Thursday, 2 September 2010

Terapi Sekolah!!


Alhamdulillah Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) telah selamat dijalankan dengan gembiranya...

Saya sebagai guru pendidikan khas.. Saya menjangkakan guru pendidikan khas adalah satu tugas yang begitu mencabar dan amat payah..

Apabila mengikuti PBS di SMK Tanjung Pauh yang mempunyai pelajar-pelajar Khas Bermasalah Pembelajaran, saya cukup teruja dengan segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh mereka. Inilah yang saya suka!!!! Inilah yang saya cari selama ini..

Aktiviti P&P tidak tertumpu kepada akademik..tambahan pula pelajar-pelajar ini tidak mengambil peperiksaan umum besar di Malaysia.. Ok..tiada tekanan dari segi itu..

Kita lihat aspek lain pula..Saya cukup kagum dengan kesemua 36 pelajar khas di sekolah ini...walaupun mereka tidak sempurna seperti orang lain..namun budi pekerti dan sifat menghormati guru yang ditunjukkan oleh mereka sudah cukup membuatkan hati saya melonjak keriangan.. Syukur-syukur... Ok..itu baru kat satu sekolah..jangan gembira sangat Mahfuzah..

Kehadiran saya di sekolah itu cukup membuatkan pelajar-pelajar khas di situ tertanya-tanya..siapakah gerangan cikgu baru yang cantik gebu lagi menawan yang bakal bersama mereka...hek hek hek..Ok nak perasan sekejap..


Setelah memperkenalkan diri, saya mula bergaul dan berinteraksi dengan mereka..rata-rata mereka adalah normal dari segi fizikal..cuma mereka sangat lambat dari segi pembelajaran..sehinggakan ada yang sudah berumur 18 tahun masih lagi tidak fasih membaca kerana mereka tergolong dalam 'Slow Learner'..

Ada pelajar saya yang kurang daya pendengaran dan sering kali salah tafsir arahan yang diberikan guru..Ok ok..sebenarnya sangatlah banyak pengalaman yang melucukan sepanjang saya berada di sekolah ini selama 2 minggu..

Hak hak hak..saya tak tahu kenapa namun gelagat dan karenah pelajar-pelajar di sini sudah cukup membuatkan daku ketawa dan mencapai tahap kegembiraan maksimum!! Hehe...

Ada banyak adegan yang mencuit hati apabila bersama mereka..sama ada dari segi tutur kata yang diperkatakan mahupun tindakan-tindakan yang sangat kelakar.. Patutlah pekerjaan sebagai guru ini mulia dan menyeronokkan.. guru-guru sering dihiburkan dengan keletah pelajar-pelajar khas....

Saya cukup gembira di sini..sangat gembira.. Jadual waktu mengajar pula fleksibel dan kerja-kerja guru banyak merangkumi merancang aktiviti-aktiviti menarik untuk mereka!!! Saya semkain teruja.. Daya kreativiti amat diperlukan dalam bidang perguruan ini!!!

Mari melihat gambar..ho yeah!!
Ada aktiviti berkebun, berkuda, renang, bowling, membuat muffin dan macam-macam lagi...!! Semua aktiviti ini adalah berbentuk terapi dan berfungsi untuk menambah ilmu pengetahuan melalui pembelajaran menerusi pengalaman, pemerhatian dan kolaborasi.

Learning is fun!!!


















1 comment:

  1. seronok pulak tgk aktiviti2 diorang tu, lagi seronok dari kelas biasa. huhu

    ReplyDelete