







Perjalanan Cardiff ke London adalah suatu perjalanan yang agak menggembirakan pada detik itu.
Apa lagi perkara yang paling membahagiakan apabila berjaya mendapat segulung ijazah untuk degree pertama di sini. Alhamdulillah segala kekuatan meneruskan perjuangan di sini adalah dari Allah.
Kenangan-kenangan indah di Cardiff tidak akan mampu dipadam dalam diari ingatan ini..
Makanya..silalah menonton gambar-gambar di hari Graduation saya... Ngahahaha.. Setakat ini, itulah hari paling membahagiakan saya.... Saya tidak mengharapkan ianya kekal sebegitu sebaliknya saya harapkan ada lagi hari-hari indah yang bakal mewarnai rona kehidupan saya yang membuka jalan ke Syurga-Nya...
Seorang demi seorang sahabat-sahabat dan rakan-rakan yang menamatkan kehidupan sendiri mereka.. Sudah semestinya ayat-ayat ini berbaur cemburu dan iri hati... :P Manakan tidak..Segulung ijazah sudah diperolehi..kerjaya bakal dikejar tidak lama lagi.. Apa lagi yang harus dilakukan selain berdoa...dan berdoa..
Along the way untuk bergelar seorang Puan Mahfuzah..saya tidak akan terus duduk diam..satu demi satu impian akan dikejar..harapan agar bakal suami itu nanti memahami impian dan cita-cita dalam bidang yang saya minati..menjadi warga Kementerian Pelajaran Malaysia.. Aminkan doa-doaku..
Congratulation! Semoga terus kuat hadapi hari-hari depan. :-)
ReplyDeletepuja, selamat jadi Pengarah KPM lepas ni..hahaha
ReplyDeleteLiyana : thank you..thank you..
ReplyDeleteIeca: haha..doakanlah ye.. pengarah pendidikan khas je..bukan KPM pun.. itu besar sgt.. huhu