Wednesday, 16 June 2010

Bilik 304

Pengalaman di Southampton sungguh bermakna. Masih ingat ketika saya mula-mula ‘apply’ untuk belajar di university di UK kira-kira 4 tahun yang lalu. Southampton adalah antara university pilihan utama saya. Percaya atau tidak, Cardiff tiada langsung dalam ‘list’ pilihan!

Saya sungguh-sungguh mahu dating ke sini. Melanjutkan pelajaran dalam bidang Bsc Occupational Therapy di Southampton University. Namun, Allah mentakdirkan saya menukar pilihan ke Cardiff!! Alhamdulillah semuanya ada hikmah tersendiri yang saya tidak mampu untuk berkata apa-apa.. Perancangan Allah itu adalah yang terbaik!!! Sentiasa terbaik!! Yakin itu!

Sekarang saya berada di Malaysian Hall, London! Bayswater! Bersama seorang puteri agama, Ayunni Amir, junior saya di Cardiff University. Kami akan mengembara ke seluruh London attractions berbekalkan London Pass! Oh sungguh tidak sabar menaiki River Thames Cruises ke London Bridge dan Tower of London, juga London Zoo dan London Little Venice!! Nantikan update saya!

Berbalik kepada Malaysia Hall.

Malaysian Hall London. Destinasi pertama yang saya tuju setelah mendarat di London Heathrow. Perasaan saya ketika itu, terkedu atau dalam bahasa Inggeris, speechless! “Aku telah berada di UK!! Negara yang ingin kujejakkan kaki suatu ketika dahulu!”

Sesampai sahaja di M Hall, saya check-in di asrama. Bilik itu hanya ‘opposite’ bilik yang saya bermalam sekarang. Heh! Sungguh nostalgia.

Petang tadi, saya keluar berjalan-jalan dengan Ayunni di Pekan Bayswater untuk membeli souvenirs. Ketika melewati Taza Kebab House, fikiran saya mengimbau di saat saya pertama kali membeli kebab di kedai itu pada waktu siang di bulan puasa… hehe.. saya terlalu lapar ketika itu..Al-maklumlah perjalanan seorang musafir..Tapi saya tidaklah secara terang-terangan makan di luar. Saya juga tahu sensitivity itu. Hii..

Kami meruskan perjalanan lagi.. melewati sebuah pharmacy Boots di mana saya berkira-kira tidak mahu membeli ubat gigi berharga GBP 1.49 kerana mencongak ke dalam ringgit Malaysia, RM 1.49 x 7.2, currency ketika itu..

Ketika membelok pulang ke M Hall, saya teringat detik-detik saya tergelincir dan terjatuh berdebuk di suatu sudut di hadapan lampu isyarat berdekatan M Hall dek kerana berjalan laju kerana kesejukan. Hehe.. Sakit bangat! Tapi apakan daya bangun semula buat muka selamba..

Itulah kenangan ketika pertama kali ke M Hall di London di tahun pertama saya di UK.

Mala mini mungkin malam kedua dan terakhir saya bermalam di London M Hall. Saya tidak akan lupa saat-saat 4 tahun lepas itu dan ketika detik ini. Pengalaman belajar di Negara orang ini banyak mengajar saya erti sebuah persahabatan ikhlas, pengorbanan, perjuangan dan kesetiaan. Erk..kesetiaan?? Oh...abaikan..abaikan.. anggaplah saya tersalah taip.

Bilik di M Hall 4 tahun lepas dan sekarang tidak banyak berubah. Masih seperti dahulu dan lampu bilik air kami pula tidak dapat berfungsi, jadinya bergelaplah ketika di dalam! Heh! Apa daa…

Ok ok!! Mari memejamkan mata dan berehat. Esok mahu memulakan pengembaraan dengan London Free Pass Visit!!!! Yeah bebeh!!!

13 June 2010

11.14 pm

Bilik 304 Malaysian Hall


No comments:

Post a Comment