Basikal yang disayangi telah hilang dicuri orang yang tidak dikenali. Basikal yang kukayuh ini milik Izyan Kamarulzaman, seorang sahabat yang tinggal tidak jauh dari rumahku. Daku sangat memerlukan basikal untuk ke perpustakaan setiap hari, bekerja sebagai seorang penyusun buku.
Hanya basikal yang mampu kubeli dan miliki. Tidak perlu bayaran untuk ‘parking’. Tidak perlu petrol untuk bergerak. Hanya kalori yang perlu dibakar untuk menuju ke destinasi. ‘Parking’ pula boleh dimana-mana saja tempat bertiang atau berpalang. Pokok pun boleh.
Cuaca musim panas di UK sungguh terik. Kulitku hampir ‘hitam’ kerana terbakar. Sudah tidak cantik. Sudah hilang keserian dan keputihan kulit wajah. [ehhe..lebih2 la pulak]
Basikal meluncur laju memasuki ruang ‘School of Healthcare Studies Cardiff University’. Keputusan akhir tahun keluar hari ini. Jam menunjukkan tepat pukul 4 petang. Daku bergegas menuju ke OT department, kulihat beberapa rakan-rakan lain berada di situ. Steve dan Sue juga ada. Mereka adalah tutor ku sepanjang 3 tahun daku di sini.
Steve tersenyum, Sue juga senyum. Daku masih tercungap-cungap menahan kepenatan berbasikal. Terus meluru ke ruang papan notis. Namaku berada di bawah sekali..al maklumlah.. Miss Zainol katakan.. setelah nama diteliti.. Alhamdulillah hati menjerit kegembiraan.. Alhamdulillah berselang dengan senyuman..
Kejerihan menulis assignments dan VIVA terbayar dengan result yang ala kadar, Second Class Upper.. walaupun tak capai First Class, namun saya sangat bersyukur kerana yang dapat First Class dalam batch saya hanya dua orang..
Syukur syukur..semua ini daripada-Nya.. tiada apa yang lebih menenangkan selain ingat kepada-Nya
Saya yakin ini anugerah terindah dari Allah untuk diri saya.. Syukur..syukur.. Alhamdulillah… Mashaallah begitu hebat dugaan kesenangan yang Allah beri kepada saya.. Satu demi satu berita gembira yang saya terima.. Saya perlu bersedia untuk menerima segala dugaan senang ataupun susah.. Yang paling dahsyat ialah dugaan senang.. Ia mampu membuatkan saya leka dan alpa kepada-Nya..
Syukur..teman-teman di sisi selalu mengingatkan..terutama Amni Safiah sahabat saya di Newcastle.. hehe… beliau selalu cakap ‘Banyaknye Allah bagi dugaan padamu ni Puja, mu ni kena bersyukur selalu..’ ni dalam loghat Kelate dia la…
Terima kasih semua… Alhamdulillah!!!
aahhhh...cikgu fuzah nak balik malaysia dah ye (^_^)
ReplyDeleteSalam alaik~
ReplyDeletePuja, last month, I got a chance to visit the occupational therapy department in Penang GH.
We managed to learn bout OT role in health care. Time tu, teringat kat Puja. ^-^
Puja, congratulations on ur graduation! I'll be proud to say I've a friend who works as an OT and that she's working to help people get a better life =)