Friday, 1 May 2009

"Entahlah Labu..." kata Jambu-Biru

Basikal Kelabu



"Hoi Jambu Biru, kenapa tuan kita tak naik engkau sejak dua tiga hari ni?" Kata basikal kelabu kepada basikal merah jambu-biru.

"Hurmmm..entahlah Labu...dia dah tak suka aku kot." Jawab basikal merah jambu-biru.

Perbualan mereka diteruskan....

"Sudah hampir seminggu dia beli aku tapi seingat aku, dia pernah naik aku sekali aje. Itu pun pegi Heath Hospital je, hari Isnin hari tu. Lepas daripada tu, dia asyik naik kau je. Kat aku dia tak peduli pun. Inilah nasib aku..nampak je cantik, tapi tak berguna." Kata Jambu Biru.

"Janganlah bersedih Jambuuu...takpe..aku rasa dia baru je nak suka kau tu. Mungkin dia belum serasi lagi dengan kau. Tunggulah dua tiga minggu lagi, maybe dia akan mula sukakan kau." Kata Labu.

"Aku rasa lain la sejak semalam..aku rasa dia nak bagi aku kepada seseorang. Aku dapat rasakan dia tak sukakan aku walaupun aku lebih cantik daripada kau. Semalam aku terdengar dia bercakap dengan sesorang tentang aku. Dia kata dia nak bagi aku pada junior OT nya yang baru kehilangan basikal. Ape nama junior dia tu? Dayang eh? Abislah aku macam ni..aku sayangkan tuan kita tu..aku suka bila dia naik aku." Kata Jambu-Biru.

"Eh ye ke..??? Biar betul, takkanlah dia nak buat camtu kat kau? Dia kan baik. Dan aku rasa, aku yang akan ditinggalkan oleh tuan kita tuuu.. Aku ni dah buruk. Dahlah tak 'hensem'.Warna pun kelabu. Bukan cam kau, lawa, cun, hensem, menarik."

"Ye lahh tu..tuan kita tu tak pandang benda-benda luaran ni. Dia pandang jasa kau yang dah banyak pada dia. Aku ni 'orang' baru dalam hidup dia. Manalah sempat pernah berjasa lagi kat dia. Dia baru naik aku sekali, lepas tu dia balik pada kau. Hisshhh..dah nasib aku."

"Oh ye ke..hehe..aku perasan sekejap! Ye ke kau rasa dia suka aku? Hikhikhik..ni yang makin sayang kat tuan kita ni. Dahlah baik, cumil pulak tu. Walaupun aku rasa 'tertekan' oleh sebab beratnya dia semasa mengayuh aku, namun dia tetap di hatiku..hehe..."

"Takpelahhh..nanti tuan baru aku, cik Dayang tu pun boleh sayang aku jugak....Entah-entah, cik Dayang tu lagi baik daripada tuan kita sekarang..hehe..mungkin nama aku bukan lagi Jambu-Biru lepas ni..hoho."


Perbualan mereka berakhirdi situ...hehe..saya berjaya merekod perbualan mereka ketika saya memerhatikan mereka berdua dari jauh. Mungkin mereka berdua tak perasan saya kat situ. Huhu.

Apa yang pasti, saya tetap sayangkan mereka berdua. Dua basikal yang berjaya mengheret perasaan dan emosi saya untuk menyayangi mereka.
Walaupun kenangan bersama Jambu-Biru belum terukir banyak, namun saya pasti merindui saat-saat manis ketika saya membelinya di Carboot.

Kepada basikal Kelabu, walaupun banyak kelemahan anda, namun hati ini sudah terpaut. Mencintai dia sepenuh hati. Saya akan menerima keadaan Kelabu seperti ada dirinya..Dia yang terbaik untukku. Dia yang lebih lama denganku...Semoga aku juga adalah yang terbaik untuk dia.


Hehe...rehat kejap selepas tension buat reportttttt..huarghhh~

No comments:

Post a Comment