Sunday, 11 April 2010

Pesanan Mr X yang kudus dan suci..

Tiada apa sangat yang mahu bercerita..cumanya saya ingin mengajak semua pembaca blog ini supaya mengamalkan ini dalam kehidupan harian ye..

Semoga hati-hati kita menjadi tenang..

Peringatan:

Jangan bersikap sombong dan angkuh bahawa kitalah yang terbaik, kitalah yang terkaya, kitalah yang terpandai or whatever so and so..

Jangan pedulikan orang-orang disekeliling anda yang bersikap dingin terhadap anda..Siapa mereka?? Bukan mereka yang tentukan syurga atau neraka. Teruskan berbuat baik kepada mereka dan berdoalah supaya Allah beri kekuatan untuk hadapi ujian..Sebutlah Alhamdulillah.

[kadang-kadang kita perlu jadi ignorance kalau perkara itu mengusutkan fikiran dan mengganggu ketenangan jiwa]


Pesanan Mr X kepada Adik Y melalui email yang saya fikir boleh dimanfaatkan semua...


Ingat, tak ada jalan pintas utk selesaikan semua masalah yg sebenarnya bermula sejak bertahun2 yg lalu.

Ingat
org hebat ada rutin harian yg cemerlang, istiqamah dan dilakukan dgn terbaik dan ikhlas.

1. Segerakan solat 5 waktu dan tingkatkan kualiti solat.

2. Lepas solat isya' setiap mlm lakukanlah solat TAUBAt, HAJAT &
ISTIKHARAH agar lebih bersemangat dan mudah buat keputusan dan
tindakan yg di berkati Allah.

Istighfar 70x setiap lepas solat agar Allah cuci hati u dan makbulkan doa u selesaikan masalah dan buka pintu2 rezki.

3. Maafkan semua org sebelum tidur agar hati bersih, wajah cun, stres berkurangan, doa makbul dan hidayah Allah
turun mencurah-curah.

4. Pagar diri sebelum tidur dgn fatehah dan
surah 3 Qul, hembus tapak tgn dan sapu seluruh tubuh kecuali tapak
kaki dan kemaluan.

5. Baca doa
PEMBUKA 12 PINTU (untuk buka semua
pintu2 kehebatan dan bantuan Allah),
DOA MEMBUANG SIFAT NEGATIF (untuk
buang sifat negatif, hindar hutang dan hindar kekejaman lelaki & wanita) DAN
BISMILLAH 5 setiap lepas solat agar Allah melindungi u
setiap masa.

Baca juga
DOA MERANGSANG DIRI & KELUARGA AGAR JAGA SOLAT.
Saya sertakan set doa harian utk amalan u. Tolong kongsikan doa2 dgn
semua ahli keluarga dan kwn2 u.

Pengalaman yg lepas menunjukkan, bila org membaca DOA
PEMBUKA 12 PINTU dan doa2 iringan itu, dlm masa 2 minggu hingga 6 bulan
mereka dapat selesaikan semua masalah, one by one.

So, amalkan doa
dengan istiqamah dan lihat bagaimana Allah mengubah keadaan diri u,
mengawal sifat2 yg negatif, dan selesaikan masalah one by one dan
buka berbagai pintu rezki. Amalan tambahan termasuk
solat dhuha, doakan ibubapa, beri binatang makan, tahajjud, dll



Bila sedih, teringat peristiwa lama atau tertekan baca 3 doa yg
Nabi saw ajar:

1. Baca lah -- Inna lillahi wainna ilaihi rojiuun

2. Ya Allah aku redha dgn segala ujian Kau ini dan beri aku
pahala atas redha ini

3. Ya Allah selesaikan semua masalah aku dan jadikan aku
insan yg soleh, penyabar dan tenang, di sayangi semua org, mudah buat
keputusan, lebih bersemangat setiap masa, berjaya dlm segala usaha,
selesai hutang dan berjaya di dunia dan di akhirat. Hati akan tenang
dan doa akan makbul.

Ingat bahawa
restu ibu bapa amat kritikal utk dpt
redha Allah (Maksud firman Allah). Sentiasa mohon ibubapa doakan u.

Perlu sentiasa ingat, kita boleh mohon
semua yg kita mahu, TAPI ALLAH AKAN BERI APA YG KITA PERLU DAN APA YG
BAIK UTK KITA.

So banyakkan sabar dan terus
beramal utk rapatkan diri dengan Allah swt.

Banyakkan senyum dan
sentiasa bersangka baik, insya Allah u akan menjadi insan yg positif,
murah rezki, sabar, bersemangat, yakin diri dan cemerlang dlm setiap
aspek kehidupan dan di sayangi keluarga, kwn2 dan org ramai dan menjadi pemimpin yg berwibawa.


DON'T EVER GIVE UP. ALLAH BENCI ORG
YG MUDAH PATAH SEMANGAT. SETAN SUKA ORG YG MUDAH PATAH SMGT.
Kredit kepada Mr X dan Adik Y

1 comment:

  1. salam fuzah..

    thanks for sharing...we always try to be a better person, right?...

    ReplyDelete