Alhamdulillah esok Jumaat saya akan berangkat pulang ke negeri kelahiranku..Kedah yang permai..hehe.. Saya akan memandu seorang diri all the way back...wah wah wah..dah jadi wanita independent dah ye sekarang...hehe
Semoga Allah selamatkan perjalananku pulang ke rumah. Esok, selesai sahaja waktu persekolahan, saya akan merempit meninggalkan ibu kota raya Kuala Lumpur ini..yuuuhuuuu..Walaupun tak sambut Tahun Baru Cina..tapi cuti seminggu itu amat perlu untuk dihargai oleh insan solo seperti saya ini... hehe
Hari ni lecturer pembimbing saya datang ke sekolah untuk membuat lawatan sosial di samping bertemu guru pembimbing saya.. Huh Huh Huh!! Saya sangat berdebar.. apalah yang dikatakannya kepada guru pembimbing saya. Saya cuak okay.. saya gelabah tak tentu arah walaupun tak buat salah..hehe.. entahnya kenapa. mungkin sebab lecturer saya tu agak cerewet orangnya..Jadi saya pun jadi gelabah kalau-kalau ada benda yang beliau tak puas hati... Nga nga nga...
Beliau datang dan terus masuk ke bilik guru kanan Penyelaras Pendidikan Khas dan juga bertemu guru pembimbing saya. Saya hanya memerhatikan sahaja dari luar tingkap lutsinar pejabat Guru Kanan Penyelaras itu sambil buat-buat sibuk menulis lesson plan..hehe..tapi memang betul pun saya tulis lesson plan untuk hari Jumaat.
Saya tak dapat dengar perbualan mereka dek kerana dinding yang kedap udara itu. Hanya mampu melirik secara sembunyi-sembunyi ke dalam ruang kaca lutsinat itu dari tempat duduk saya dalam bilik guru.. Cuak okay!!
Setelah agak-agak 45 minit mereka berbual-bual di dalam. Pensyarah saya pun keluar dan saya pergi mendapatkannya untuk bersalaman.. Setelah beberapa minit, beliau pun berlalu pergi meninggalkan sekolah.
Dalam hati saya..apalah yang beliau bincang-bincang tadi...
Tak lama selepas pensyarah saya balik.. Guru Kanan Penyelaras, Cikgu Rosli panggil saya masuk pejabatnya itu. Uikss...gabra...gabra.. Saya pun melangkah masuk dengan penuh keyakinan dan tahap kesedaran sosial yang tinggi..huk huk huk...budget je tu..nak cover perasaan gelabah.
Masuk je bilik Cikgu Rosli, beliau menghamburkan saya soalan-soalan dan pertanyaan seperti ini..
"Mahfuzah, saya baru tahu yang awak rupanya graduan dari universiti luar negara. UK pulak tu. Dan awak merupakan pelajar tajaan Kementerian untuk Pendidikan Khas. Kenapa awak tak bagitau saya sebelum ni? Saya ingat awak pelajar KPLI biasa yang sama seperti guru-guru pelatih sebelum ini."
Kus semangat..marah ke cikgu Rosli ni..adeihh...
"Saya ni nak bertanya pada awak Mahfuzah..tadi lecturer awak datang dan beritahu saya bahawa awak pelajar cemerlang dari luar negara..dalam bidang Terapi Cara Kerja..Jadinya saya mahu tanya pendapat awak tentang bagaimana kita nak 'handle' pelajar-pelajar kita seperti Raihan, Farid dan Fazrul? Mereka kanak-kanak Cerebral Palsy.. Saya tak ada kepakaran macam awak dapat di luar negara sana"
Mak aiii...sampai macam ni sekali kah..
"Okay..beginilah..saya mahu adakan Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan khas untuk guru-guru Pendidikan Khas di sekolah ini. Jadinya saya nak bagi awak kendalikan kursus Terapi Cara Kerja kepada semua guru-guru Pendidikan Khas di sekolah ini selama satu hari macam tu. Ini merupakan peluang untuk awak buktikan kecemerlangan awak..saya tidak bermaksud untuk membebankan awak ye Mahfuzah tapi ini satu usaha murni untuk kita gunakan kepakaran ilmu yang awak dapat di luar negara untuk sama-sama dikongsi di sekolah ini. Saya amat berbangga dengan pencapaian awak yang telahpun diceritakan oleh pensyarah awak sebentar tadi."
Mashaallah..mashaallah.. stress buat lesson plan tak habis lagi..dah nak kena bagi talk kat cikgu-cikgu yang dah banyak pengalaman ni..adoii.. Sungguh berat ujian ini..
"Saya harap awak dapat buat yang terbaik selama tempoh praktikum awak di sini ye.. Kami amat berbesar hati kerana awak memilih untuk praktikum di sekolah kami ini.."
*********************
Okay okay...saya kembali tenang..tapi..alamak..banyaknya kerja kena buat over the holidays.. Uwaaaaa...inikah pengorbanan??
Yes..saya mahu berfikiran positif...!! Mungkin ini langkah pertama menuju kecemerlangan dalam bidang Pendidikan Khas.. Inshaallah sya akan berjaya dengan pertolongan Allah..bantulah aku Ya Allah..
Baru 2 minggu praktikum sudah diberi tugas sehebat ini..mampukah aku?????
Kalau setakat bagi talk pasal Terapi Cara Kerja kepada cikgu-cikgu pelatih di maktab IPIK tu saya tak kisah sangat sebab dah biasa buat sebelum ni ketika pensyarah saya jemput. Ini cikgu-cikgu yang dah qualified okay!!! Mereka lagi banyak pengalaman daripada saya..dan saya bukanlah pakar sangat..setakat belajar dari pengalaman dan pengajaran semasa praktikal di Cardiff je ada..
Tolonglah hamba-Mu ini...
Bantulah daku..
Tolonglah doakan saya kawan-kawan...
Salam Kak Fuzah,
ReplyDeleteMasyaAllah...masyaAllah! Tahniah sebab diberi kepercayaan untuk share pengalaman Kak Fuzah. :)
InsyaAllah, you can do it!!
Semoga Allah permudahakn segala urusan kak Fuzah untuk menjayakan talk tu nanti.
p.s. Yeah kak Fuzah, great start, before heading to the Pengarah Pelajaran office. ;)
(^_^)
salam wbt..
ReplyDeletecayalah Fuzah!!! go OT go!!!
;)
Assalamu 'alaikum wbt
ReplyDeleteAkak, all the best! Semoga dipermudahkan segala urusan (: Gembira sgt bila baca pengalaman2 akak ... (^^)
Kami kat OZ ni alwaz mendOakan (:
budak-budak CP chumel... n_n
regards,
junior OT