Cardiff menjadi semakin sunyi dengan hilai tawa pelajar-pelajar tahun satu dan dua yang pulang ke tanah air tercinta untuk menikmati cuti musim panas di Malaysia. Daku masih lagi di sini menghabiskan sisa-sisa kehidupan di Cardiff yang mendamaikan.
Sejak tiga tahun lalu, daku merasa cukup puas dengan kehidupan di sini. Bahagia. Dapat apa yang dihajati. Kawan-kawan yang sentiasa di sisi menemani dan tidak lupa juga program-program yang mendekatkan diri ini kepada yang Maha Esa.
Di saat entry ini ditulis, daku berada dalam keretapi laju menelusuri perjalanan ke Southampton. Tempat di selatan England di mana ia pernah menjadi destinasi impianku untuk ijazah ini. Namun, perancangan Allah mentakdirkan daku memilih Cardiff sebagai pilihan utama dalam permohonan melanjutkan pelajaran.
Daku bahagia dengan Cardiff..hati tercuit di saat-saat sampai di Cardiff bersama Husna dan Mai. Menaiki keretapi laju dari London ke Cardiff. Terkedu dengan teknologi keretapi laju yang tidak ada di tanah air. Terkial-kial kami bertiga dalam keretapi itu, perasaan gembira bercampur berdebar. Gembira kerana impian menjejakkan kaki untuk belajar di Negara luar dan berdebar menantikan ujian-ujian yang bakal ditempuhi di Cardiff nanti. HAti saya pernah berbisik, “Inikah perasaan apabila Berjaya menjejakkan kaki ke Negara UK ini?”
Pandangan dilontarkan ke luar tingkap keretapi. Cantik. Indah. Sangat indah. Jikalai di Malaysia saya melihat pemandangan sawah padi yang menghijau di tempat kelahiran saya di Kedah, di sini, padang hijau itu adalah tanaman rumput beriklim sejuk untuk dijadikan makanan lembu, kambing biri-biri dan kuda sang petani. Matahari yang terpancar tidak seterik di Malaysia yang beriklim khatulistiwa. Matahari di sini lebih malap cahayanya..tidak terik..tidak terasa bahang panas. Bagi saya, matahari di sini seolah-olah sebagai penghias hari. Ia tidak berfungsi sebagai pemanas. [Wat de.. ape aku cakap ni]
Sekarang sudah masuk musim panas, yes, sangat panas walaupun hanya 20-24 degree celcius. Entahlah, mungkin sudah terbiasa dengan suhu 16-18 celcius, mengada pulak nak cakap panas. Padahal di Malaysia bersuhu 30 lebih okay sahaja. Oh mungkin itu typical pelajar-plejaar di sini yang mengada-ngada. Nga nga nga..
Oh ye, saya mahu bercerita pengalaman saya ketika mula-mula menjejakkan kaki ke bumi England ini. Haha..takdelah kelakar sangat tapi okay je nak bercerita kan.
Kami sampai di London ketika bulan puasa. Saya sangat lapar dan terus pergi ke kedai kebab untuk membeli Kebab Doner yang berharga GBP 3 iaitu bersamaa dengan RM 21 ketika itu.. Bayangkan sebiji kebab berharga RM 21 di Malaysia!! Saya hamper tidak percaya namun abaikan saja kerana terlalu lapar.
Kemudian kami ke kedai Boots Pharmacy [kedai pharmacy francais terbesar dan ternama di UK] untuk membeli ubat gigi. Saya melihat harganya. GBP 1.49! What?? Setelah mencongak currency dalam kepala, saya terus rasa nak fengsan. Mahalnya. Dan perkara convert currency terus berlaku sehingga beberapa hari sampai nak beli barang pun tak mahu kerana dianggap mahal. Yeah!! Sekarang ni.. setakat GBP 20 tu pejam mata je dapat beli sebuah handbag Clarks ataupun Liz Clairebourne atau Fiorelli ataupun Betty Barclay! Saya telah develop tabiat ‘Shopaholic’ yang agak extreme di sini. Kadang-kadang saya habiskan GBP 100 hanya dalam satu hari, malah pernah lebih dari itu pun ada.. Hihihi.. Astaghfirullah!!
Okay-okay, kita berbalik kepada shots pengalaman pertama saya dating sini.
Ketika saya membayar harga di kaunter Boots, cashier itu bertanya,. “Are you from Brunei?”
Dalam hati saya..”What? Brunei? Muka saya macam orang Brunei? Ada gaya-gaya muka orang kaya ke? Hehe..”
Kemudian ketika saya berjalan-jalan di lorong-lorong sibuk di London, saya ditegur oleh seorang perempuan muda dan cantik yang sedang membeli-belah, “I like your scarf. Is it a fashion?” Wahaaahaaa..
Dan satu lagi peristiwa di mana ada seorang perempuan menegur brooch yang saya pakai, “It is sooo lovely…!!! It goes excellently with your beautiful scarf!” Hohoho..saya gembira!!
Itu adalah beberapa snapshots yang positive sejak saya di bumi UK ini. Namun, di sebalik kegembiraan itu, ada juga peristiwa-pertistiwa yang membuatkan saya phobia dan trauma. Ianya berlaku sangat dahsyat. Nanti saya cerita ye…
Okay, saya mahu membaca surah Al-Kahfi..hari ni kan hari Jumaat. Perjalanan saya ke Southampton masih berbaki 1 jam setengah. Manfaatkan masa terluang ini. Jom amalkan Al-Kahfi setiap Jumaat. Hanya 30 minit diperlukan untuk habiskan satu surah. Kalau kita boleh habiskan beberapa jam untuk menonton movie, main game, menulis blog dan ber’facebook’. Apa salahnya luangkan masa hanya 30 minit untuk Surah Al-Khafi sekali sahaja seminggu.
Ya right!!!
No comments:
Post a Comment