Sunday, 27 December 2009

Harapan yang Tak Pasti

Saya suka lagu dalam video closing FUIYO 09. Lagu kedua title Kembali.. Saya nak lagu ni..sape ade boleh bagi saya ke?

Kenapa saya suka lagu ni??
Sebab..
Saya masih mencari diri sendiri...hati saya selalu tak tenang.. Selalu berubah-ubah..
Saya mahu berubah menjadi yang lebih baik tapi kadang-kadang saya tak kuat.. sebab apa eyh? Sebab saya banyak gelak ke? Hati saya hitam mungkin.. Keras..

Perkara pertama, pemakaian saya.. Hmmm... Saya cemburu melihat mereka yang lebih sopan pakaian mereka. Apabila melihat diri ini...? Saya jadi rendah diri.. Tapi hati saya selalu tidak kuat.. Lembutkanlah hatiku..

Kadang-kadang saya terikut-ikut naluri hati ingin nampak cantik. Jadi, saya beli baju-baju yang saya suka. Saya pakai. Saya rasa seronok sekejap. Lepas tu saya rasa baju-baju saya semua over-over belaka. Kenapa rasa macam tu? Saya gelisah. Tapi still pakai lagi baju-baju itu sebab saya sedapkan hati saya sendiri... Tapi sebenarnya saya tak tenang.
Patutkah saya tinggalkan semua benda yang saya suka??

Saya suka perkara keduniaan..make-up dan alat solek, baju dan tudung yang cantik sampai saya lupa tujuan sebenar saya hidup. Saya pernah baca satu artikel tentang hukum bersolek adalah HARAM. Bersolek adalah lambang cara hidup JAHILLIYAH. Hidup hanya sementara... Saya perlukan bimbingan hati sepanjang hidup saya.. Di manakah saya boleh dapat itu semua??

Perkara kedua, cara saya berfikir dan bercakap. Saya akui saya bukan seorang yang pandai bercakap. Cakap saya cakap kosong. Tidak ada isi langsung. Semuanya tidak berfaedah. Saya banyak bergurau. Saya cemburu kepada mereka yang fasih berbicara tentang ke-Tuhan-an berpandukan dalil-dalil daripada Al-Quran. Bila saya nak jadi berilmu macam mereka?? Apa yang perlu saya buat?
Saya mahu tapi tak berusaha ke arah itu... Tiada semangat. Tiada motivation. Saya memang tak kuat.

Saya banyak kekurangan.. Saya mahu membaiki diri.. TAPI.. Saya takut tak sempat.. Saya selalu menangis apabila mengenangkan masa depan saya di AKHIRAT nanti. Saya takut..

Saya sedar..saya banyak ketawa di hadapan orang lain...tapi saya selalu menangis bila sendirian.. SEBAB saya takut... Saya selalu berfikir APA NAK JADI DENGAN SAYA NI????

Antara NIAT untuk berubah, TANGGUNGJAWAB untuk berubah dan PERASAAN untuk berubah...

Semua itu ada..tapi MOTIVATION untuk ke arah itu masih belum ada. Saya masih mencari... Mencari apa sahaja untuk tenangkan hati saya.... Saya tak tahu apa yang boleh tenangkan hati saya... Masih belum dapat jawapan...

Sekali-sekali rasa macam hidup saya ini hanyalah untuk DUNIA semata-mata.. Hati ingin jadi milik Allah..


Harapan dari setiap insan kesenangan serta ketenangan
mengarungi hidup ini tanpa ada cubaan
sayang harapan itu tak pasti karna cobaan akan terjadi
tuk menguji sabar diri dan ketaqwaan
akankah kita tetap tegar menjalaninya dengan keikhlasan
ataukah terjerumus ke dalam keputusasaan

Katakanlah kali ini adalah miliknya Allah
yang akan kembali kepadanya kapan dan dimana saja
dan berdoalah mohon ampunan dari semua kesalahan
agar mendapat keredhoan dan pertolongan

sayang harapan itu tak pasti karna cubaan akan terjadi
tuk menguji sabar diri dan ketaqwaan
akankah kita tetap tegar menjalaninya dengan keikhlasan
ataukah terjerumus kedalam keputusasaan

katakanlah kali ini adalah miliknya Allah
yang akan kembali kepadanya kapan dan dimana saja
dan berdoalah mohonampunan dari semua kesalahan
agar mendapat keredhaan dan pertolongan Dalam Ujian


All in one - Egypt is FUIYO

Winter break yang penuh happening.. Debaran jantung yang kencang...

Egypt Trip was fantastic. I never thought it would be the best trip ever. Please see the pictures...






Geng Dapur FUIYO 09 was wonderful!! Tiada kata untuk menggambarkan semua perasaan semasa memasak di FUIYO 09~~~~ Terlalu indah.. perasaan yang terlalu istimewa walaupun hati saya tidak selalunya tenang ketika itu atas sebab-sebab tertentu... [saya tak tahu kenapa jantung ini sentiasa berdegup-degap haha]

Fuiyo 2009 Closing Video from Muhammad Huzaifah on Vimeo.

Thursday, 10 December 2009

Sekeping duit satu ringgit

~Erw'r Delyn Special School~

Pengalaman yang sangat berharga dapat placement di sekolah itu.. Saya pasti merindui mereka di sekolah itu.. Ini antara pesanan yang saya dapat sebelum saya melangkah keluar daripada sekolah itu..

'I have really enjoyed working with you. Wishing you all the very best with your studies, and your future career as a teacher.' Love and best wishes, B***y <---- OT Technician.

'Thanks for all your help Mafouza, it has been lovely working with you. Enjoy your well deserved holiday in Egypt!' Love, H***n <--- OT, my educator.

' You have been a fantastic student!! Best wishes, I know you'll be a great OT~' Love from, E****a <--- Senior OT, my educator.

Dan saya telah memberi hadiah juga kepada 2 orang educator saya dan seorang OT tech. Kesemua mereka perempuan. Jadi, apa lagi yang saya boleh bagi selain brooch istimewa yang saya selalu pakai. hehehe... Saya bagi sorang satu...sebab saya ada banyakkkk gilerr... Saya ada sedozen brooch yang cantik yang saya selalu pakai.. Dan pastinya, sesiapa yang dapat brooch itu daripada saya, mereka adalah insan istimewa..hehe...tapi tak bermakna kalau tak dapat, anda tidak istimewa di hati saya...


Oh juga, saya bagi duit kertas RM1 kat setiap orang daripada mereka. Hehe..ala-ala duit raya gitu... Haha.. ini gambar-gambar yang saya ambil semalam.. Semalam adalah hari terakhir saya di sekolah itu... Saya sangat suka.. Selepas saya bagi duit RM 1 tu, Eithne terus cakap, 'Are you bribing us to come to Malaysia and spend this money??!!' Hehe... Diorang tak tau duit tu bernilai hanya 20p duit Britain. Haha...


Dari kiri: Educator saya, saya dan Pete (seorang Speech and Language Technical Instructor). Pete sangat kelakar okay. Dia pernah cakap kat saya satu perkataan dalam bahasa Melayu, dia belajar dari seorang kawan lain... 'Teery Mack Kath Say'~~ Punya la saya pikir tu perkataan apa..rupanya Terima Kasih!! Memang saya gelak besar la masa tu!!!



Haa...yang ni pulak ialah Multi Diciplinary Team (MDT) kat sekolah tu.. dari kiri, Anne the Physiotherapist (suami dia orang Penang okayh!!), Eithne the Occupational Therapist (educator saya yang best!!), saya dan Louise the Speech Therapist.

Kami selalu buat therapy session bersama-sama.. Saya suka bekerja dengan mereka semua..



Ini adalah Team OT yang sebenar..hehe.. dari kiri, Becky the OT Technician, Eithne the Senior Occupational Therapist, saya dan Helen the Occupational Therapist (educator saya juga!). Sila ignore makhluk berbaju merah di belakang itu..haha!!


Okay..yang ni pulak ialah Team OT jugak...hehe.. dari kiri: OTist, saya, dan Becky the OT Technician. Oh saya sangat suka Becky..kami selalu berbual bersama-sama ketika lunch time.. hehe.. Saya pernah naik kereta Saab dia.. FUhhyooohh..best giler kereta dia..haha.. Mewah beb!!


Pete pernah pesan kat saya, kalau saya jadi Head of OT ke apa-apa ketua jabatan kat Malaysia, silalah jemput dia untuk ke Malaysia melawat saya..hahhaa..

Dalam banyak-banyak placement, inilah yang paling saya suka!!!! Saya tidak pernah menyesal belajar Occupational Therapy di bawah tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia. Go go KPM!!!

Monday, 7 December 2009

PASS Placement!!

Alhamdulillah~~

Hari Isnin, untuk minggu terakhir placement, saya telah PASS placement saya~~ Apa lagi yang saya mahu?? Cukup sekadar pergantungan diri kepada ALLAH..

Tadi, tepat jam 3 petang, kedua-dua educators saya telah bersetuju untuk menandatangan semua dokumen-dokumen penting placement saya kali ini..Syukran~~ Padahal saya masih ada 3 hari lagi untuk habiskan placement. Then, educator saya cakap, saya boleh tamatkan placement pada hari Rabu ni~~ Yeay!!! Cuti lebih awal daripada yang disangkakan nampaknya... Saya sangat suka!!!

Esok saya telah dipesan oleh educator supaya JANGAN datang AWAL sangat!!!! Haha...siap kena bagi warning jangan datang awal nehh... Itulah kalau kita suka dengan kerja kita, rasa seronok dengan apa yang kita buat...Rasa nak datang awal je ke tempat placement... Oh saya berharap sifat ini dapat dikekalkan dalam diri saya..

Dan dengan tamatnya placement kali ini, maka cukuplah hours yang saya buat lebih daripada 1000 hours in total untuk 3 years degree in Bsc Occupational Therapy.. Alhamdulilah.. Allah juga yang bagi kekuatan untuk semua ini..

Ini adalah the best placement ever!!!! Alhamdulillah... tak semua orang diberi peluang sebegini, bekerja dengan mereka yang istimewa..di institusi istimewa... Saya rasa diri ini begitu istimewa.. [Saya senyum]

Pergi Egypt hari Sabtu... Inshallah..seronot seronot...



Tuesday, 1 December 2009

Facio-Scapulo-Humeral

Saya mencari-cari Mr Moorcraft (Cikgu Pendidikan Khas di Sekolah Erw Delyn) sebelum beliau masuk dalam kelas sebab saya perlu berbincang dengan beliau tentang kelas English beliau pagi semalam.. Saya nak observe budak-budak istimewa yang seramai 8 orang sekelas dalam kelas beliau untuk final evaluation sebelum saya PASS placement minggu depan..(Inshaallah akan PASS..doakan yer semua...)

Saya dah plan benda ni sejak minggu ke 7 placement lagi tapi disebabkan budak-budak ni asik ade Play Practice je sejak akhir-akhir ni.. Abes semua plan nak observe handwriting diorang tak jadi... Bukan senang jadik Master Mind okay!!! Sepatutnya saya dah siapkan paperwork itu seminggu lepas...

Tapi Alhamdulillah hari Isnin semalam, Mr Moorcraft seakan-akan memahami tugas sebagai seorang OT student untuk PASS placement ini... hehe.. Beliau telah sedaya-upaya memanggil budak-budak ni yang berkumpul di Hall untuk play practice seorang demi seorang untuk di'assess' oleh saya.. Ehehehe... Bermula jam 9 pagi sehingga jam 11.30 pagi, maka tamatlah semua assessment saya ke atas semua pelajar dalam kelas Mr Moorcraft.. Syukur..syukur..tidak terhingga.. dan hari ini saya sudah siapkan paperwork assessment saya.. Alhamdulillah..

Saya siapkan semua petang tadi...semasa semua pelajar istimewa di sekolah itu tengah practice berlakon dan bernyanyi.. Haisshh..tensen gak arr dengar suara diorang yang tak berapa sedap tu di tengah kesibukan menyiapkan paperwork ini... Hati ni meronta-ronta nak nyanyi sama-sama kat hall tapi apakan daya kerja placement lebih penting..

Saya sangat sayangkan semua pelajar-pelajar di sekolah itu.. Ada beberapa orang yang sangat rapat dengan saya.. Eee...suka suka!!!

Tapi bila teringat disabilities mereka..saya sangat mudah tersentuh..

Cuba bayangkan ada seorang pelajar perempuan, namanya Carol (bukan nama sebenar), umurnya 18 tahun, Muscular Dystrophy jenis facioscapulohumeral.. Explain please.. Okay okay saya faham anda mungkin tak tahu apa jenis ini dalam bahasa yang lebih mudah.. Secara ringkasnya, Carol tidak boleh meng'ekspress'kan diri melalui riak wajahnya.. Dalam erti kata lain, kalau dia senyum, kita tak nampak dia senyum, padahal dia sedang senyum... Susahkan.. Saya rasa sedih sangat... Saya kaitkan dengan diri saya... Saya banyak gelak (banyak gila okay!) tapi bayangkan orang tak tahu anda sedang ketawa.. dan mereka menganggap anda tiada perasaan!!!!

Saya tak boleh terima kenyataan yang wujudnya Muscular Dystrophy jenis itu!!!!! Ya Allah, kuatkan keyakinan hati ini terhadap-Mu... Allah lebih Tahu..

Carol sangat aktif di atas powered wheelchair nya.. Dia bersama rakan-rakan lain siap boleh main netball lagik!! Jangan pandang sebelah mata!! Buka mata luas-luas, lihatlah betapa Allah itu maha segalanya~~~ Jangan sempitkan mata (kecuali bagi yang sepet) kerana mata ada dua... (okey, merepek lagi~~)

Saya selalu tegur Carol pagi-pagi sebelum dia masuk kelas dan dia tidak pernah lupa untuk melambai tangannya ke arah saya.. Seriously memang dia tidak ada expression muka!!! Tidak kira waktu, dia hanya mampu menunjukkan muka 20p (muka 20 posen/ muka 2 kupang!!) Bayangkan~~ Tolonglah..saya masih tak dapat terima kenyataan ini..

Adehh...

Oh ye hari ni saya kene inject dengan 'Swine Flu' vaksin.. Mula-mula saya tak nak amek sebab macam takut jer...tapi haha.. amek jelahh..!!! Ape kesah!! Lengan sebelah kanan rasa lenguh sket..tapi setakat ni okay jer.. minum banyak air kosong... Alhamdulillah.. Dia yang bagi sakit, Dia juga yang menyembuhkan~~~

And lagi satu..saya telah menghabiskan duit untuk beli set novel daripada Roald Dahl!! Ada 16 novel koleksi karya Roald Dahl!! Saya suka!!! Harap boleh habiskan dalam masa yang singkat...

Tahulah kan..saya ni bukan jenis yang suka membaca novel sangat.. (Iye memang betul tak suka baca novel sangat, BUT saya memang fanatik dengan buku-buku motivasi atau yang jenis bukan fiksyen...) Yea ritee..

Musim sejuk sekarang semakin sejuk.. Tidak pernah saya alami musim sejuk sesejuk ini (adoii..nama pun musim sejuk!!) Saya tak tahan lagi... Rasa nak masuk duvet jerrrrrrr............

Sunday, 29 November 2009

Jom masak di FUIYO 09!!!!

Nak cerita pasal Fuiyo 2009...

Buat pertama kalinya saya telah mem'femes'kan diri jadik Head Chef untuk FUIYO 09 di Gradbach Peak District Manchester. Adoiii adoii.. sapala yang begitu mahukan saya jadik Chef ni..

Saya rasa mesti orang-orang Kadip jugak ni.. setakat masak AyamLemon untuk jiran-jiran terdekat pun sudah dikata saya pandai masak.. Tang mana depa 'menilai' pun saya tak tau.. Hadeehhh..

Ok berbalik kepada cerita chef amatur ini.. Sungguh tak reti saya dibuatnya... Jadi tak tentu arah dok pikiaq pasal menu.. Tambah lagi la nak rancang budget and beli semua barang.. ngoh ngoh ngoh... Sedaya upaya saya bertanya kepada mereka yang lebih berpengalaman.. Alhamdulillah dapat la petua sikit-sikit nak masak untuk 120 orang nanti...

Oh ye pastu pulak saya kena arrange meeting kat Yahoo untuk semua Geng Dapur yang seramai 7 orang + 1 orang (Team Cendol).. Haha...saya ni dahla pemalu orangnya.. Malu la kene jadik moderator dan 'tukang cakap' masa meeting tu... adeh adeh adeh... Memang mengajar saya untuk kuat semangat..

Saya ni jenis yang mudah nervous..apatah lagi kalau kerja-kerja yang saya tak pernah buat ni... Gelabah itik dibuatnya!!!

FUIYO bakal menjelang setelah saya pulang dari Egypt.. Semoga semuanya berjalan lancar.... Orang kate kalau saya masak sedap nanti saya mesti jadik 'femes'!!! Kek kek kek itu hanya gurauan semata-mata.. [Jangan percaya okay!!]

Pasal masak-masak ni...saya suka masak sebab saya suka makan..Hoho..nanti kalau dah kahwin, saya nak ajar suami saya masak supaya dia boleh masak untuk saya pulak...!!! Oh ye..tapi mula-mula saya kene feed dia dengan makanan yang saya masak dulu.. Jampi-jampi sket dalam masakan.. [hehe...supaya nanti dia selalu teringat kat saya bila makan...] Biar sampai nak makan pun, nampak saya tengah melompat-lompat dalam pinggan makan dia..huk huk huk... Power tak power tak 'kuasa' magis seorang isteri... HIHIHIHI <---Gelak perempuan sihir...

Huahuahauhauahauahuaaaa....

Pasal Geng Dapur di FUIYO 09 ni....saya berdebar sebenarnya.. serious beb... Saya tak tipu... Sampaikan saya pernah mimpikan suasana masa masak di FUIYO..

Ni mimpi saya..

'Saya tengah masak bersama geng dapur di hari pertama...tiba-tiba.. saya baru tersedar yang saya lupa nak bagitau kat ASDA yang saya suruh hantar barang tu hari 22 Dec (hari pertama FUIYO)!!!! Gelabah saya call orang ASDA dalam mimpi tu... Alek-alek saya terjaga.. Aduhh..berpeluh-peluh... Seb baik belum FUIYO lagik...'

Itulah mimpinya...

Nama menu yang saya pilih untuk FUIYO memang ter'angkat' habis la.. Bayangkan, kalau anda dengar nama-nama menu, perut anda pasti berbunyi [dek kerana angin dalam perut atau memang lapar betul..bergantung kepada keaadaan perut masing-masing..ahah!!]

Menu FUIYO 09:
Nasi Sweet-sweet Ayam Madu
Sup ayam bersama Telur Lenggang Kangkung
Tom Yam with Telur Itik Pulang Petang
Nasi Goreng FUIYO
Kari Ayam FUIYO
Nasi Ayam Merah

Saya sengaja tak mahu masak Ayam Lemon <---- saya punya speciality di Cardiff ..hehehe...sebab saya...err...errr....emm..

OH yes...sebab saya tak nak terlalu 'femes' dengan Ayam Lemon saya itu... hek hek hek... [sila buat-buat anda tak baca penyataan ini]

I know I know.. saya budget tak bleh blahh... Dah ok. Jangan kutuk lagi.

Oh saya harap Team Dapur FUIYO nanti power-power belaka nak bantu saya.. Sebenarnya saya tak nak masak boleh tak masa FUIYO nanti??

Saya nak jadi Kitchen Komander jekkk boleh tak???!!! OMG!!! Mesti Geng Dapur yang baca ni naik menyampah dengan I~~

Okay-okay,..saya dah ngantuk..esok nak bangun awal okay!!!

Cinta yang Bertasbih

FuiYo 2009....

Cuti musim sejuk bukan bermakna saya akan ber'hibernate' sepanjang-panjangnya.... apabila teringat saya akan memulakan Jaulah ke Mesir tidak lama lagi, saya semakin bersemangat untuk menghabiskan Placement saya dengan berjaya.. Inshaallah semoga Allah permudahkan....

Sebelum memulakan perjalanan, eloklah kiranya saya menonton filem Indonesia Ketika Cinta Bertasbih yang diadaptasi daripada novel yang sama daripada penulis best-seller Ayat-Ayat Cinta...

Mula-mula saya ingat cerita ini hanya filem picisan macam Ayat-Ayat Cinta.. namun jauh lebih baik rupanya... Jauh lebih ber'pengisi'an.. Jauh lebih tersusun jalan ceritanya... Jauh lebih dekat di hati saya...

Oh ye..sebenarnya saya bersetuju dengan skrip yang tersusun itu... Saya suka skrip berkaitan poligami.... hahahaahaa!!!!! Paham-paham jelahh!!! Saya mahu jadi seperti Khadijah dan Fatimah yang tidak pernah dimadukan oleh suami mereka sepanjang hayat mereka... Kalau saya sudah tiada...no problem... Saya dah tak nampak pun...

Berbalik kepada Jaulah Egypt saya nanti...doakan semoga perjalanan di bumi Anbia' nanti dipermudahkan..

Oh saya ingatkan sekali lagi...Jaulah ke Mesir ini bukan bertujuan untuk mencari CINTA dunia... Namun lebih kepada pendekatan CINTA kepada Pencipta dunia.... Semoga pengembaraan ke Mesir --> Cairo...Alexandria....Fayyoum...Giza....Sinai diberkati Allah...

Jaulah yang terakhir sebelum saya menamatkan pengajian saya di United Kingdom ini... Alhamdulillah sepanjang berada di sini, saya diberi peluang untuk mengembara melihat dunia yang luas dan indah ini ciptaan-Nya...

Apa yang boleh saya katakan di sini... Saya gunakan peluang yang diberi oleh Allah ini untuk belajar dan melihat dengan mata hati yang meyakini-Nya.. Bukan hanya dengan firasat akal semata-mata...

Semoga Allah memberi bimbingan.. Semoga Mahfuzah selalu dipelihara oleh-Nya.. Semoga Allah sentiasa merahmati Mahfuzah dan sahabat-sahabatnya..... Ameen...

Saturday, 28 November 2009

Grow the roses!!!

Pernah dengar cerita tentang Team Hoyt?? Cuba anda tanya pakcik Google...

Cerita tentang seorang anak Cerebral Palsy yang mempunyai keazaman yang tinggi di sebalik ke'istimewa'an yang dialami...

Saya lebih mengagumi pengorbanan ayah beliau yang sanggup memenuhi hasrat anak kesayangannya...

Apa yang mereka lakukan sehingga mereka begitu terkenal????

There will be tough times in your life...





Dont forget that in your journey...ALLAH is always with you...

Semangat mereka yang perlu dicontohi..

Teknology mereka yang kita perlu contohi...

Mampukah Malaysia membuat 'investment' yang bermanfaat untuk mereka seperti yang diterima oleh Hoyte sejak beliau kecil....

Oh mungkin anda kurang faham dengan apa yang saya maksudkan sebab entry ini sedikit berat untuk difikirkan...hehe... Hanya Occupational Therapist saja faham sikit-sikit..selebihnya, memerlukan pengertian yang lebih mendalam...

Peranan seorang guru pendidikan khas mungkin... mungkin ini nampak kecil bagi mereka yang bakal bergelar seorang doktor perubatan atau doktor PhD... [guru kecil ini mana boleh lawan doktor yang besar..hehe...tidak apply kepada semua doktor yer..hanya apply kepada doktor yang sombong dan berlagak bagus sahaja..--> saya cakap ini berdasarkan pengalaman peribadi sendiri semasa practical di beberapa buah hospital sebagai OT student...ini tak cakap bohong atau buat-buat okay!!!!]

Sekecil-kecil peranan, itulah yang paling besar... Untuk mengejar sesuatu yang BESAR, anda tidak perlu menjadi BESAR pada mulanya.... Gunakan peluang yang KECIL kerana yang kecil itulah yang akan membawa anda untuk pergi lebih jauh dan menjadi lebih BESAR pada akhirnya... Semoga dipermudahkan Allah..

Dalam perjalanan mencari kejayaan, ia tidak mudah dicapai tanpa keberkatan daripada orang sekeliling anda.. Tidak perlu hipokrit dengan diri sendiri di hadapan orang lain... TAPI..perlu juga ber'akhlak' mengikut kesesuaian keadaan...

Ya Allah, cantikkanlah akhlakku sebagaimana Engkau perelokkan rupa parasku.... Itulah dugaan bagiku...


So when it gets distressing it's a blessing!!
For up from the ashes, grow the roses...

Grow the roses of success!!!
Those rosy roses...
From the ashes of disaster grow the roses of success!!!

Tuesday, 24 November 2009

Staring at the end..

Thanks for reading... Blog saya semakin menjadi tatapan umum sehingga ke Malaysia... Entah sape-sape je yang view dan bace serta memberi comment.. Oh saya tidak menghalang anda untuk menulis sebarang comment atau apa sahaja di blog saya ini... Sebenarnya target blog ini dicipta adalah untuk menyalurkan pelbagai konsep creative writing yang saya pernah belajar di Cardiff Uni masa first year...

Tapi entah kenapa dah jadi macam tempat lepaskan geram pulak blog ini... Ok ok... nevermind.. Ini blog saya..saya ada hak!! Oh saya masih ingat lagi suatu ketika dulu ada orang cakap kat saya, blog mestilah bersifat ke arah nasihat...panduan dan pedoman berpandukan ayat-ayat Al-Quran untuk orang yang membacanya..

Saya tahu blog saya tidak seperti itu...jauh sekali rasanya... Tapi saya tidak suka jika mereka menghukum orang-orang seperti saya yang menulis kerana hati... Tiada salah untuk menulis kan..itulah lahirnya creativity!!! Semoga saya diberi kelapangan dan keterbukaan hati untuk menjadi penulis seperti itu.. But, secara jujurnya I am telling you the truth about my thoughts and feelings through my writings!!!! Janganlah menghukum saya kerana ini~~

Oh ye, saya tahu pandangan manusia memang sebegitu.. Saya juga masih belajar... Maafkan saya yer..

Hmmm....sekarang saya semakin aktif membuka Facebook...tak tahu sebab apa.. Erk?? Sebab ada insan istimewa di FB kah?? Opppp...tidak tidak... insan istimewa tersebut tidak 'main' FB atau apa saja bentuk networking di alam maya ini... Itu juga membuatkan dirinya begitu istimewa..ala-ala suci gitu..hok hok hok.. [bluwerkk]

Oh ye, tapi beliau selalu view dan bace entry-entry yang saya tulis... Peminat setia la katakan..huk huk huk..[bluwerkk]

Ok-ok..kalau kat FB kawan saya sudah mencecah sehingga 800 orang..dan saya tak kenal pun semua.. [Oh, penyataan ini dibuat bukanlah bermakna saya nak cakap saya femes..~~ toing toing toing]

Iye..saya akui saya kadang-kadang tak layan sangat orang yang tak kenal thru FB or email yang saya dapat... Bayangkan diorang tulis email just nak cakap benda-benda ni...

'Hai, boleh kita berkenalan?'

'Hi, nama saya .... Saya belajar kat .... Awak pulak bagaimana?'

'Salam, saya dapat email awak dari ruangan Salam Perantauan...saya suka la tengok awak, boleh kita berkenalan dengan lebih rapat?' <------ uwekk..uwekk..tuihh..

'Nama saya ... Saya sudah bekerja sebagai .... Saya selalu ulang alik ke UK-Malaysia, boleh kita berjumpa bila-bila kalau saya di UK?' <----- Ingat saya ni ape?? Perempuan murahan??!!! Dush!!!

'Hi there, I am a pilot from .... I love to see your pictures .. You are beautiful!!! Can we meet someday?' <----Boleh blahhhh!!!!

Okay okay...semua ayat-ayat di atas hanyalah sebahagian kecil daripada email picisan yang saya terima dari mereka yang tidak tahu menilai harga diri seorang perempuan.... Huu huuu... Semua saya tak reply.. Biarlah diorang nak cakap saya sombong pun!!! Dan memang pun diorang hantar email kali kedua dan ketiga untuk bertanya hal yang sama!! Ape kes paksa2 orang!!!

Sebenarnya nak highlight di sini...nilailah manusia bukan dari segi rupa paras fizikal [walaupun itu juga aspect utama..hik hik hik] . Nilai manusia terletak pada hati dan iman... serta taqwa... Saya menghargai mereka yang ikhlas bersahabat dengan saya regardless 'kegemukan' dan keadaan diri saya seadanya ini... Adeih..bilala nak turun berat badan ni....

Dah pukul 10 malam sekarang (pukul 6 pagi waktu Malaysia).. Okay, saya nak call ayah saya.. Dah dua hari tidak mendengar suaranya... Saya rindu ayah saya..

Monday, 23 November 2009

Anything I'm not...

Week 10 now.. lagi 2 minggu placement saya akan tamat.. Honestly I really really enjoy my placement at the special school. But anyhow, I want it over~~ hehe..

Sepanjang minggu ini dan minggu depan murid-murid itu tidak belajar..sebab mereka akan practice untuk 'Chitty Chitty Bang Bang' musical drama before the term ends for Christmas~~~

Saya sempat meluangkan masa untuk menyaksikan latihan pagi tadi... Best gleerrr... Walaupun itu baru latihan, tapi saya dapat rasakan persembahan yang mantap pada hari sebenar persembahan... Cikgu-cikgu pula sibuk melatih..dan menyiapkan kostum-kostum untuk mereka... Excited!!!

Saya suka berada bersama mereka..menyanyi lagu-lagu dari filem Chitty Chitty Bang Bang dengan iringan music live seorang musician sekolah.. I feel like working with special children like them is a BLESSING!!!!

Mereka punya hak untuk bergembira...bergelak ketawa walaupun hakikatnya mereka punya banyak kekurangan physical..... Masa menyanyi sama-sama tadi, hati saya tersentuh melihat kegembiraan mereka..

Hati saya sentiasa tersentuh melihat raut wajah mereka yang istimewa itu.... Saya rasa terharu dengan ciptaan Allah di situ...di sekolah istimewa itu...

Saya boleh bergelak ketawa dan bergaul dengan mereka...mungkin sebagai seorang kakak kepada mereka.... Tapi jauh di sudut hati saya selalu terdetik....'Bagaimana kalau anak-anak saya nanti seperti mereka?' 'Mampukah saya bergelak ketawa seperti ini?'

Mereka bukan darah daging saya, sebab itu saya mampu untuk tersenyum apabila bersama mereka... tapi kalau anak yang bakal lahir dari keturunan saya nanti tidak sempurna seperti mereka, saya mungkin tidak menjadi kuat.... Semoga Allah tetapkan yang terbaik untuk kita semua...

Ermmm...

anyway, doakan perjalanan placement saya lancar dan dipermudahkan Allah untuk PASS!!!! Inshaallah...saya yakin itu akan terjadi... Dan ini merupakan placement terakhir sebelum saya qualified as an OT soon...

Nak jadi OT ke??? erm...saya rasa saya akan jadi lebih dari itu... Kalau target saya nak menawan Jabatan Pendidikan Khas di Kementerian Pendidikan Malaysia bagaimana?? Agak-agak boleh tak?? Saya tak pasti...saya tahu banyak effort untuk menawan Kementerian untuk supaya menjadi genggaman saya.. haha.. I know know...I sound so GREEDY...so BUDGET tak boleh blahhhh!!!!

Doakan saya yeh~~ Saya harap saya dapat menyumbang untuk negara ke arah itu... Saya tahu banyak kelemahan dalam sistem pelaksanaan PENDIDIKAN di negara kita.. Saya tak nak kutuk lebih-lebih selagi saya belum masuk Kementerian Pendidikan Malaysia... Hehe... I sound sooooo AMBITIOUS......!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tapi bukankah semangat seperti ini yang Kementerian Pendidikan Malaysia mahukan???? Harap-harap semangat ini tidak berkubur begitu saja... Saya perlukan sokongan anda semua... Undilah saya!!

Opppsss....sound like a POLITICIAN!!!

Wednesday, 18 November 2009

..a Love Story..

Di tengah kesibukan saya membuat kerja placement..saya terdengar bunyian guitar dari bilik sebelah (bilik Nana housemate saya) yang mendendangkan lagu 'Cerita Cinta' yang ditranslate ke Bahasa Melayu..haha... (Love Story by Taylor Swift).. Tiba-tiba saya terus 'click' kat laptop ni mencari source lagu sedap ini.. Saya suka lagu ini.. Entah sebab apa..

Ok macam ni.. Saya suka sebab...err...err...saya..err... err.. Oh tak patut dihabiskan ayat-ayat tersebut.. Biarlah ia menjadi satu konklusi (conclusion yang di'bahasa melayu'kan) yang menimbulkan kontroversi.. hoho..

Saya suka menonton cerita-cerita cinta yang 'matured'..ulang lagi sekali.. Bukan cerita cinta picisan dalam drama-drama murahan Melayu ataupun Indonesia... Oh tapi saya suka drama Nur Kasih..ala-ala cinta penuh tragis antara suami dan isteri.. Cerita Indonesia pulak, saya suka Ayat-ayat Cinta.. Oh memang saya typical perempuan Melayu Malaysia yang suka benda-benda macam ni.. Memang tak 'thrill'~~ Haha..ala-ala ayu gitu walaupun tak 'ayu'!!! (oh Mahfuzah dah 'budget' sekarang..stop ok!!)

Sejak dari dulu..saya suka menonton cerita-cerita cinta family yang menghiburkan..ada elemen cinta sket-sket..ada part-part yang membuatkan saya rasa 'Oh best nyeee jadi perempuan dalam cerita niii~~' OK!! Itu over! Saya tahu memang over pun~ Ini confession ok~

Ada movie yang diselitkan music yang membelai hati.. Oppss..'membelai'?? Apa maknanya?? Kira macam membuai-buai layan imaginasi la gitu.. Contohnya macam.. 'Oh alangkah bagusnya ada seorang putera raja yang baik hati dan 'down-to-earth' yang datang melamar diri ini..kemudian kami pun hidup bahagia bersama..'

Oh dear..sungguh tak logik!!! Hahaha..Mahfuzah memang macam ni~~ Biasalah bila umur dah 23 tahun ni.. Erk!! Alamak..dah 23 tahun!!!

Balik kepada bumi nyata.. saya rasa tak jumpa kot putera raja di zaman sekarang ni yang akan suka perempuan macam saya..uhuk uhuk uhuk (batuk manje gitu)..

Ahah!! Satu lagi confession...saya tak hingin pun nak kahwin putera raja mana-mana (confident je!!) . Sebabnya jika ada lelaki yang lebih baik dari putera raja, manakan saya mahu MENOLAK!!! Rugi kot!

Okay okay..dalam mencari dan memilih calon-calon untuk dijadikan suami.. Zaman sekarang ni, orang kate lebih elok guna orang tengah...ala-ala Baitul Muslim gitu.. Erm... erm...erm.... Erk..saya tak tahu nak comment pasal ni... Setiap orang ade prinsip masing-masing.. Terpulanglah.. Jika Allah tetapkan jodohnya daripada Baitul Muslim..apa salahnya kan?? Kan!!?? Itulah yang terbaik!!

Tapi...

Kalau nak cari sendiri cemana?? Macam saya...hehe..another confession dari hati.. Oh ye..bukanke Mahfuzah dah jumpa ke?? Hek hek hek... Satu tempoh pencarian yang sungguh panjang... Tempoh perkenalan yang sungguh panjang... Tempoh penetapan hati yang sungguh panjang juga... Oh harapan besar agar semuanya berkekalan...

Walaupun segalanya panjang belaka..saya faham Allah juga yang menentukan..

Lama juga untuk mengaku hati ini sudah dimiliki... [satu lagi confession dari hati]... Oh ye..tak nak mengaku hati sudah dimiliki bukan sebab apa..sebab nak 'budget' single la gitu... hohohoho... Okay, jangan tiru apa yang saya buat..

Sungguh banyak confession malam ini... saya rasa saya tulis benda ni secara random... Nanti bila saya buka balik entry ni mesti terkejut besar sebab saya yang tulis benda ni semua pada satu malam apabila otak sudah tepu dengan terminology paediatric OT!!!!

Yea rite!! Saya nak beradu sekarang.. Selamat malam Adiosss~~ LOGOSSS~~~

Tuesday, 17 November 2009

Time for Chitty Chitty Bang Bang

Oh ok..kat sekolah tempat placement saya sekarang, kanak-kanak istimewa tersebut sedang 'practice' drama musical adapted from movie kanak-kanak terkenal di zaman 60-an ' Chitty Chitty Bang Bang'

Time saya malas duduk buat kerja saya amek 15 minutes off pergi tengok mereka berlatih drama tersebut.. Ehhh..jangan main-main..pening jugak cikgu-cikgu nak ajar kanak-kanak istimewa ni berlakon..siap dengan berkerusi roda dan bertongkat sambil berlakon.. Best jugak tengok gelagat mereka..nak tergelak-gelak pun ada... hahahaha..

Satu perkara yang saya belajar dari kanak-kanak istimewa ini ialah..sentiasa saling hormat antara satu sama lain.. Itu perkara paling banyak ditekankan di sekolah ini... Regardless bagaimana rupa atau ke'istimewaan' kita, takwa kepada Allah adalah ukuran sebenar darjat kita di sisi Allah..



Silalah menonton sedikit sedutan daripada filem Chitty Chitty Bang Bang ini~~~!!! Dan cuba bayangkan bagaimana mereka berlakon cerita ini dengan powered wheelchair dan ada antara mereka bertongkat~~ Tiada yang mustahil!!!!

Friday, 13 November 2009

"Don't shut the doors and keep going"

Saya memandang ke arah timbunan buku di sebelah meja study saya.. Ahhh..banyak giler.. Letihnya..itu belum start buat kerja lagi.. Adeih..

Silalah menonton video ini... Inilah yang sebenarnya yang saya lakukan semasa di Placement di Special School kat sini.. Sebenarnya susah nak describe apa yang saya buat in a few words.. Kadang-kadang saya sendiri tak tahu nak explain macam mana apa yang saya buat di sekolah.. terlalu banyak dan terlalu complex... tidak tercover semuanya... hehe...membebel pulak...

Di akhir video ini, 'plan' saya berbeza dengan orang dalam video ini.. Beliau mahu mencuba sesuatu yang baru dalam bidang lain..mungkin bagi saya, saya akan mencuba 'trick' baru dalam bidang yang sama... Kerana saya suka profession ini..

Selamat menonton..

Cara-cara untuk jadi GLAMOUR

Alhamdulillah sudah berminggu-minggu saya tiada masa untuk bersama diri sendiri... Terlalu sibuk..hoho...Macam-macam..sape yang tahu...tahulah.. hehhe..

This week ends dengan begitu bergaya...pelbagai dugaan-dugaan kecil datang mengganggu...termasuk ke'hilang'an handphone yang tidak disengajakan..

Kerja placement..Alhadmdulillah..semakin 'confident' dengan skills setakat ini... Nak 'impress' educator bukan perkara yang mudah.. Begitu jugak diadaptasi dalam hubungan kita dengan Tuhan kan.. Banyak benda kena buat untuk dapatkan semua itu....

Masa pergi ke Palmerston School di Barry semalam, sekolah yang saya pernah cerita sebelum ni... hehhe... Saya melalui kelas Kaine, budak comel berambut 'spiky' tu.. Hehe..dia nampak saya dan terus melambai-lambai ke arah saya.. Saya tunggu kat luar.. Kaine keluar dari kelasnya dan datang ke arah saya.. Hihi..comelnya budak ni..!!! Kami berbual-bual...kami berpegangan tangan... hehe.. Hopefully 'orang yang berkenaan' yang membaca entry ini tidak cemburu membayangkan kemesraan kami berdua.. uhuk uhuk..

Dan lagi satu episode yang menyayat hati yang berlaku di Erw Delyn Special School...

Saya amat rapat dengan seorang pelajar lelaki bernama Joe, percakapannya sungguh sukar untuk difahami..dan kerana itu dia masuk Speech Therapy session. Ada masalah vision jugak.. Range of Movement sungguh limited kerana ada 'increased muscle tones' around shoulders and arms... Joe ada Cerebral Palsy..excessive saliva yang keluar dari mulutnya memang sangat banyak..dan berbau.. Sungguh complex tentang Joe ini untuk diceritakan.. kalau cerita lebih-lebih nanti tak paham pulak..

Tapi dengan kuasa Allah, daya ingatan Joe sungguh kuat.. Sungguh jarang budak-budak ni dapat ingat nama saya yang susah disebut.. Kebanyakan mereka ingat 'appearance' saya yang bertudung, tapi tak ingat nama... Adeihh...sia-sia seyh pakai name tag bertulis

MAHFUZAH
Occupational Therapy Student

Hehe...Tapi pada suatu petang yang indah di Erw Delyn, saya terdengar sayup-sayup perkataan ini dipanggil... 'Mahh...huuu...zahhh'

Mula-mula saya tak dapat pick-up lagi... pastu tiba-tiba Joe yang memandu kerusi roda motornya sendiri muncul di belakang saya.. Dan ketika itu baru saya sedar yang nama saya dipanggil oleh Joe dengan penuh kesukaran nafasnya.. Joe menarik tangan saya...dan dia berusaha nak cakap sesuatu kepada saya tapi saya tak paham... Pastu dia depakan tangan dia , gaya-gaya nak memeluk saya.. Saya terharu...saya membalas.... (walaupun dalam hati saya..abesla baju aku busuk kena air liur budak ni....)

Dalam hati...rasa nak nangis... sebak pun ada.. setiap manusia ciptaan Allah sungguh unik.. Salah satu anugerah Allah kepada manusia ialah hati dan perasaan... Saya banyak belajar tentang makhluk ciptaan Allah yang pelbagai di dunia sementara ini.. Ini menguatkan keyakinan saya terhadap-Nya... Alhamdulillah kerana peluang yang sungguh berharga ini...

Placement kali ini sangat kena dengan jiwa saya... hehe.. Saya sangat suka!!!! Entah kali berapa saya cakap saya suka placement saya kepada semua orang termasuk KPM!!!!!! Hahaha...

Last weekend saya pergi Warwick..sebab ada talk bersama KPM specifically untuk final year students.. Sungguh berkesan talk itu kepada kami semua..KPM telah menanamkan semangat bahawa kamilah bakal guru Malaysia yang akan mencorakkan system pendidikan di Malaysia secara lebih effective dan creative hasil daripada pembelajaran kami di sini..

Saya yakin, budak-budak KPM mempunyai wawasan yang tinggi..bukan gelaran cikgu sahaja yang mahu dikejar.. Tapi title GURU CEMERLANG itu lebih menjadi target utama...

KPM memberi gambaran bahawa kerjaya sebagai guru adalah yang paling BEST setakat ini.. Pulangan yang sungguh lumayan di dunia dan akhirat... betul kan???

Gaji cikgu sikit??
Ape kelas jadi cikgu!
Aku tak nak ar jadi cikgu, tak glamour arr

Mungkin itu antara perkara yang bermain di minda ketika kita mula-mula nak pilih kerjaya yang sesuai untuk kita lepas SPM kan???

Dan hakikatnya...selepas tamat belajar, kebanyakan daripada mereka apply untuk jadi cikgu melalui KPLI setelah berusaha mencari pekerjaan yang lebih glamour tidak berhasil...

Kenapa ya?? Ohh..dan mereka itulah yang menjatuhkan institusi perguruan kerana mereka jadi cikgu bukan kerana 'minat' tetapi kerana peluang pekerjaan yang semakin menghimpit.. Secara peribadi, saya lebih mengagumi cikgu-cikgu lepasan maktab perguruan berbanding cikgu 'celup' lepasan KPLI!! Kenapa??

Kerana naluri cikgu bukan boleh di'celup' tetapi ia lahir dari hati yang begitu cintakan profession ini~~ Saya akan menentang sekeras-kerasnya sesiapa sahaja yang mengutuk profession ini!!!

Oh ya!! Cuba lihat ke belakang semasa anda semua masuk Darjah 1....siapa yang ajar anda? Cikgu Abu..Cikgu Siti..Cikgu Ali..Cikgu Aminah... Mungkin mereka telah bersara sekarang..tapi adakah anda masih memanggil mereka dengan panggilan CIKGU??????

Jawapan yang pasti...YA!!!

Jadi cikgu untuk selamanya...

Orang cakap jadi cikgu tak glamour... Helloooooo.. Excuse me~~!! (Sila pronounce dengan gaya 'ooohhh-I-am-sooo-the-drama-queen')

Teacher's Day~~ itu sudah cukup untuk membuktikan pentas perguruan adalah bidang yang penuh dengan warni warni 'glamour'~~

Tak kira cikgu apa pun, mesti dapat hadiah kan?? Walaupun hadiah itu hanyalah sekadar sekumntum senyuman sehinggalah penghargaan sambutan. Bagi saya, hadiah paling berharga untuk diberi kepada guru ialah gelaran 'CIKGU' itu sendiri.. hehe..

Saya berpengalaman mengajar sekejap..dan pernah melalui detik-detik perpisahan di sekolah.. HUissh....banyak giler kot saya dapat hadiah daripada anak murid saya..haha.. Siap ade yang bagi gelang emas (ini real punya okay) !! Dan finally saya find out budak yang bagi gelang emas kat saya tu adalah anak tauke Emas di Jitra, tempat saya mengajar!!!!! Seriously, saya pun terkejut..tapi dalam hati gumbira tidak terkata..~~~~

Menjadi cikgu adalah satu 'KETAGIHAN'!!! Saya bagi analogy ini ... Seperti mana orang yang pernah makan 'AYAMLEMON' ..hehe..akan rasa nak makan lagi....hohohoo...

Sebelum saya abiskan ayat-ayat semangat cikgu saya ni...

Impian saya dalam profession ini bukan hanya menjadi GURU BIASA.. Guru SUPER... Guru CEMERLANG... Kehebatan seorang guru bukan hanya terletak pada kepandaian/excellent belajar Physics or Mathematics or Chemistry or Biology or Special Education... Tetapi adalah approach yang bagaimana nak ajar budak-budak itu.. Bagaimana nak tanamkan perasaan suka kepada subject yang diajar.... Kalau approach tak betul, pelajar takde semangat..pelajar benci subject itu..

Dan peranan guru adalah untuk timbulkan minat..

Satu lagi yang lebih penting.... GURU adalah contoh kepada pelajar... Bagilah nasihat kepada mereka tentang kehidupan..tentang akhirat..tentang akidah..tentang akhlak...tentang ibadah... Selitkan saja semua benda ini ketika anda mengajar.. Sahamnya..FUIYOOOO..lumayan beb!!!

Ganjarannya kita tidak nampak sekarang....hehe...

Okay-okay..saya tahu semua orang tak larat bace dah entry panjang ni.. Ni kira summary untuk minggu ni la ye..hehe...



Tuesday, 10 November 2009

"If you come back for your phone..."

Me'refer' kepada entry blog sebelum ini ... dengan gembiranya saya mengumumkan bahawa handphone saya telah dijumpai semula.. Benarlah kata-kata hati saya yang yakin bahawa saya meninggalkannya di Erw Delyn.

Sebaik sahaja melangkah masuk ke OT department di Erw Delyn, saya terpandang handphone saya terbaring kaku di atas meja saya..hehe... Di sebelahnya bertulis sebuah nota,

" Mahfuzah, if you come back for your phone, please find it in the fling cabinet (the middle and bottom one)

E**hne (ni nama educator saya)"

Sungguh lega rasanya hati ini...

**********************************************

Sebenarnya semalam saya nak tulis pasal ....

Tak boleh la bagitau sekarang..sebab saya masih belum bersedia untuk menulis tentang itu...hehe... Tunggu ye.. Saya rasa letih sangat sekarang.. Lepas balik dari menyusun buku di library..

Kerja-kerja di library sungguh menyeronokkan.. di kala buku-buku habis disusun, saya menyulusuri rak-rak buku untuk mencari bahan-bahan untuk Research Porject saya..hehehehhe... Sambil bekerja sambil tengok-tengok buku...huhu..

Okay, saya nak tidor sekarang...esok ada Supervision bersama educator yang tersayang...

Nanti saya cerita pasal apa yang saya nak cerita semalam ye.. Mesti best punya.. Ramai yang akan view..saya pasti..heheehehee --> (Confident je!!)

Monday, 9 November 2009

Pulangkan handphone saya...

'Eh, kat mana yeh letak handset tadi?'

'Rasanya dah masuk dalam poket kot musim sejuk sebelum melangkah keluar dari Erw Delyn School'

'Eh, mungkin tertinggal dalam kereta Katie tadi kot'

'Erk..mungkin tertinggal dalam bus!!'

'Errm...rasanya tak pegang pun handset masa dalam kereta or dalam bus..'

Itulah ayat-ayat yang bermain di minda...hoho...buat kali keduanya, handphone saya hilang tanpa jejak di bumi indah UK ini... Tapi yang pertama, dapat jumpa balik sebab orang Malaysia yang menjumpainya...

Tapi yang kali ini, hanya Allah saja yang tahu..

Semoga dapat berjumpa ia kembali~~~

Pasti lebih baik hilang handphone daripada hilang orang yang tersayang...

Ok sebenarnya saya nak cerita benda lain...

Thursday, 5 November 2009

Kissing my passion... muah..

Jam sudah pukul 12....

Saya teringat-ingat ketika cuti musim panas di Malaysia, telatah anak-anak kecil itu bermain dalam fikiran saya... Saya rindukan saat-saat menjadi cikgu ketika itu.. Saya sukalah~~~

Saya tak sabar nak jadi cikgu...Saya bersyukur kerana berpeluang menjadi cikgu di Malaysia walaupun ianya hanyalah buat sementara waktu... Pengalaman itu sangat berharga.. Ada rakan-rakan tanya, kenapa nak kerja masa cuti? Tak cukup ke duit allowance? You know what? Bukanlah soal duit cukup atau tidak.. tetapi pengalaman menjadi cikgu itu lebih bernilai daripada harga upah RM 40 sehari jadi cikgu sementara di Malaysia.

Syukur saya tidak berfikiran seperti mereka yang mahu 'spent' cuti musim panas semata-mata untuk berada di rumah dan berehat-rehat. Darah muda saya selalu memberontak mencari peluang untuk bergerak. Hehe.. Apa barang cuti dok berehat di rumah je, tak challenging la beb!!!! Tak remaja la...macam orang tua suka dok umah..tak pun macam orang baru kahwin..suka dok umah jugak~~ Huhuhu....tak kutuk sesape....

Secara logik dan rasionalnya, amatlah rugi jika saya spend cuti saya hanya untuk tengok TV dan berada di rumah. Oh sungguh bosan!!!!! Bukankah lebih baik saya buat kerja volunteer bersama community masyarakat daripada saya duduk senyap-senyap dalam rumah. Saya tahu ramai yang tidak bersetuju dengan penyataan saya ini. Hehehe..tapi saya yakin, lagi ramai yang bersetuju~~~ Hi hi hi...

Saya juga amat bersyukur kerana permohonan saya untuk buat placement di sekolah pendidikan khas di Cardiff diterima dan peluang ini tidak saya sia-siakan begitu saja.. Haha.. Saya berharap agar suatu hari nanti saya dapat menjadi antara pioneer yang mengubah cara pembelajaran dan pengajaran untuk kanak-kanak pendidikan khas di Malaysia. Mungkinkah itu akan berlaku? I know it will be a hard work tapi saya yakin saya akan rasa puas bekerja untuk itu~ Menjadi seorang guru pendidikan khas yang cemerlang~~ Apalah gunanya jika saya dihantar untuk belajar di sini (Cardiff) dalam bidang pendidikan khas dan saya pulang ke Malaysia hanya untuk menjadi guru biasa~~ Ehem.ehem..maksud saya..guru typical yang hanya datang sekolah untuk mengajar.... Saya perlu menjadi lebih dari itu~~

Kepada sahabat-sahabat seperjuangan dalam bidang mulia ini, mari kita sama-sama tingkatkan mutu ke'profesional'an guru di Malaysia. Bukan hanya untuk menjadi guru biasa tetapi menjadi yang LUAR BIASA...hehe.. semangat tak?? semangat tak??

Oh saya memang bersemangat jika bercerita tentang hal ini...Kan best kalau anda dapat membayangkan bagaimana saya bercakap di hadapan anda tentang hal ini~~~~ Heh heh heh.. Pastinya anda akan lebih bersemangat dengan apa yang anda lakukan kan~~

Semoga semangat saya ini tidak hanya ter'abadi' sebagai sebuah entry blog atau kata-kata kosong. Pastikan anda suka apa yang anda lakukan untuk masa depan!! Di situlah timbulnya semangat~~~

Disitulah datangnya KEPUASAN!!!!!!!

Sunday, 1 November 2009

Cerita@Notts Games


Pagi Ahad ini sungguh tenang, desiran angin yang bertiup kencang boleh kedengaran daripada bilikku yang sedikit bersambung dengan 'chimney'. Kenangan semalam di Nottingham Games masih segar dalam ingatan..Ada 2 benda yang saya rasa saya suka sekali tentang semalam.

Pertama, buat pertama kalinya dalam hidup saya, saya masuk pertandingan congkak. Mewakili komuniti Malaysia di Cardiff. Ia hanyalah sekadar suka-suka dan main-main..bukan untuk mencipta nama dalam bidang congkak ini. Hahaha..




Ketika perlawanan pertama saya, tanpa disangka saya menang. Perlawanan kedua...juga menang.. Perlawanan ketiga..juga menang.. Perlawanan ke-4, Menang. Perlawanan ke-5 (yang terakhir) juga menang... Maka tamatlah set perlawanan hari ni dengan begitu bergaya.. straight set semuanya. Ini memang kelakar. Johan Congkak di Notts Games!! Saya masih gelakkan diri sendiri sejak saya menang semalam sampailah hari ini... Ini bukan yang saya minta.

Terima kasih Allah atas anugerah yang tidak disangka ini... (saya senyum-senyum kepada diri sendiri memikirkan ia satu pencapaian yang sungguh lucu dan menghiburkan!!!!!!!!!)

Ramai sahabat mengucapkan tahniah... Terima kasih. Ada yang berkata, "Menang besar ye Kak Fuzah"
"Rupanya ada bakat terpendam Fuzah ni.."
"Pujaa..johan congkak se-UK!"
"Baguslah kak Fuzah, at least team Cardiff dapat jugak Johan Congkak dan Top 5 Batu Seremban di Notts Games..hehe" --> Okay, ini kelakar jugak!!

Tamat cerita CONGKAK!!



Perkara kedua, gerai CENDOL Sutera Klasik@FUiYO semalam sungguh menjadi fenomena di Notts Games. Saya tidak dapat menolong di awal pembukaan gerai dek terikat dengan perlawanan congkak. Namun, saya sempat menjadi penjual untuk batch cendol yang terakhir.

Sambutan untuk cendol mengitu mengejutkan. Kami terpaksa bertungkus lumus menyiapkan batch cendol yang terakhir sebelum pukul 4 petang kerana permintaan yang terlalu tinggi dari pelbagai bangsa dan agama di Notts Games. Saya menyaksikan sendiri bagaimana pelanggan kami beratur panjang untuk secawan cendol, walaupun ketika itu cendol belum lagi sampai. Adeihh.. Saya sendiri terkejut.

Ketika membawa cendol meredah lautan manusia untuk ke gerai kami di tingkart atas, kedengaran percakapan mereka, "Wah..cendol dah sampai..Cepat-cepat..nanti habis!"

Terima kasih Allah kerana membantu kami dan memudahkan perjalanan urusan kami pada hari tersebut.. Keuntungan yang melebihi 5 kali ganda daripada modal~~~

Alhamdulillah Allah terlalu baik... Bersyukur kerana ini semua anugerah Allah.. Terima kasih kepada Geng Cendol yang terlibat sejak dari awal. Saya sungguh hargai pengorbanan mereka. Saya hanya terlibat di saat akhir saja... Itupun sangat sedikit..tapi saya akui kerja-kerja ini memerlukan pengorbanan masa dan tenaga yang besar.

Okay, itu saja nukilan di pagi Ahad yang tenang..dan sedikit hujan. Tapi saya suka...

Friday, 30 October 2009

Ini bukan Mahfuzah yang saya kenal

Ok now this is the story of the week..

This week, half term, cuti sekolah..so, saya tak pergi Erw Delyn Special School...tapi pergi ke Children's Centre di Llandough Hospital, St Davids Hospital dan juga Heath Hospital.

Minggu ni saya terasa stress...entah kenapa...saya dah lama tak baca Quran..macam dulu-dulu..Lama tak buat qiam...okay, ini memang sangat lama.. Selain stress dengan orang-orang sekeliling saya..saya juga stress dengan diri sendiri...

Segala yang dibuat tidak menjadi..serba tak kena.. I need to be honest, saya perlukan seseorang untuk bercerita... Dan ketika itu juga, saya dinasihatkan untuk bina balik rutin harian baca Al-Quran setiap kali selepas solat...walaupun satu muka surat..satu muka surat, 2-3 minit je.. Tak susah kan... Terima kasih kepada individu istimewa tersebut... Alhamdulillah..bina kekuatan dalaman dari bawah

Stress jugak dengan kerja-kerja placement..research final year...dan juga gerak kerja Dapur@FUiYO09.. Susah jugak jadi Head Chef untuk event besar seperti FUiYO ni.. perlu management and organisational skills yang tinggi... Semoga krew-krew FUiYO dan chef-chef yang saya pilih untuk bersama saya nanti dapat bantu saya nanti...Inshaallah.. Saya doakan agar Allah tetapkan hati mereka untuk menolong saya...Amin..
Baru saya sedar, tidak mudah untuk bergelar seorang pemimpin, patutle perempuan tidak diamanahkan untuk memimpin keluarga...

Dan ini ada peristiwa yang berlaku di St Davids Hospital...pada waktu itu saya berada di bilik photocopy di tingkat bawah..Sebagai seorang OT student, ada la jugak beberapa document/notes yang saya buat rujukan..Jadi photostat lah kat bilik bawah tu...bilik tu attach dengan main building hospital...

Sedang saya asyik mem'fotostat'... Tiba-tiba ada lelaki berkulit hitam di belakang saya...Terkejut beruk saya dibuatnya!!!!!!! Dia tercegat di situ. Dia tanya saya soalan ini... "Do you have a condom??"

Oh Allah..soalan jenis apakah itu..???? Saya dapat rasakan darah saya naik ke kepala... Tiba-tiba badan saya menggigil...

Dengan pantas cakap saya tak tau..saya tak kerja sini.. Saya tak tengok muka dia dah..terus keluar... Oh..hanya Allah saja yang tahu apa yang bermain di fikiran saya waktu itu.

Apakah imej saya ini 'sebegitu'????? Sampaikan dia sanggup tanya soklan tak senonoh itu kepada saya?? Saya cepat-cepat berlalu dari bilik itu sebelum apa-apa yang lebih buruk terjadi. Terus naik tangga dan saya menggigil dengan teruk....

Saya tidak akan bersendirian lagi di bilik2 sunyi seperti itu... Hospital bukanlah tempat yang selamat, in fact, semua tempat tak selamat.. Hanya Allah sebagai pelindung,,

Jauhkanlah aku dari malapetaka yang berbentuk sebegitu... Itu salah satu stress untuk minggu ini...

Saya tak tahu apa lagi yang bakal berlaku selepas ini.. Saya serahkan kepada Allah...

Dan minggu ini juga saya rasa tak puas hati terhadap beberapa orang di sekeliling saya.. Mungkin itu hanya perasaan..harapan saya agar ia cepat berlalu..saya jarang marah.. Tapi sedikit tegas dalam ucapan saya (kasar jugak kadang-kadang). Ok, tak nak ungkit lagi... Biarkan biarkan biarkan... Saya nak bersendirian dengan orang yang saya rasa tenang bersamanya sahaja..~~

Saya hanya manusia biasa..perlukan sokongan hati dan perasaan..saya tidak kuat bila berseorangan... Pimpinlah hati...bimbinglah perasaan ini...

Friday, 23 October 2009

Saya dipengaruhi oleh 'dia'

Saya jarang bercerita tentang mak (ibu) saya. Saya selalu cerita pasal ayah ..ayah saya selalu di'highlight' dalam blog saya... Sebab saya sayang ayah saya!!




Kenapa saya tak cerita pasal mak saya?? Sebab...hehe..ini ada entry khas untuk beliau...

Hubungan saya dengan mak saya sangat rapat sejak saya meningkat dewasa.. Haha...saya tahu kenapa... Saya anak sulung dalam keluarga. Yang sulung dan perempuan.. Sudah tentu mak saya jadikan saya sahabat dan kawan beliau... Sungguh, saya dapat rasakan keakraban kami sejak saya masuk Form 4 di Emaresem Taiping (saya takdalah berbangga dengan sekolah tersebut..tapi itu jalan yang saya lalui selama ini --> 'product of Taiping')

Masa saya kecik2 dulu, saya dan mak saya jarang berkongsi cerita...sebab mak saya anggap saya masih kecil...huk huk huk... Tapi lepas je 16 tahun semuanya dikongsi... hehe.... Cumanya, saya je yang jarang cerita hal peribadi/personal relationship saya dengan mak saya...sebabnya..mak saya bukan jenis orang yang macam tu.. hehehe... Takpe..nanti lama-lama dia pasti akan tahu juga..dan saya rasa dia dah tahu pun..cuma buat-buat tak tahu je.. Mungkin dia masih anggap saya masih lagi terlalu muda untuk itu..uhuk uhuk..

Ada orang cakap muka saya macam mak saya...tapi bila dia senyum je lahh...hehe.. (mak saya jarang senyum dalam gambar walaupun senyumannya menarik!!) Ehmm...tapi ada juga orang cakap muka saya macam ayah saya.. Entahlah..saya assume saya ada rupa kedua-duanya... cuma kadang-kadang salah satu lebih dominant mengikut keadaan..

Mak saya seorang cikgu..mengajar di sekolah rendah.. Jadi dia ada banyak sangat cerita tentang murid-muridnya, cerita kelakar dan sedih pun ada.. Sebenarnya, saya terpengaruh dengan ibu saya memilih profession perguruan sebagai karier tetap. Hahaha..saya membesar di bawah pengaruh 'cikgu' yang mengalir dalam diri kedua-dua ibu dan bapa saya.. Dan pengaruh itu sangat kuat dalam diri saya dan adik-adik saya.. Cuba tanya apa cita-cita adik-adik saya...Jawapan mereka semua sama... 'Nak jadi CIKGU'


Mungkin ramai beranggapan cita-cita kami adik beradik tidak mencabar langsung~~~ Hehe..tak kesah pun... Dalam usaha meng'explore' diri, jikalau itu yang kita rasa baik untuk kita, mungkin itu juga akan jadi takdir ketentuan Allah.. hehe...



Berbalik kepada cerita mak saya, mak saya sangat cantik ketika masa mudanya.. Hehe...anak dia pun tak boleh lawan kecantikan ibunya (sebab anak sulung dia ini sedikit berisi dan tidak seputih ibunya..huk huk huk...) Serious makasaya sangat cantik dulu..cuma sekarang ni sudah makin berusia..haha... Umur mak saya sekarang ialah 51 tahun. Percaya tak???? Tak kan!! Tapi itu hakikat!!! Mak dan ayah saya sebaya.

Apa yang menarik..saiz baju mak saya sama dengan saya dari dulu sampai sekarang (boleh bayangkan la badan saya yang berisi ini hhahahah). Kami berkongsi baju kurung!! Itu paling best. Semua baju kurung yang saya pakai semua mak saya punya!!!!!!! Cuma ada yang kecik sikit tu, mak saya dah tak boleh pakai dan bagi pada saya..ehhe!! Kalau masa raya je, mesti mak saya akan buat 4-6 helai baju kurung!!! Saya suka!!! Sebab saya boleh pakai kesemua baju kurung itu... Lepas je maka saya bersara nanti (7 tahun lagi) , wardrobe baju kurung mak saya akan saya warisi..hehehehehe (gelak jahat+gumbira). Tudung pun sama jugak!!! Tidak mustahil jika saya dilihat mempunyai banyak tudung. Itu mak saya punya!!!!!!!


Masa kat Malaysia, sayalah driver mak saya!!!! Walaupun dia memang bawak kereta sendiri tapi, saya selalu dipaksa jadi pemandunya kemana-mana sahaja kerana kami akan menghabiskan masa berbual-bual/ berborak-borak sepanjang perjalanan!!!! Kalau kami bersama, cerita takkan pernah habis!!!!! Lepas satu cerita akan keluar lagi satu cerita...~~~~ Kemudian diiringi nasihat dan pengajaran!!

Oh ok, lagi satu...mak saya sangat suka ketawa!! Saya rasa saya mewarisi genetic itu!!! Dan ayah sayalah yang selalu buat mak saya ketawa...sebenarnya, kami sekeluarga suka dengar mak saya ketawa..hahahaha..sebabnya..bila mak saya ketawa kelakar... HA HA HA HA HA HA~~

Dalam keluarga saya, mak saya adalah orang yang sangat cekap buat kerja rumah!!! Walaupun dia wanita berkerjaya, namun hal-hal rumah semua diuruskannya sendiri!! Kami tidak pernah mempunyai pembantu rumah!! Mak saya ajar kami semua berdikari, buat kerja sendiri dan tidak bergantung pada orang lain untuk hal-hal dalam rumah. Dia seorang yang BIJAK!! Saya mahu jadi seperti dia!!! Hehe...tapi kadang-kadang mak saya ni 'clumsy' jugak orangnya.. HAhahhaa... Biasalah, manusia tidak sempurna!!!




Antara rahsia mak saya yang saya rasa boleh dibongkar di sini .... hehe...

1. Dia suka shopping beli kain untuk baju kurung!!!! Dia sanggup beli kain yang mahal untuk sepasang baju kurung!!!! Bila tanya harga total baju kurung, dia akan senyap (takpun cakap harga yang lagi murah) sebab tak nak ayah saya terkejut... Haha..tapi saya tahu harga baju kurung dia ratusan ringgit setiap satu sebab kami beli sama-sama!!!!!!!!

2. Dia sangat suka makanan-makanan ini --> DURIAN, LAKSA, DAUN ULAM, DAGING KAMBING dan SUSU KAMBING!!!! Dia sangat ektreme bila makan benda-benda ni!!!

3. Dia sangat menjaga kecantikan mukanya tapi dia tidak make-up tebal-tebal...cuma jaga kulit saja~~ Saya tak tahu...mungkin saya juga sedikit terpengaruh dengan sifatnya ini..ha haha..

4. Mak saya berketurunan kuli diraja Kedah. Hahahaha!!!! Sebab nama beliau ialah Ku Sofiah. Hehe...kuli yang kerja kat istana zaman dulu-dulu tu... hehe...ok2..saya tahu tak baik cakap benda ni..

Thursday, 22 October 2009

"Memang dia suka TomYam"

Minggu ini minggu yang meletihkan..

Pertama: Saya dah mula bekerja sekarang..haha..tapi untuk sebulan je..bekerja sebagai penyusun buku di library.... library kat Heath Hospital..kat school of healthcare studies..iaitu tempat saya belajar.. Hari pertama bekerja memang seronok...seronok dapat susun buku..

Bayangkan lepas balik placement yang memerlukan tenaga fizikal dan mental yang kuat itu..kemudian terus ke library untuk menyusun buku...pekerjaan yang memerlukan ketajaman minda dan mata untuk menyemak kod-kod buku dan menyusun mengikut turutan yang betul..tambah lagi pulak buku-bukunya bukan yang 500gram.. tapi seberat 20-30kg... adeiihh... Tapi seronok.. masa susun buku itulah saya dapat rasa betapa berharganya buku-buku tersebut.. Sungguh menginsafkan... Sebelum ni asik baca buku tak susun balik...sekarang baru dapat rasa keperitan penyusun buku... Walaupun tugas ini tidak memerlukan kepakaran yang tinggi seperti menghafal formula Maths...Anatomy..Physics atau juga menghafal nama-nama ubat...namun kepayahannya tetap dirasa..hehe

Hargailah buku anda...

Kedua: Okay..ini best..saya dapat tahu yang salah seorang educator saya suka makan laksa... "shredded cucumber with extremely tight fish sauce with white spaghetti"..hek hek hek.. Itula laksa!!!!!!!!!!!!!! "I do love tomyam very much and I know how to cook tomyam myself!"

Woahhh...ini memang respect giler la!! Mana taknya..educator saya yang sorang ni memang taste sama macam orang Asia.. Dia suka makan nasi...makan curry..in fact, dia sangat suka makan curry.. Masa keluar lunch dengan dia, dia amek nasi dengan Rice with Spicy Masala Curry..adoii... serious... Saya yang terkejut sebab masa tu saya order Veggie Burger.. huhuhu... Hehey..hari tu je gatal nak order burger... Hari lain memang MELAYU habis lah!!

Ketiga: Saya rasa seronok dengan adik-adik usrah saya!! Haha...memang kelakar! Perjalanan mencari persamaan dan menghargai kekurangan.. Apa ni?? Emo pulak... Okay. tak nak cakap lebeh-lebeh.

Keempat: Yeyayyy!!! Minggu depan half-term. So, sekolah cuti!!!! Saya pun tereffect dengan cuti tersebut..hehe..tak payah pegi placement tapi saya kena pi Hospital...LLandough Hospital..St Davids Hospital...hehe... Ni yang suka nih...sebad dekat je...Llandough hospital 10 minit naik bus..and St Davids Hospital pulak 10 minit jalan kaki...uhuk uhuk...

Kelima: Saya dah penat sangat sekarang... Baru balik, terus buka puasa..then borak-borak dengan kak Yati (my housemate) and sekarang...nak baring-baring... hehe... Jom-jom~~

Thursday, 15 October 2009

Bore da Miss Fuza!!

Palmerston Primary School, Barry~~~

'Bore da Miss Fuza!!'

'My name is Megan.'

'My name is Caine.'

'My name is Maria.'

'My name is Gemma.'

'My name is Tamsin.'

'My name is Finley.'

'My name is Madison.'

'I am Willow.'

'I am Bartley.'

Dada...dadada....
Hohoho...what are you going to do if so many little cute children are around you...touching you..trying to hug you...holding your hands...and..asking many questionss about yourself!!!!!!!!!!

Placement hari ini saya ke Barry... Palmerston ialah sebuah sekolah mainstream yang biasa...pelajar sekolah age ranging from 3-12 years old.

Kanak-kanak yang saya in-charge hari ni ialah 'The Juniors' which means they are 3 to 7 years old. This is for my Normal Development observation on children. Educator saya tinggalkan saya seharian di sini..dan beliau datang ambil saya setelah observation saya selesai.

Mula-mula saya rasa agak kekok...hehe..sebabnya...diorang asyik memerhatikan saya dari atas sampai bawah...perhatikan tudung saya, pakaian saya, warna kulit saya...haha..warna mata saya....dan segalanya yang ada pada diri saya....tapi selepas dua tiga minit saya jadi seperti mereka jugak haha!!!!

Aktiviti bersama mereka...menyanyi...kemudian aktivity mengenal warna sambil menconteng sesuka hati... Saya suka ini!!!! I love colourss~~

Then, activity 'Name Collage'... Membuat collage nama sendiri menggunakan pelbagai unsur seni alam seperti batu, diamonds, sticks etc... Saya sangat suka!!!!!! Melayan karenah mereka yang begitu manja...hahaha!!!

Saya begitu teruja melihat warna anak mata mereka yang kebiruan-kehijauan..kulit mereka yang halus mulus...bibir yang merah...pipi yang sangat comell..terasa nak cium!!!!! Dalam hati --> Oh..kalaulah anak-anak saya secomel mereka...hehehe...!!!!

Saya mengikuti jadual harian mereka termasuklah 'Assesmbly' session bersama Mr Headmaster. Haha...ini paling best...semua kanak-kanak di sini tak lepas memandang ke arah saya!!! Mereka PERHATIKAN saya!!! I felt like an ALIEN!!!! I know..maybe because I was wearing a veil to cover my hair~~~~ Yesss...saya rasa sangar awkward masa assembly...sebab saya jadi perhatian!!!! Tapi saya buat muka selamba je...

Then, 'Snack Time'...seronok sebab saya juga berpeluang duduk dalam group kecil bersama mereka sambil minum susu dan biscuits..and berbual-bual!!!!! Saya sangat suka!!!!!!!!!!!!!!!!!! I like when they call me Miss Fuza!!! Haha.... Feel like I am one of the teachers there!! Seriously saya sangat excited!!!

Then main sekejap di luar....pastu masuk sambung belajar balik...then 'Lunch Time'!! Saya suka tengok mereka makan! Pastu main lagi!!!!

Ini part paling best... Semasa saya memerhatikan mereka bermain...ada sekumpulan kanak-kanak datang kepada saya sambil malu-malu untuk berbual... Hahah!!

'What is your name?'

'I am Miss Fuza.'

'What a funny name!!!??'

'Haha..!!!' [dalam hati --> ya right, diorang cakap nama saya kelakar!!]

'Are you from India?'

'No. Have a guess!' [dalam hati --> OMG!! This is serious!!]

'Are you from China?'

'No. Malaysia!!'

'Is it near China?'

'Hmm...kind of..it's further down China.'

'Why are you wearing 'that'? I want to see your hair. Take it off. Do you go to bed with 'that'?? They pointed to my veil.

'I am a Muslim. I have to wear this to cover my hair. I am not allowed to let the boys see my hair. I will take this off when Im at home.'

'Take it off!!!' Take it off!!! Take it off!! --> jerit mereka beramai-ramai .. diorang nak buka tudung saya...OMG. Saya pun explain lagi and lagi sampai diorang paham..Adeihh...

Tiba-tiba group kanak-kanak yang berbual dengan saya menjadi semakin besar dan besar..haha...semua kanak-kanak comel itu orang mengerumuni saya!!! Dan ada beberapa kanak-kanak perempuan yang dengan pantasnya memeluk saya..adeih...ehheeh...seronok sebenarnya...

Then tiba-tiba ada seorang kanak-kanak lelaki comel with spiky hair (nama dia Caine) datang memegang tangan saya...hahha...saya suka!!!!! Dan ketika itu juga Educator saya datang memanggil saya pulang ke Erw Delyn.

Ala...tak sempat nak bermanja dengan Caine....hehe...Caine tak nak lepaskan tangan saya....tapi setelah diberi janji yang saya akan datang lagi minggu depan...dengan gembiranya dia lepaskan tangan saya.... HIHIHIHIHIHIHIHIHI~~~~~~~

Saya sangat suka!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Ok sebenarnya observation saya termasuk dalam kerja placement...contohnya..observe hand functions, behaviour, social participation, ability to maintain concentration, fine and gross motor skills, feeding activity, work responsibility and play!!! Seronok kan belajar pasal ni????!!!!! That is why I love what I am doing now~~~

Tuesday, 13 October 2009

The Confessionssss

Oh haha..this is going to be a really fun-taste-tick entry from me after a very very long time busy-ing myself with myself!!!!!!

Sekarang ni..taklah busy sangat sebenarnya...tapi macam banyak kerja tertangguh yang kena siapkan..which means...BUSY la kan~~~~

Placement everyday di Penarth..which I quite enjoy it really.. Apa taknya...working in Peadiatric setting is extremely challenging and happening!!! I love kidss!!! Dan kanak-kanak yang saya hadapi ni bukanlah kanak-kanak biasa yang aktif dan cerdas berlari ke sana sini. Mereka bergerak dengan kerusi roda... Bergelumang dengan excessive saliva dan berbau memang dah jadi perkara biasa bagi saya setiap hari.. Mula-mula rasa geli but then bila tengok cikgu-cikgu dan assistants mereka biasa je...saya pun jadi lali dengan perkara sebegitu..

Hmm...placement ini banyak mengajar saya tentang takdir dan ketentuan Allah kepada manusia... Siapa sangka kan...anak yang kita kandungkan tiba-tiba lahir sebagai tidak sempurna..Muscular Dystrophy....Cerebral Palsy dan pelbagai lagi learning disabilities... Sebak juga rasa hati...

Tapi bila saya bersama kanak-kanak ni...saya rasa mereka sangat bahagia..SANGAT BAHAGIA!!!! Mereka hidup dalam dunia mereka...belajar bersama-sama... saya sangat kagum... Mereka saling mengasihi antara satu sama lain.. Siap ada yang bercouple-couple lagik...adoiii...budak-budak ni....haha!!!!

Okay...di sini ada pengakuan dari saya..hohoho.... saya tak tahu kenapa sejak dua minggu kebelakangan ni..saya sangat suka 'SHOPPING'!!! I dont know why really~~ Orang kata kalau suka shopping, maknanya kita dilanda stress atau dalam kesedihan.. TAPIIIII....Saya tidak stress...saya tidak sedih... Just the thought of buying when I finally found perfect clothes and jewelleries that suit me really well~~ Saya sangat memilih soal pakaian dan barang-barang yang saya pakai... I want it perfect even though I know nothing is perfect. Then, kalau dah jumpa tu..of course saya sanggup berbelanja berpuluh poundsss...ulang sekali lagi...berpuluh poundssss untuk pakaian tersebut... (Jenis pakaian dirahsiakan demi kepentingan peribadi)~~~

Okay..saya bersyukur kerana saya tidak KURUS..haha..saya susah nak cari baju di sini, di UK yang mostly designed for petite people!!!! Kalau saya kurus mungkin sayalah STAR dalam filem 'CONFESSION OF A SHOPAHOLIC 2'!!!!!! Hoooooo hoooooo hooooooo

Sebenarnya..saya suka je shopping bersendirian..hehe.... my life is about being alone... bukan tak suka berseorangan...tapi lebih selesa begitu... Errr...dont get me wrong..I am not gonna end up my life being alone forever... hehehe..gelak jahat sket...

hoho..cakap pasal single and alone.. Ini yang saya suka.. Haha..actually I love being in a situation where I am the single one in a work community.. Contohnya...masa saya jadik cikgu sambilan di Malaysia, selalu diberi perhatian...hehe... Entah tak tahu sebab apa...jangan tanya saya...!!!! Tapi saya sukalah!!!! Haha....evil thought..hoho!!!

Hmmm....ok..dah ade mood nak buat keje sekarang...right..will write again soon...

Wednesday, 7 October 2009

10 reasons I like my...



'Mahfuzah, you really worked very hard for this placement. You are doing really well up to this week.' said my Educator 1.

'Yes, you dont have to stay until half past 4 every day. You've done long hours everyday. You can just go home if you want to do your work at home.' said my Educator 2.




Week 3 of my placement at a special school in Penarth. Berbezanya placement kali ini dengan sebelum ini:

1. Placement ni kat sebuah sekolah pendidikan khas ----> exciting, fantastic, wondeful!!!! Dulu kat hospital ---> booooring...


2. Saya ada 2 educator yang observe performance saya kali ini.. ehee..very challenging..need to keep my work to the same level as theirs...in fact..saya terkejar-kejar mereka berdua setiap kali 'writing case note report session', and sometimes saya jadik pening dengan jadual assessment harian sebab dua-dua ada kanak-kanak yang mereka observe berasingan..hadeihh. Dulu, saya ada satu je educator....

3. Placement ni 4 hari je seminggu...which I found really COOOOOOL!! I have 3 days for weekend!! Dulu, 5 hari seminggu...tapi ok je 5 hari seminggu pun!!


4. Placement ni saya kena mula pukul 8 pagi sampai 4.30 petang which means I have to get up at 6.22 am every morning to catch the bus to Penart
h at 7.22am!!!! Dulu...saya mula placement pukul 9 sampai 5!!!

5. Placement ni saya deal dengan children age ranging from 3-18 years old!!!! They have Cerebral Palsy, Muscular Dystrophy, Learning Difficulties and other rare Syndromes, for example Rett Syndrome. Dulu, saya deal dengan orang-orang tua (Elderly Care), orang luka otak (Brain Injury) dan juga orang masalah kesihatan mental (Mental Health).


6. Placement ni, saya berpeluang untuk evaluate sistem pembelajaran pendidikan khas di sini (UK), bagaimana mereka belajar, apa mereka belaja
r, kurikulum mereka, ko-kurikulum mereka dan lain-lain lagi...evaluate the pros and cons, benefits and things related....which I think, it's a good start for me before I go further in the Jabatan Pendidikan Khas and challenge our Special Education's Syllabus in Malaysia!! Oh..I really hope that will become REAL one day!!!!! Inshaallah~~ I will make my sponsor (KPM) value their funding on me to study here~~ Inshaallah~~

7. Placement ini, saya banyak sangat guna bas...ulang alik Cardiff-Penarth which took me 25 minutes ride on bus to get there. Not bad!! Having great time exploring Penarth after I finish placement everyday..hehe...


8. Placement ni, I get along with other Speech Therapist, Physiotherapist, Special Education Teachers, nurses and other staffs really well!!! Such a wonderful place to have my placement!!!


9. Placement ni, saya masuk kelas kanak-kanak ni..nak tau mereka belajar apa?? Sungguh menarik!!!! During Art, mengecat ikan besar menggunakan sponge.. Learning geography around school and taking photograpssss!! Swimming!! Main Wii~~~ Oh ye..please remember that, semua aktiviti yang mereka b
uat ni akan di'assess' oleh Occupational Therapist dari segi hand functions, seating position and etc!!! Bayangkan anda bermain wii bersama mereka sambil observe improvement dari segi functional movement and cognition!!! Saya suka ini~~~~~~

10. Placement ni, saya tak payah pakai 'uniform' OT..haha!!! I hate being in that green trousers and white tunic!!!!! But the most important thing i
s...I still practice my faith here!!! I have my own little space for solat during 10-minute break whenever I am not doing any assessment on children!! And I still keep my beautiful veil on to cover my hair as a Muslim. Hmmm...I know that this one OT student (confidential matters to mention her name here) said that I have to put my veil off just because of the service demand!!!!! Disagree!!! I have firm reasons for that~~~

Monday, 21 September 2009

'What are you studying?'


When people asked me..."What are you studying?" I said... "I am doing a degree in Occupational Therapy"

And they made these... "Oouuuhhhh!!" "Wooowwww" "That's cooool!!" "Wahhh"


Erw Delyn Special School, Penarth.

Oh YESS! I love my placement!! I love my placement this time!!! I love it!! Love it!!! Alhamdulillah..!!!!! What can I do to praise Allah for giving me such a good placement to experience this year???!!! Syukur~

Ok now I realize that I reeally love to work in school!!!!!! Any kind of school~ Just name it as long as it is called a SCHOOL!!!!

I am not wrong. This is my passion. I am not wasting my time learning to be a TEACHER!!! Like some other people I met, they said to me...."You are wasting your 6 years (2 years in A level, 3 years doing degree and another 1 year for Diploma in Education) just to be a teacher!! It is not worth!!!"

Ohh...sungguh kurang sopan insan tersebut. Ok now what..I love being a teacher!! It is the feeling that I couldnt describe in words when the kids call me this wonderful word 'teacher'!!!! I repeat...they call me 'teacher'!! It's a noble word. It's an honour!!!

I would say that the most touchable word in the world is the word 'TEACHER'!!! Tidak keterlaluan kan..hehehe... I am so in love with this kind of work!! Teacher is not about teaching on its own..its about helping the children..helping the helpless people to gain a better insight towards the world~~~ We have good connection with the children!! The best connection ever!! Its from heart to heart connection!

Haahhh~~ I love my placement now a lot compared to my previous placements in hospitals......

Many people asked me this kind of question... If you are going to be a teacher, why you are doing degree in Occupational Therapy???
Lalala...I am going to be a Special Education Teacher.

And when I said that, they startled. And asked me further questions like... "Who's your sponsor?" "Tell me more about Occupational Therapy and how it links to being a teacher" "How you are going to be a teacher, your are doing Occupational Therapy?" "How's that happen??" "Where are you going to work? It is here in the UK?"

To be honest...I really want to go back and work in Malaysia as a special education teacher. Kalau saya kerja sini, our Malaysia Government is wasting their money!! Kerajaan hantar saya belajar sejauh ini untuk belajar Occupational Therapy is for me to do the skills transfer~~~ I will make full use of my education here to practice in Malaysia..!!

I had a pretty good contact with OT Malaysia. And they asked me whether I am interested to be one of the OT tutors in Malaysia. Oh ok..the answer is..I want to be a teacher!!! I want to work with kids. Not adults. Alright, I will leave this offer just like this. Perhaps, perancangan Allah lebih baik dan ada sebabnya. Siapa tahu kan??

Sunday, 20 September 2009

Bisikan Doa

Seorang gadis Melayu Malaysian yang baru saya kenali di Cardiff...

SCENE 1:

Kami berbual-bual ketika baru bertemu..tentang pelajaran..tentang keluarga dan tentang Cardiff....sebelum perbualan kami berakhir...


"See you tonite at Cathays Community Centre ok..esok raya!! Ok, I need to go back now nak solat Zohor at home" kata saya.


"Solat Zohor?? Woww, rajinnya you... Ok, we meet in front Lidl okay because I dont know where the CCC is. " kata beliau.


Dalam hati saya:

Emm...if nak solat perlu ke perkataan 'rajin'??? we have to solat. To be
honest, I admit, sometimes I miss the solah time and always all the times saya lambat solat... But...we need to solat kan... I tried. Semoga Allah membuka hati-hati mereka untuk mendekati-Mu ya Allah..




SCENE 2:

Ketika itu azan Mahgrib sedang berkumandang di Cathays Community Centre menandakan berakhirnya Ramadhan dan bermulanya Syawal.... Selesai azan, semua mengangkat tangan berdoa selepas azan..


"Eh Fuzah, semua orang baca doa ape? Err..for what?"

"Oh, ini doa selepas azan"


"Oh really?? I never ask my mum about this. I dont know..."

Saya senyum...


Dalam hati:

Sekal
i lagi saya terkejut dengan pengakuan ikhlas itu... Ya Allah..tenangkanlah hati dia.. Bimbinglah hati dia ke arah agama indah ini Ya Allah....



SCENE 3:

Kami berbual sambil makan makanan pada malam itu..sedap sungguh!! Marvellous!!


"Fuzah, do you have a boyfriend? Is your boyfriend in Malaysia?"

"xxxxxxxxxxxxxx" (Jawapan saya dirahsiakan demi kepentingan peribadi..hehe)


"Oh really, thank God, you know my friends banyak yang dah engaged and even yang dah kahwin and got kids!! I dont understand why they are getting married. They are still young. We are young. We shud have our own life. I do have a boyfriend in Malaysia and I am planning to get married at 35. I will make my boyfriend wait for me" and she smiled..


"Oh..I am planning to get married at 25."

"Fuzah!! No!! That's toooo early!! Why? I dont understand."


Saya senyum...


Dalam hati:

I have my own reasons. 25. Early?? Kalau kahwin 35, when you are going to have kids???!! Ohhhooo...I dont want people around me will assume that I am walking with my grandchild which is my first child. It's a big NO!!!!
Ya Allah, semoga Engkau lembutkan hati orang yang berada di hadapanku ini...