Sunday, 14 November 2010

Kerepek Ubi

Hmm..

Dengan lafaz bismillah saya mula menulis entry ini..

Weekend terakhir di IPIK Cheras..hua hua hua.. tak sabar rasanya mahu pulang ke rumah.. yuhuuuu....

Tadi saya ke Jalan Tunku Abdul Rahman..yehehe..saje je menjamu mata dengan pelbagai koleksi pakaian dan tudung.. Sempat beli satu tudung je untuk dipakai bersama jubah hari raya haji tak lama lagi..

Sesungguhnya saya merindui kedua ibu bapa saya.. Ayah saya..hehe..rindu nak lihat gelagat kelakar dan lucunya setiap hari..hehe
Mak saya..rindu nak berbual-bual dan bergelak ketawa bersamanya..hehe..

Sebenarnya banyak perkara nak diceritakan tapi idea-idea menulis itu hanya datang sebentar sahaja dan datang pulak pada masa-masa yang tidak sesuai..maknanya masa tu saya tidak berada di depan laptop untuk menulis..hehhe...

Takpelah..biarkan segala yang telah difikirkan itu datang lagi nanti..kalau sempat saya tulis..saya

Untuk blog ini..saya target untuk menulis at least satu entry setiap bulan..walau sesibuk manapun, saya pasti akan luangkan masa untuk menulis walaupun perkara tak berfaedah sangat untuk 0rang lain..

Well, at least I keep my consistency right???

Oh dan sekarang saya berkira-kira mahu menyambung Masters untuk mencapai cita-cita saya ke JUSA.. Hmmm...work hard inshaallah.. dengan pertolongan Allah pasti cita-cita ini akan termakbul..

Masters in Occupational Therapy atau Masters in Special Education..saya keliru dan buntu..oh saya perlu buat istikharah begini..

Tunjukkanlah jalan Ya Allah...

Dan masa cuti saya mahu dimanfaatkan untuk practice membuat taman hiasan dan kolam ikan di rumah.. Banyak benda saya belajar di IPIK Cheras.. walaupun saya tak suka tempat ni..tapi tempat inilah yang mengajar saya erti sebuah kesabaran dan ilmu kehidupan..

Saya belajar bagaimana membuat selipar keretapi..hehe.. then belajar memelihara ikan..belajar buat kuih bahulu..kuih tako, muffin sedap, juga belajar cara-cara menyimen, nak kilatkan pintu dengan timber finish dan banyak lagi.. Syukur banyak pengalaman baru di sini.. Untungkan jadi cikgu..?? Hehehe..

Ramai pensyarah saya pesan, jadi cikgu tak kaya.. tapi inshaallah penuh keberkatan.. Sebab tu walaupun gaji cikgu kecik je, namun hidup mereka bahagia dan selesa.. Sempurna hehe..

Saya mengimpikan kehidupan seperti itu..
Hehe

Semalam saya keluar jumpa Deedee..kawan lama saya di London dulu.. hmm...dah jadi wanita berkerjaya uOlss.. hehe.. seronok berbual-bual dengan Deedee yang sememangnya rakan gelak ketawa ku..huhuhu..

Semoga dapat berjumpa beliau lagi..pesanan untuk Deedee..pakai baju formal pergi keje ye deedee..hehe..

Okaylah ye..cukup setakat ini..

No comments:

Post a Comment