Monday, 29 November 2010

"Oh ini adik saya bukan boyfriend"

ok ok..cuti sekolah mmg membahagiakan..kerana setiap hari tanpa satu aktiviti menajamkan otak dna minda berjalan!!

ini saya mahu bercerita tentang pengalaman-pengalaman bersama adik-adik lelaki saya dan pandangan mereka terhadap kami.. hohoho

Cerita 1 (adik berumur 23 tahun, muda setahun dari saya)

Saya mengajar sementara di salah sebuah sekolah rendah di Pekan Jitra. Masa tu, saya dah habis sekolah and adik saya yang kedua datang menjemput saya di sekolah kerana masa tu tak de lesen lagi (walaupun dah bawak kereta secara 'haram tanpa lesen' selama 2 bulan ketika bulan mengambang..hua hua hua)

Ramailah anak-anak murid saya menunggu ibu bapa/van/bas di tempat yang sama...hadoii.. Tatkala adik saya datang, saya menaiki kereta dan berlalu pergi untuk pulang ke rumah..

Esok paginya.. "Cikgu, semalam saya nampak cikgu naik kereta dengan boyfriend cikgu..hehe!!" jerit seorang anak muridku semasa saya melangkah masuk ke kelas. Waduh waduh..itu adik sayalah!!!

dan saya pun berkata.."oih oih..cikgu mana ada boyfriend..itu adik cikgulah! Kamu ni...memandai saja.."

Cerita 2 (adik muda setahun)

Adik saya menghantar saya ke asrama (asrama masa kat KPLI ni). Dia hantar sampailah ke dalam sebab ada banyak barang..tak larat nak heret. Masa tu adik saya sorang je yang hantar saya. Lepas adik saya memandu keluar, seorang makcik Guard datang kat saya.."Amboih..Handsomenya Pakwe..!"

erkkkk!! Gulpp.!!! "Errr..makcik..itu adik saya la makcik.."

"Hah..adik ke!!!! Maaflah ye, ingatkan kawan special tadi.." kata makcik guard tu sambil tersenyum dan berlalu pergi begitu saja.... adoii.. ingatkan nak tolong angkat barang saya naik Tingkat 4 tu.. hoh!!


Cerita 3

Ni pasal adik saya yang masih berumur 17 tahun.

Saya pergi ke kedai bersamanya. Dia memandu kereta..sebab nanti senang saya turun membeli dan adik saya hanya tunggu dalam kereta. tak payah susah2 nak cari parking.

Setelah membayar di kaunter.."Yang dalam kereta tu suami you ke?" tanya uncle kedai tu.

Gulppp!! vovovovovvo.. I am single!! jerit batinku. "eh bukan bukan..itu adik lelaki saya lah..baru umur 17 tahun tu.."

Cerita ketiga ni saya rasa ragu-ragu sikit..mungkin uncle tu tanya sebegitu kerana mungkin beliau 'kagum' kot suami saya lebih muda dari saya!! OMG!! adakah saya sudah....??? OMG!! Oh Tidak.

Ok tamat tiga cerita..bersambung nanti..

1 comment:

  1. kak fuzah,sy tlg buat conclusion ye..tu maknanya suruh kawin cepat tu.. ;D

    btw,assalamualaikum akk..ape kabar?

    ReplyDelete