Saya rasa letih mata setiap kali selepas azan Asar berkumandang.. Ingin menolak permintaan hati untuk tidur di kala mentari di ufuk barat namun kadang-kadang perancangan manusia itu lemah. [hehe]
Persiapan untuk VIVA sedang giat dijalankan di saat-saat kesibukan orang lain mentelaah subject untuk peperiksaan. Memang benar, tekanan pelajar yang tiada exam dengan ada exam adalah berbeza, namun satu persamaan di sini ialah, UJIAN itu tetap ada cuma caranya saja yang berbeza.
Kami ada VIVA...sebuah presentation tentang 'case study' yang diberi. Persembahan adalah dalam masa 20 minit dan sesi Q & A selama 15 minit.
Pada tahun ini, saya dapat case study tentang 'Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)' yang dihadapi oleh seorang pelajar perempuan yang berumur 14 tahun.
Dah besar dia, tapi still exhibit symptoms ADHD. Kebanyakan 'previous studies' menunjukkan bahawa ADHD sypmtoms akan hilang setelah sesorang itu meningkat dewasa tapi ada juga yang tak.
Biarlah saya namakan budak perempuan bermasalah ini Aifa.. [hoho]. Erkk!!! Ok ke guna nama Aifa, takde orang lain yang perasan eh? Okay okay. Aifa.
Aifa ni bermasalah dengan academic, kurang memberi tumpuan dalam kelas dan susah bergaul dengan rakan-rakan di sekolah.Beliau suka menyendiri dan bermain-main dengan haiwan comel kesayangannya. Beliau tidak dapat mengawal kemarahan dan selalu pukul adik lelakinya yang berusia 6 tahun.
Kelakuan Aifa memang unpredictable dan sukar. Ibunya pening kepala dengan sikapnya itu. Aifa mengalami tekanan mental dek kerana ADHD yang dialaminya. Sekarang, beliau sudah mula menunjukkan symptoms yang lebih mencemaskan dengan mencederakan dirinya sendiri.
Akhirnya beliau di'refer' kepada pihak Occupational Therapist di Children and Adolescents Mental Health Service (CAMHS) untuk treatment.
Nantikan entry seterusnya tentang apa yang saya akan buat dengan Aifa dalam Occupational Therapy intervention. Huhaa~ Tunggu~
[BUSY] : Tapi still nak tulis blog. Blogging is addicted.
No comments:
Post a Comment