Sunday, 18 April 2010

Quando Sono Solo

Quando sono solo...

Time to say goodbye..

Mood saya berubah lagi..cuba dengar lagu di playlist..seperti itulah mood saya sekarang...Inspirational...

What a wonderful world..

Sedang bekerja keras untuk siapkan VIVA dan research final year... Doakan saya dapat A lagi untuk VIVA final year ini.. Semoga Allah memberi ilham untuk research dan VIVA ini..dan juga Allah ligatkan fikiran dengan idea-idea bernas dan petahkan lidah untuk berkata-kata menjawab pelbagai bentuk soalan ketika Q & A kelak..

Kenapa bekerja keras untuk dapat first class???? Padahal boleh je kalau setakat LULUS je..tak kurangpun duiot scholarship kalau LULUS..

Inshaallah..saya mahu lakukan yang terbaik... Sebagai simbol seorang duta kecil negara dan beridentitikan ISLAM, saya mahu tunjukkan bahawa Islam mengajar umatnya untuk bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu..

Teringat sabda Rasulullah SAW.. Bekerjalah seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya.. dan.. Beribadatlah seolah-olah kamu akan mati keesokan harinya..

Hidup ini indah jika berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah... Allah pasti akan menolong jika kita tidak lupa pada-Nya.. Bukankah hidup ini adalah aturan-Nya...

Tadi menonton debat pilihanraya di UK.. I was inspired.. hmm...seronok mendengar isu politik di sini.. Parti Liberal Democrate, Liberal dan Conservative berlumba-lumba mahu menjadi kerajaan terbaik untuk rakyat UK ini.. Mereka berdebat tentang immigration, healthcare system, education dan ade beberapa yang saya tak focus sangat..hehe..

Rakyat UK ini bijak kerana maklumat mudah diperolehi.. Berita tidak disembunyikan atau dipotong-potong.. Saya suka ketelusan ini.

Hehe..sekarang saya suka pulak tengok Members of Parliament UK ini berdebat..asyik buka chanel politik saja.. Memang tidak dapat dinafikan mereka menempelak antara satu sama lain namun tiada langsung kata-kata kesat dihamburkan.. Pemimpin mereka juga bijak!!!

Volcano ash di Iceland menyelimuti langit UK..particles yang terbentuk itu menyebabkan semua airport di UK ditutup.. Penerbangan ditangguhkan dan ada yang dibatalkan.. Saya tahu ramai rakan-rakan yang menghabiskan cuti musim bunga mereka terkandas kerana kejadian ini.

Semoga keadaan kembali seperti biasa.. Inshaallah..

1 comment:

  1. assalammualaikum

    azam dan tekad muslimah sejati.
    saya doakan yang terbaik untuk mahfuzah

    ReplyDelete