Tuesday, 2 March 2010

Kesukaran yang disertai Kemudahan

Stress dengan assignment yang rumit. Semoga Allah permudahkan..
Patchwork Text 3 - Evaluation.

Handwriting Evaluation in School-Based Occupational Therapy

Persediaan untuk menjadi guru pendidikan khas yang berfikiran Occupational Therapy...

Setiap kesusahan itu akan disertai dengan kemudahan.. Percepatkanlah kedatangan kemudahan itu ya Allah..

Jom amalkan surah Al-Insyirah!!!!


[1]

Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ?
[2]
Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -
[3]
Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
[4]
Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
[5]
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
[6]
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
[7]
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
[8]
Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

No comments:

Post a Comment