Friday, 14 May 2010

Lesen Judi Halal?

Saya kurang berpuas hati. Manusia ini suka memutar belitkan hujah-hujah demi menjaga kepentingan mereka. Banyak perkara yang berlaku menjadi isu semasa.

Orang kata politik itu kotor. Politik tidak kotor. Orang yang berada dalam kancah politik itu yang mencemarkan nama POLITIK itu sendiri.

Haishh..malam ini berfikiran sedikit kritikal...

Riba itu kan haram..tapi dunia hari ini seolah-olah menghalalkan perbuatan itu. Tidak dinafikan, perkara ini tak boleh lari kalau nak beli rumah, kereta dan aset-aset besar di Malaysia. Sistem itu yang menjerat kita sebenarnya. Apa yang kita perlu ubah?? SISTEM itu!!

Sama kes seperti JUDI yang berlesen!!!! Judi itu haram. Malaysia negara Islam.. tapi Islamnya hanya pada nama. Pemimpin tidak berfikir cara untuk membanteras judi..namun menghalalkan sistem judi itu sendiri. Saya tidak bersetuju.

Di bandar tempat saya tinggal di tanah air, seringkali ternampak perbuatan judi kecil-kecilan. Oh yes, kat kampung saya, orang-orang India kebanyakan berjudi. Menjual nombor ekor di tepi-tepi jalan kampung. Menahan kereta-kereta atau motosikal yang lalu-lalang untuk membeli nombor ekor. Mudah bukan!!! Sudah pasti mereka tidak berlesen!!!

Saya pernah keluar dengan ibu saya ke pekan, oh sudah semestinya saya pemandu tetap ibu saya. hehe.. Parking kereta betul-betul di hadapan kedai nombor ekor BERLESEN. Saya menunggu di dalam kereta. Tiba-tiba ada seorang mamat mane entah, masih muda, berbaju Melayu, mungkin balik dari sembahyang Jumaat, hari Jumaat lah katakan., masuk ke kedai itu dan membeli nombor ekor.

Dia keluar dari kedai dengan muka gembira+puas+penuh harapan sambil membelek-belek nombor yang dibelinya. Ini cerita benar okay!!! Sedih kan... Itu kedai BERLESEN.

Ibu saya pernah bercerita kepada saya tentang zaman muda-mudanya di kampung..

Orang Melayu kampung itu ada yang main nombor ekor..pergi kubur minta nombor ekor. Pergi minta kat kubur itu satu hal KHURAFAT dan SYIRIK. Pastu mintak nombor pulak tu.

And..kalau menang nombor ekor, dapatlah seratus dua.. Then buat kenduri kesyukuran!!!! Sungguh saya tak paham. Menang nombor ekor, buat kenduri kesyukuran bacaan Yasiin.. Tidakkah itu maknanya salah satu cara menghalalkan or membaikkab perkara yang memang sudah terang HARAM??

Menurut kata ibu saya lagi, walaupun mereka menang nombor ekor or whatever, kehidupan keluarga mereka tidak pernah senang. Ada saja masalah keluarga dan kesempitan wang. Nasihat ibu saya..duit yang haram akan merosakkan seluruh keturunan keluarga itu.. Ngeri apabila difikirkan balik.. Keturunan keluarga juga penting untuk memilih calon suami selain rupa paras dan harta. <--- apa kaitan heh? hehe.. Saje je nak nasihatkan diri sendiri.

Oh ye..tapi generasi yang kaki nombor ekor di kampung itu sekarang sudah semakin pupus...etiher sudah tua atau sudah tiada lagi.. Dan generasi baru hari ini sudah tidak bermain nombor ekor lagi.. itu kata ibu saya. Program-program agama di surau kampung semakin banyak dan ramai yang hantar anak-anak mereka ke Sekolah Tahfiz. Alhamdulillah..

Apa yang saya mahu highlightkan di sini ialah...Sebenarnya budaya judi dan nombor ekor ini suda turun temurun.. Sekarang..masyarakat kian sedar betapa Islam itu adalah cahaya yang mengubah akhlak buruk kepada akhlak yang baik.

Panas panas..pusing pusing... [sambil kipas-kipas diri sendiri]

Nasihat untuk diri sendiri juga Mahfuzah!!!!!

1 comment:

  1. mahfuzah

    ramai orang kita , islam pada nama dan adat istiadat.
    itulah yang paling susah nak dibetulkan

    ReplyDelete