Hari ini sakit saya bertambah teruk.. Cough cough cough.. Batuk yang sangat teruk, selesema yang manja gitu, sakit tekak suara serak-serak basah dan juga sakit kepala yang berpanjangan.. Entah mengapa semuanya datang dalam satu package.. Ujian Allah.. take it positive..Untuk kaffarah dosa-dosa yang lalu mungkin...
Pagi ini saya begitu terharu menerima kehadiran dua orang puteri agama ke bilik merah saya ini.. [haishhhh..asyik-asyik puteri agama..takde ayat lain ke..nge nge nge..]
Mereka adalah Noratiqah dan Izyan Liyana. Atiq dan E-G panggilan manja untuk mereka.. PAgi-pagi lagi sudah tercegat di depan pintu rumah dengan membawa air kicap campur limau untuk mengubati sakik tekak saya ini.. wah wah wah..sangat sedap rupanya air kicap dengan limau ye..
Atiq dan Eg menawarkan diri untuk menjadi nurse saya untuk hari ini... Mereka memasak bubur untuk saya...bagi saya makan buah-buahan.. Hantar sampai ke tepi katil ni.. Ish ish..sangat terharu..dan gembira.. Seumur hidup saya, takde orang pernah buat macam tu kat saya bila saya sakit..hehe.. [sebab saya sakit tapi nampak macam tak sakit] Tapi kali ini memang terharu-terharu sangat....
Tengahari tu pulak mereka memasak sambal sotong untuk saya...dan kami makan bersama-sama.. Pedas sungguh itu sambal..!!! Terbaekkk!! Sakit-sakit pun selera bukan main lagi..ngeh ngeh ngeh..
Dan selesai sahaja makan tengahari pukul 3.30ptg camtu khidmat 'nurse' mereka berakhir dan mereka pun pulang ke rumah..
Selepas itu saya terus sihat..takde drowsy drowsy lagi dah...!! Terus semangat!!!! alhamdulillah!! Seronoknye ada 'nurse' harian macam ni selalu... hehe.. Boleh jaga saya yang memang 'manja' ini.. hua hua hua..
Terima kasih wahai puteri-puteri agamaku.. E.G dan Atiq... Sungguh ramai puteri-puteri agama datang bertandang ke rumahku sejak akhir-akhir ini.. Tidak lagi kesunyian dan kesepian menahan kesakitan keseorangan.. huhuhu...
****
Dua malam berturut-turut saya memenuhi undangan makan malam bersama sahabat-sahabat antarabangsa yang lain..adeih..dengan batuk-batuk dan pening-pening gini pun menggagahkan diri jugak.. Oh takpe..ingat..saya mesti lakukan semua perkara hanya kerana Allah..untuk menjadi 'little ambassador for Islam' kan.. Mesti bergaul dengan masyarakat berlainan bangsa dan agama.. Dalam ayat Al-Hujurat ayat 13, bermaksud:
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnyasemulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
( Al Hujurat: 13)
( Al Hujurat: 13)
Dan inilah hasil-hasil gambar bersama mereka..
Malam yang pertama, saya bersama rakan-rakan yang sama-sama bekerja di Library Nursing and Healthcare Studies, Ty Dewi Sant, Heath Hospital, Cardiff, UK.
Saya bersama Arshi dan Veena dari India, Weilin dari Tanah Besar China dan rakan beliau Yukari dari Jepun. Kami makan malam di Restaurant Halal Spice Route di Cardiff Bay.... Kenyang sangat-sangat... Alhamdulillah.. Oh ye..saya tak boleh tidour okay malam itu kerana kenyang sangat.. uish uish..
Dan malam kedua saya menghadiri majlis sambutan Hari Lahir Joanna yang merupakan sahabat yang saya kenal semasa Basic Counselling Skills Workshop di tahun pertama.. Oh oh..kelas kaunselling itu bukan kerana kami di'counsel'kan tetapi kami belajar cara-cara untuk memberi kaunselling..hehe... Jangan ingat yang bukan-bukan..nga nga nga..
Mari berkenalan dengan mereka...
Di majlis Hari Jadi Jo..
Bersama Tessa (Welsh+Irish girl) , Joanna (the birthday girl), me (truly Malay girl) , Suzanne (Germany girl) dan Dayang (from Borneo Island..hehe).
with Tessa (she's getting married in two weeks time), Julien (Jo's boyfriend yang sangat bersopan santun!!), Jo, me, Suzanne dan Mehnoor (the happy-go-lucky Indian girl)
Okay..ini pula di majlis makan malam di Spice Route, Cardiff Bay..
Me and Weilin (My Thursday partner as shelvers)
Veena, me, Arshi and Yukari
All of us..Arshi (from India), Yukari (from Japan), Weilin (From Tanah Besar China), me and Veena (from India)... Love them all... very polite and brilliant people!!!
Dan saya begitu berpuas hati walaupun saya sakit-sakit begini, undangan mereka tetap saya penuhi walaupun dengan kepayahan dan kesakitan menempuh perjalanan ke sana..hehe...takdela susah sangat..Saje je exaggerate lebih!!!
Oh ye nak cerita sesuatu..di majlis Joanna, ada tetamu tetamu lelaki yang tidak biasa dengan prinsip seorang muslimah yang tidak berjabat tangan dan tidak berpelukan apabila bertemu..
Dan memang Alhamdulilllah perkara itu dapat dijelaskan kepada mereka supaya mereka faham dan tidak sewenang-wenangnya memeluk dan memegang tangan wanita-wanita muslimah sesuka hati..yeyeah!!
Memang sukar hendak melakukan ini kerana jika mereka telah bersedia nak berjabat tangan dan memeluk tetapi kita tidak membalasnya.. Hanya tunduk sebagai tanda hormat saja dibalas..
Dan terpaksalah berkata.. "Oh, Im sorry Lucas..I didnt meant to make you feel bad..but as a Muslim, I dont shake hands or hug other male friends. But I do respect that by giving you signs of courtesy..like this" kata saya sambil menundukkan sedikit kepala sambil memegang skirt sendiri ala-ala puteri diraja di zaman lampau..nga nga nga.. Rakan-rakan lain ketawa..
Dan Lucas pula membalas, "Oh oh sorry..I should say sorry.. I have heard about that.. I will bear that in mind..Yes...thank you for reminding me.." Dan perbualan kami diiringi perbualan-perbualan daripada rakan-rakan lain tentang Muslim Women..yeyeah..bagus jugak bagi dakwah sedikit kat diorang kan...
Walaupun cara mereka memberi hormat adalah dengan bersalam dan memeluk sesama lelaki dan perempuan, adakah kita sebagai orang Islam yang berpegang teguh kepada ajaran Al-Quran mahu mengikut mereka? Saya akan cuba sedaya upaya untuk memberi tahu tentang pegangan-pegangan Islam kepada mereka jikalau diberi peluang..supaya mereka tahu dan jelas dengan keadaan ini...
Dan peluang-peluang untuk memberi tahu perkara-perkara seperti ini perlulah dicari bukan..Jangan hanya terperuk di bilik tidak bergaul dengan mereka hanya kerana kita anggap kita TIDAK PERLU untuk pergi ke majlis-majlis seperti ini..
Jadilah diri sendiri walaupun kadang-kadang perlu berterus terang.. Kita adalah umat Islam di bumi asing.. Memang payah untuk practice Islam jikalau tiada 'support' daripada environment sendiri... Perkara paling payah dalam kehidupan seorang Islam.. Semoga hati-hati kita ditetapkan Allah dengan agama ini.. Inshaallah...
Dari kiri itu ialah Lucas (a guy from Poland), Aga (A girl from Poland), Julien (smart-polite-French guy), Joanna and me...
No comments:
Post a Comment