occupational Therapy. Apabila terfikir balik, sekejap sungguh masa berlalu.. Terasa seperti baru semalam menjejakkan kaki di bumi Cardiff ini...

Sungguh banyak kenangan diabadikan di sini..terutama di bangunan Ty Dewi Sant itu..bangunan terletaknya Department of Occupational Therapy...dan kelas-kelasku...

Esok ada formal presentation. Kena pakai pakaian formal. Hitam putih. Hadoii... Saya kurang suka dua warna itu.. takpe..sekali sekala apa salahnya..

****

Sekarang waktu akhir subuh semakin awal..Secara jujur saya katakan, saya seringkali tewas apabila hari yang tiada kelas.. Perlu bantuan kejutan setiap pagi... Tolong-tolong... Astaghfirullah.. Ampuni hamba-Mu yang lemah ini Ya Allah..

****

Hari ini saya berbasikal ke kelas...melewati jalan-jalan yang sibuk di Cathays itu.. Jalan menuju ke kelas sedikit berbukit..sampai part mendaki, kayuhan semakin perlahan..perlahan...hehe..kadang-kadang kena turun basikal.. Where is your stamina Mahfuzah?

Pagi tadi, seperti biasa, kayuhanku semakin perlahan apabila sampai part pendakian..adeihhh...adeihh...

'Go Mahfuzah!' Tetiba satu suara lelaki menegurku dari belakang dan memintas basikalku... Cett!!! Berani memintasku..detik dalam hati..

Oh rupan-rupanya Patrick, rakan sekelasku yang juga berbasikal ke kelas hari ini. Rumah Patcrick dekat saja dengan rumahku..tapi kenapa beliau dapat memintasku??? Tak puas hati.. kayuhan dipercepatkan untuk mengejar Patrick. Yeah Yeah Yeah!!! Yeah Yeah !!! Adoii..penatnya..

Ok, Patrick berhenti di depan sebab ada traffic junction. Hahaha.. Patrick menegurku.. 'It's very windy today Mahfuzah?' Ujar Patrick dengan English berpelat Welsh.

Daku tidak dapat berkata apa-apa kerana tercunggap-cunggap..hehe..angguk-angguk saja dan senyum tanda setuju... Patrick pun senyum-senyum.. Cet..perli la tuuu... Mesti dia ingat aku takde stamina.. eeee...geramnya...Apesallah boleh terserempak dengan Patrick pulak pagi niiii..

Kami mengayuh basikal..Saya di depan..Patrick di belakang..hehe..

Pastu..tiba-tiba Patrick memintasku..Ciss... Daku sudah tidak mampu menandingi kayuhan basikal Patrick lagi..adoii..lajunya dia kayuh... Dahla basikal dia tinggi.. Terasa pulak basikalku seperti basikal orang 'kerdil'...

Apabila dah nak sampai kat bangunan kelas, Patrick masih lagi di depan..lebih kurang 10 meter di depan.. Jauh tuuu... Pastu saya nampak Patrick asyik pandang-pandang saya yang kat belakang ni... Banyak kali pulak tu.. Adeih...mesti dia fikir saya ni lembab.. AAarrrrghhhhhhh!! Tak suka!!

Alih-alih..bila nak parking basikal, Patrick tercegat menungguku di pintu bangunan.. Masuk bangunan, Patrick ulang lagi ayat sama 'It's very windy today' sambil senyum-senyum sinis..cett...

Yea right.. Saya hanya gelak-gelak saja..

Lepas ni..saya tidak mahu terserempak dengan sesiapa lagi sewaktu naik basikal..tension kot..!! Sebab saya kayuh basikal perlahan jerrrrr....

Wednesday, 3 March 2010

Kau Ilhamku..

Haishh..haiyyaa..sudah lama saya tidak kembali kepada mood menulis ni...

Ok..sekarang ni saya nak perasan sekejap..hehe..saya lihat ramai yang arrived dekat blog saya ini melalui pencarian google nama saya..hehe... Famousnya!!!! Haha..bluerkkk.. [sila buat-buat tak baca statement perasan ini]

Entah-entah bukan saya yang diorang cari kot..haha..perasan je lebih. Mungkin mereka nak cari Mahfuzah lain..then dapat pulak bace blog budak Mahfuzah yang ni..huhuhuhu.. toing toing toing..

Sekarang ni peminat setia blog saya sudah tidak membaca blog yang kerdil ini... Hhmm..sebab tu mood nak menulis semakin berkurang.. hehehe.. Kalau ada pembaca setia baru semangat nak menulis..

Adeiii...adakah ini bermakna beliau sudah tidak meminati saya?? Kuang kuang kuang...... Oh takpun beliau sudah punya blog baru untuk dibaca.. Dush dush dush!!!!

Sudahlah!!! Tak payah fikir lagi!! Teruskan menulis...

Sebenarnya saya tengah mencari ilham untuk menulis puisi untuk Sayembara Puisi GLKN..tapi ilham itu tidak mampu dicari...

Inshaallah akan berusaha!! Yeah Mahfuzah!!!

Tuesday, 2 March 2010

Kesukaran yang disertai Kemudahan

Stress dengan assignment yang rumit. Semoga Allah permudahkan..
Patchwork Text 3 - Evaluation.

Handwriting Evaluation in School-Based Occupational Therapy

Persediaan untuk menjadi guru pendidikan khas yang berfikiran Occupational Therapy...

Setiap kesusahan itu akan disertai dengan kemudahan.. Percepatkanlah kedatangan kemudahan itu ya Allah..

Jom amalkan surah Al-Insyirah!!!!


[1]

Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ?
[2]
Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -
[3]
Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
[4]
Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
[5]
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
[6]
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
[7]
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
[8]
Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).