Cerita Satu.
Pada suatu pagi sebelum lecture pagi bermula, Katie menerima text daripada Martyn berbunyi, 'I'm in hospital now, fell off from a ladder last night.'
Katie mengkhabarkan kepada kami semua OT 2nd year perihal Martyn yang jatuh tangga di rumahnya. Semua orang berkata, 'Ohhh..poor Martyn..'
Selepas lecture pagi berakhir, kami Group D berkumpul dan berbincang. Sambil berbual sebelum kami mula buat kerja, Lois menerima text daripada Martyn berbunyi, 'I'm in the computer room Floor 1, but dont tell Katie.'
Haha..yang menjadi kelakar ialah...Lois telah membaca text message itu 'loudly' dan Katie pun terdengar..Kami semua ketawa dan terbocorlah rahsia Martyn yang menipu kami terutamanya Katie...
Macam ni ke lawak orang British..ohok ohok ohok..sungguh tak kelakar...
Cerita 2.
Izzati dimasukkan ke hospital petang semalam dan suspected 'Apendicitis'. Doktor mahu operate dia malam itu jugak namun setelah beberapa jam, Izzati sudah tak sakit lagi. Dia pun berehat dan membaca nota kerana dia ada exam esok paginya.
Pagi besoknya, dia rasa sihat walafiat dan insist mahu amik exam pagi itu jugak. Dia ada alasan tersendiri untuk buat begitu. Sebab 1: Dia tak mahu re-sit paper dan kena datang balik bulan August ni semata-mata untuk re-sit untuk 1 paper sahaja. Sebab 2: Dia rasa yakin dia sudah sihat.
Doktor tidak membenarkan namun dia berdegil. Jadi dia pun men'self-discharged' diri dia dan pergi ke exam hall untuk amik exam pukul 9 pagi. Selepas exam, dia pergi semula ke hospital untuk rawatan selanjutnya namun nurse memberitahu, untuk dapat rawatan, dia perlu memasukkan dirinya semula ke A&E..
Akhirnya, Izzati membuat keputusan untuk pulang ke rumah saja dan berehat.Tambahan pula dia tidak sakit lagi sepanjang hari ini. Hehe..
Ermm...ini kejadian pertama saya dengar pesakit 'self-discharged' diri sendiri dari hospital..heheh..
Inilah dua kisah hospital yang saya dengar daripada orang-orang sekeliling saya...hehe.
No comments:
Post a Comment