Sunday, 15 February 2009

Biar tangan kotor kerana tanah. Bukankah kita berasal dari tanah?

"Kak Faezah, geramla tengok halaman belakang rumah kita. Tak sabar pulak nak bercucuk tanam. Bunga, sayur-sayuran." Aku berkata sambil melihat ke halaman belakang rumah kami dari jendela bilik Kak Faezah yang menghadap ke belakang.

"Aah la. Jom kita bersihkan sekarang nak tak. Cuaca elok hari ni."
Rumahku di Malaysia - halaman hadapan, semua ini adalah idea ayahku. Aku tolong bersihkan aje..

Kami bergegas turun memakai pakaian 'simple' untuk aktiviti 'gardening' di pagi Ahad.

Satu persatu kayu-kayu dialih. Batu-batan disusun di suatu sudut lain. Barang-barang 'domestic' lain kami buang dalam plastik hitam. Pohon-pohon renek yang menjalar dan tumbuh dicabut tanpa rasa belas kasihan. Tumbuhan berduri sungguh banyak hidup subur. Kak Faezah mencangkul dengan gembiranya. Haha..dia melepaskan perasaan agaknya. Hehe..
Satu lagi sudut kreatif dari ayahku..erm, i like the green part..


Aku sudah bayangkan dalam masa sebulan lagi, halaman belakang rumah kami akan dipenuhi bunga-bunga segar yang akan kami tanam. Mungkin juga kami akan tanam sayur-sayuran.

Aku akan kerjakan tanah yang sekangkang kera itu untuk membalas dendam aktiviti berkebun yang aku selalu lakukan di Malaysia bersama ayah. Alahai rindu la pulak nak memetik buah jagung, kacang bendi, sayur sawi, kangkung, pucuk pegaga dan buah terung bersama emak dan ayah di halaman rumah kami di Malaysia
. Biar tangan hitam. Biar tangan kotor. Biar tangan kasar. Hasil yang diperolehi sangat memuaskan hati.Ini dari pandangan belakang kiri rumah. Kebun sayur kami berada di sebelah di mana gambar ini di ambil.

Oh kadang-kadang ada saja arnab-arnab liar datang ke halaman rumah kami untuk 'mencari rezeki' sambil meratah sawi-sawi yang emak tanam. Mula-mula kami adik beradik 'excited' gila sebab jarang dapat tengok arnab liar, tapi lepas tu dah macam tak kesah. Dah selalu sangat mereka singgah di kebun kami untuk makan-makan.
Ini pandangan dari sisi kanan rumah. Lihat, agak berbukit, ada tangga kecik kat situ, aku la yang buat tangga tu bersama ayah. Hehe, tak cantik sangat. Rumah aku hanya di kawasan kampung saja. Kami sekeluarga tinggal di kampung di negeri Kedah Darul Aman.


Oh tersasar pulak. Berbalik kepada halaman belakang rumah saya di Planta@19 ni, inshaallah nanti musim spring dah nak dekat. Kami bercita-cita nak tanam bunga-bunga yang berwarna-warni. Kemudian nak tanam sayur kalau boleh, ikut kesesuaian tanah. Then, nak jadikan halaman belakang sebagai tempat kami ahli serumah berehat-rehat di hujung minggu. Hehe..

Oh sangat suka berkebun. Seronok melihat tanaman yang menghijau.. Berbudi kepada tanahlah katakan. Hehe..

4 comments:

  1. fuzah,aku pun tengah bercucuk tanam jugak, tapi dalam bilik.
    ada kaktus kecik tiga bijik.skrg tgh gembur2 tanah.haha...

    ReplyDelete
  2. haha.kelakarla ko ni..

    bagus2..at least ada juga tumbuhan hidup dalam rumah kan..hihi

    ReplyDelete
  3. Wah,... xde gambo umah kat Cardiff ke??? :D

    Besar aa umah awak kat mesia. Boleh main badminton! ;)

    ReplyDelete
  4. Khas..hehe..umah kat cardiff belum ada gamabr lg..tunggu bunga-bunga cinta tumbuh dulu..ihi

    rumah kat msia tu takla besar pun. Halaman je nampak besar. Kalau kHas nak dtg main badminton, sile-sile..saya selalu main petang2 dengan adik2 saya dan juga cousins..kadang2 ayah sy join jugak.

    sy selalu kalah la...hehe...

    ReplyDelete