Monday, 22 March 2010

Serangkap doa, sepotong nama.

Di kala hati tidak tenang kerana pelbagai masalah yang melanda, saya terpandang sepotong doa yang ditulis oleh seorang puteri agama, Azyan, yang bermalam di rumah saya dua hari yang lalu.

Kertas doa itu tersorok diatas timbunan kertas atas printer Canon MP460 ku yang sudah berusia hampir tiga tahun.. Doa itu ditulis kerana janji Azyan yang mahu saya mengamalkan doa itu dalam kehidupan saya. Hati saya sedikit lega disaat serabut dengan ujian-ujian Allah ini..

Ringkas sahaja doanya..

Ya Allah Ya Tuhan kami, kayakanlah kami dengan ilmu, hiasilah kami dengan kelembutan, muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan cantikkanlah kami dengan kesihatan yang sejahtera.

Saya suka dengan doa ini..cukup tersentuh.

Dalam kehidupan, terlalu banyak anugerah dan rahmat Allah yang telah dan bakal saya terima..terlalu banyak.. Tidak terhingga..sehingga membuatkan saya terfikir, apalah salahnya Allah menguji saya dengan STRESS belajar yang berpanjangan...SAKIT KEPALA yang berpanjangan... TEKANAN PERASAAN kerana kemenangan itu... KONFLIK yang berpanjangan...KELETIHAN yang berpanjangan...KESEDIHAN yang berlarutan..

Alhamdulillah...ujilah daku jika ini yang terbaik untukku... Cumanya satu saja doa saya, tenangkanlah hatiku untuk menghadapai semua ini.. Keyakinanku hanyalah kepada Allah.. Dia tidak akan menguji sesuatu yang di luar kemampuanku.. Maha Suci Allah.. Subhanallah...

Terima kasih Azyan... kerana doa yang Azyan tulis dan tinggalkan di atas meja belajar Kak Fuzah semalam.. Hati menjadi tenang melihat tulisan tangan yang bersih di atas sekeping kertas bersaiz A4 itu..

Wazaiyyinaa bil Hilmi.. Hiasilah kami dengan kelembutan..

Hilmi itu bermaksud kelembutan.. Saya suka dengan nama itu.. Tenang bila mendengarnya... Hehe.. Macam ada apa-apa je dengan nama tu..hohohoho.. Toing toing toing..

[Abeslah..lepas ni ramai la yang 'google' nama tu kat Facebook saya.. Huuuuuuu....] ---> ramai je yang nama tu dalam friends list saya....gulp!!

[Biarlah apapun orang nak cakap selepas 'statement' ini dikeluarkan hehe...Apalah salahnya suka nama yang bermaksud baik kan? Tiada salahnya, ini 'statement' yang bersifat umum dan general...tidak bermaksud sesiapa dan apa-apa ye..heee..] ----> jangan percaya sangat...

Semoga Allah sentiasa merahmati dan melindungi sesiapa sahaja yang bernama seperti nama yang disebut di atas... Ameen...

P/S: Okeh next time kena mention nama lain pulak ni...Nama perempuan, saya paling suka nama Fatimah, Aisyah.. Aisyah nama adik saya yang bongsu.. OHh!! Satu lagi nama yang saya suka..MAHFUZAH...hehe..perasan lah!!!!

Hilang STRESS selepas tulis entry ni!!!

No comments:

Post a Comment