Thursday, 11 November 2010

Banjir Jitra Island!

oh oh saya lupa yang saya ada sebuah blog yang sentiasa menanti untuk dihupdate!!!

Kehidupan terlalu sibuk...yeke?? Sibukke?

Aah..banyak perkara melewati hidupku sejak hari terakhir update blog sehinngalah hari ini..

Okay.. where to start.. my parents has gone to Baitullah last week... Dah selamat alhamdulillah..

then i went back home again for a few days celebrating Deepavali..oh tak tak..Mengambilo kesempatan cuti Deepavali..

And by that time, banjir melanda Jitra..my sweet home town.. Alhamdulillah both of my houses tak affected by that banjir because our houses are located sedikit atas dari paras air.. Syukur..tapinya.. kawasan kampung dan perumahan saya seolah-olah macam pulau.. So we can call that Jitra-kawi Island --> Langkawi Island

Walaupun rumah tak affected dengan banjir but we experienced black-out for about two days. Hmm..that's a bit terrible but saya faham lagi terrible penderitaan orang-orang yang rumah mereka dilanda banjir..

Sejarah banjir di Kedah bermula dah lama tapi arus pembangunan yang begitu pesat berlaku di Kedah dan Perlis telah menyebabkan banjir-banjir seperti ini kerap berlaku terutama ketika tahun 2005 dan sekali lagi berulang tahun ini 2010.

Tahun 2010 lebih dahsyat pada fikiran saya kerana ia melumpuhkan seluruh Pekan Jitra!!! Semua kedai yang berada di ground floor dilanda banjir!!! Masa tahun 2005 tak sampai begitu sekali..

Beberapa hari banjir, saya mula memandu ke Pekan Jitra untuk melihat tahap air yang telah surut setelah hujan berhenti.. Hmm...teruk teruk..dahsyat.. Ada rumah banjir sampai hanya nampak bumbung rumah saja..

Semua kawasan perumahan berhampiran Pekan Jitra termasuklah SMK Jitra, sekolah kebanggaan saya rosak teruk akibat banjir..

Ketika memandu, masih ternampak kesan-kesan lumpur dan tanah merah di atas jalan-jalan dan dinding-dinding kedai.. Masa saya buka tingkap kereta..Bau busuk menusuk ke hidung.. mungkin bau bangkai haiwan yang hanyut/mati oleh arus banjir..

Ini ujian Allah kepada penduduk Jitra.. Syukur bumi dan tanah ini tidak ditenggelami keseluruhannya sepertimana Allah tenggelamkan Acheh ketika Tsunami dulu..

Sawah padi pulak musnah.. Sawah arwah tok wan saya yang diusahakan oleh Pak Lang habis tenggelam.. menurut kata paklang..kawasan sawah padi tok wan dah jadi lautan luas...

Dan rumah tok anjang saya yang berdekatan sawah padi turut dilanda banjir..

Rumah PakCik saya di Kangar, Perlis apatah lagi.. Air sampai ke aras pinggang.. Rumah saudara lain-lain alhamdulillah selamat..

Hmm..semoga Allah sentiasa mengingatkan kita tentang kehidupan yang sementara dengan bencana-bencana kecil seperti ini..

Saya masih ingat ketika banjir 2005 dulu..habis kawasan sawah padi musnah oleh banjir.. Mak saya kata.. mungkin Allah nak sucikan hasil pertanian para pesawah.. Mungkin ada yang tak bayar zakat padi... Orang Kedah banyak bersawah dan bertani.. dan kesibukan mungkin menyebabkan kealpaan membayar zakat padi.. Allah lebih mengetahui bukan..

Itu sebab Allah turunkan bencana seperti ini.. untuk ingatkan kita.. dan mungkin juga Allah mahu memberi rezeki yang lebih baik..

Dan mari kita lihat dari segi politik... Kerajaan Kedah di bawah pemerintahan PAS.. saya lihat pihak media mencari isu di sebalik kejadian bencana ini di Kedah.. Hmm..saya sendiri pernah merasai suasana banjir di Kedah pada tahun 2005 dulu..,masa tu Kedah di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional..sama juga cerita-cerita yang didengari cumanya tak digembar-gemburkan media..

Kerajaan pembangkang 'tiada suara' di media.. Saya nampak perkara itu sebagai suatu ketidakadilan dalam warna-warna politik di Malaysia. Saya berani menulis tentang politik di blog saya kerana saya memandang politik adalah suatu perkara yang amat penting dalam hidup saya sebagai rakyat Malaysia.. kerana jiwa patriotik itu ada dalam diri saya.. Saya sayang Malaysia. Takkanlah sebagai seorang pelajar..bakal guru..seorang belia..saya tidak boleh memberi pandangan dalam hal ini..ini bukan isu sensitif bagi saya..ini isu yang kritikal..

Janganlah takut sangat nak bercakap tentang politik..kita perlu berfikiran terbuka..rasional..proaktif dan progresif.. hehe.. okay okay cukup bab politik..

Mari kita doakan kesejahteraan rakyat Malaysia amnya dan rakyat Kedah-Perlis secara khususnya..

Dan minggu ini..melewati lagi hari-hari di IPIK Cheras.. Pejam celik pejam celik..semester pertama hampir melabuhkan tirainya.. Mula je raya haji ni..saya akan bercuti sampai tahun depan..yuhuuuuu yabeda beduu..

Ini memang perangai sebenar cikgu okay..asal cuti ja..yabeda bedu... asal cuti je..beda bedu.. Tak dapat dinafikan.. ngoh ngoh ngoh..

Perancangan masa cuti saya ialah menulis buku Terapi dalam Pendidikan Khas..mengadakan lawatan ke pusat-pusat NGO di Kedah dan menjaga adik-adik sepemergian kdua ibu bapa ke Baitullah.. hehehe..

Walaupun cuti nampak macam panjang..hakikatnya ia tidaklah lama mana kerana ia bakal dipenuhi dengan perkara-perkara yang ilmiah..uhuhuhu..

Saya mahu jadi cemerlang dalam perkhidmatan saya..kerjaya saya..tapi saya tetap tidak akan menafikan hak keluarga saya..hehe.. sebab tu lah saya suka cuti-cuti ni.. suka balik rumah.. And then, kalau nak buat kerja..suka buat online je.. Takpun buat jarak jauh je ke..hehe..

Harap-harap nature kerja saya di Putrajaya nanti bakal memenuh 'needs' saya ini... Saya mengejar pangkat dalam kerjaya saya..tidak dapat dinafikan..saya tersangat inginkan JUSA (jawatan utama sektor awam) !!! Yezzaa!!

Saya akan berusaha ke arah itu dengan cara saya sendiri.. cara saya mungkin berbeza namun matlamat kita sama.. Saya mahu jadi lebih kreatif..

Tak salahkan kalau kita bekerja untuk pangkat..di samping berkerja dengan tekun, jujur dan amanah dalam tanggungjawab..

Saya selalu berdoa agar Allag sentiasa berikan ilham dan idea yang bermanfaat kepada saya untuk saya salurkan kepada masyarakat.. untuk saya berbakti kepada masyarakat..

Yeah yeah..semangat yang hilang telah kembali!!

Okay okay..di samping saya sentiasa memikirkan tentang kerjaya..saya tak lupa juga pada soal keluarga saya masa hadapan..sudah tentu ia termasuk dalam perancangan..hehe..gediks okay..

Oh pasal perancangan berkeluarga saya tak dapat nak cerita kat sini lebih-lebih sebab saya ni jenis pemalu orangnya.. [ptuihh!! nga nga nga]

Oh takpe-takpe..saya tahu saya tahu ramai yang nak tahu cerita peribadi saya kan..hehe..rilek rilek.. belum lagi..tunggu ye. bila tiba masanya, saya akan cerita..

{uweekk...macam ayat yang artis-artis Malaysia selalu cakap la..terutama dalam rancangan MELODI..hehe..}

Jom tidor!!

P/S: Ada orang beli iPod baru hari nii...hehe..rasa macam nak pinjam je..huhu...


No comments:

Post a Comment