Tuesday, 12 May 2009

Melukis Impian....

Tensi berlaku di lecture pagi tadi..hoho..nak dengar cerita budak-budak OT 2nd year Cardiff Uni tak..

Ceritanya begini..

Pada Khamis lalu ialah Team Working Presentation. Presentation ini adalah berkaitan tentang OT role within the chosen setting in Mental Health, Physical setting dan lain-lain lagi yang OT terlibat.

Setiap kumpulan mesti pilih setting masing-masing dan present tentang setting kepada cohort pada hari presentation. Pelbagai teknik presentation digunakan untuk menambat hati audience. Presentation ini berbeza daripada sebelum-sebelum ini kerana kami semua akan di'evaluate' oleh group lain dan ahli-ahli dalam kumpulan.

Inter Peer Evaluation dan Intra Peer Evaluation. Kumpulan saya kumpulan D memilih setting Mental Health Service. Kami memang bekerja keras untuk hari presentation, setiap hari stay sampai lewat petang untuk memastikan kami practice untuk presentation itu.

Di hari presentation...
Kami semua agak terkedu dengan persembahan dari kumpulan-kumpulan lain (4 semuanya). Presentation mereka sangat mantap dan penuh gaya dengan 'interactive games' yang melibatkan audience. Ada 'role play'. Ada poster. Ada hadiah untuk audience jika dapat jawab soalan mereka dengan betul. [Saya pun dapat hadiah juga kerana mencuba jawab soalan-soalan mereka.hehe] . Ada yang present in a two-way presentation. Discussion session. Semuanya dilakukan dalam masa 30 minit.

Kumpulan kami..
Haha..kumpulan kami takde semua interactive games or role play or anything else. Kami lebih tumpukan pada content of the presentation. For example: Impact of OT role within the MDT and practice setting. Dan semua benda yang kami present focus kepada kekuatan information dan content. Tapi kami rasa itu kelebihan kami.

Apa yang saya dapat simpulkan, kumpulan kami paling boring. Paling dull...paling tidak ada interactive dengan audience. Semuanya ber'informative'...

Setelah evaluate kumpulan masing-masing...

Alhamdulillah..markah yang individual dapat memang memuaskan hatiku. Menghampiri an A. Lagi 3 markah nak A. Adoiii...takpe..itu rezeki lah tu...

Markah berkumpulan pulak lebih rendah daripada itu. Hurm..saya pun agak tak puas hati sebenarnya. Sebab-sebab:

1. Adakah kerana presentation kami yang focus kepada content di'evaluate' as that our group presentation mem'boring'kan?

2. In my opinion, markah untuk content adlah lebih banyak proportionnya berbanding dengan way of presentation. Say for example: 70% content and 30% presentation. Dalam situasi professional sekalipun, content adalah priority kan??

3. Bias berlaku di sini dek kerana presentation kami kurang menarik, kami di'down-grade'kan ...Hrrrhhhh.. Hidup ini memang tidak pernah yang adil. Padahal,kumpulan mereka yang lain tidak menekankan kepada info yang ingin disampaikan. Kalau cara penyampaian menarik sekalipun jikalau isi tak ada, buat apa kan??

Apa yang berlaku pagi tadi...??

Ahli-ahli kumpulan kami dan kumpulan lain masing-masing menyatakan perasaan tidak puas hati terhadap cara penilaian dan pemarkahan. Pening kepala our lecturer yang sorang tu melayan karenah kami semua yang tak puas hati.

Masing-masing bertelagah menegakkan kebenaran dan menyatakan pendapat masing-masing. Jauh di sudut hatiku..Saya bersyukur dengan markah yang saya dapat beserta comments dan critics from my group members.... In fact, my groupmates semuanya okay dan rapat sesama sendiri. In every group meetings, semua orang tak pernah ponteng. Believe it or not? I love my groupmates. Group D the best group ever!!

Apa yang saya belajar hari ini?

1. 'Kita perlu bersyukur dengan apa yang kita dapat.' That is how we were trained react to life situation. Tapi saya terfikir, kita tak sepatutnya menerima apa sahaja bulat-bulat apa yang orang lain critic terhadap diri kita or kerja kita. We did our part.We did our best but people simply ignored how much efforts that we've put on. Kalau benda itu betul, terima lah, tapi kalau salah, pertahankanlah. To give and receive constructive feedback.

2. 'Susah nak puaskan hati semua orang'. Yess. Ini memang betul. Puaskan hati orang ini, pihak lain pula akan berasa tidak puas hati. Susah kan?

3. Satu lagi, 'How we measure the degree of consistency?' Tell me... Consistency or in other word, 'ISTIQAMAH'. Kita boleh cakap kita consistent buat itu dan ini but to what degree it has been measured as consistent? Sedangkan tahap iman kita pun kadang-kadang turun naik dan berbolak balik.Iya kan??

P/S: Panjangnya entry ini...saya pun tak tahu kenapa hati asyik berfikir. Semoga hati saya yang berfikir ini tidak dipengaruhi oleh emosi. Harapnya akal saya dapat membantu untuk merasai...

No comments:

Post a Comment