Monday, 9 February 2009

Kenapa 'brooch' ni semuanya sama?

'Eh eh..kenapa semua 'brooch' Fuzah semuanya sama..? Memang pakai satu jenis je ke?'

Soalan yang lebih kurang begitulah aku terima setiap kali kawan-kawan datang ke bilikku dan melihat koleksi 'brooch' ku..

Memang benar, semuanya sama. Warnanya sama...pattern nya sama..bentuknya sama..

Aku suka begitu..biar semua sama..seragam.. Tambahan pula aku sukakan bentuk 'brooch' aku sekrang.. Aku dah pakai 'brooch' berbentuk sama sudah hampir 4 tahun.. Aku beli yang baru pun aku beli bentuk yang sama... Beli pulak bukan satu atau dua, tetapi sedozen kalau sekali beli..haha.. Sebab memang aku suka sangat bentuknya...

Biarlah apa orang nak cakap tentang 'brooch' ku yang sama semuanya.. Ada juga kawan-kawan kata.. 'Kenapa tak beli lain-lain, baru ada variasi...?'

Aku hanya diam... Kalau aku suka sesuatu, susah untuk bertukar kepada yang lain, mungkin orang lain akan cakap 'taste' aku tidak ikut 'fashion' semasa.. Hurm, tidak tidak..'brooch' yang aku pakai sekarang, dari dulu sampai sekarang tetap dikata cantik .. hehe...

Begitu juga cara tudung yang aku pakai...Orang kata aku pakai 'lilit-lilit',tutup telingan,nanti tak dengar, ada yang cakap...macam 'astro' la.. ada antena la.... and macam-macam lagi..heehe

Aku tak kesah..aku selesa pakai macam tu..aku dah pakai tudung lilit-lilit macam tu dah lama dah..Sejak 4 tahun dahulu jugak... Patutkah aku berubah.. Oh,tidak-tidak.. Tidak sama sekali.. Biarlah aku dengan caraku...dan engkau dengan caramu...

Tidakkah sesuatu yang kita pakai pada kebiasaannya adalah sesuatu yang unik dalam diri kita??

Aku suka warna-warni...bright colours...warna ceria..warna yang bersemangat..warna bertenaga...cantik dan bersih...

Biarlah...

Brooch ku sama setiap waktu...

Lilitan tudungku pula tidak berubah..

Warna-warna tudungku sentiasa berbeza...

Andai mereka terima aku, mereka pasti terima aku seadanya

Aku tidak perlu berubah untuk mereka kerana aku selesa begitu...hehe..

P/S : Tetiba pulak bercerita tentang brooch, tudung dan warna...haha..

3 comments:

  1. salam wbt...

    hehehe.. bagus3, loyal gitu.. +)
    sperti kte yg x pernah ubah menu stiap kali p Ciken Cottage..

    tapi x taula kelak2, mungkin nak cuna yg lain kot.. +)

    ReplyDelete
  2. aa...aku sakit hati kalau orang macam paksa2 aku jadi feminin.
    aku pun reti nak berfesyen gak pe.tapi dalam rumah aje la.haha!!

    ReplyDelete
  3. haha..betultu dayang.. cuba2lah.. mungkin suatu hari nanti juga fuzah akan berubah utk cari taste brooch yg lain juga..haha.. maybe for another 10 years..or maybe for the rest of my life..hehe..

    brooch means pinned..pinned means mine...haha...so, whats that mean? hehe.. i choose my brooch and it will last forever.. I choose a guy and he will be MINE forever..hha.tamaknye Fuzah..

    To mai: just be yourself..tak semua orang suka apa yang kita suka..aku suka je personality ko skrg..ok ape..kelakar pun ade gak..buat aku tersenyum sorang2..

    hehe..

    ReplyDelete