Pernahkah anda terfikir tentang situasi-situasi seperti ini...Saya pun tak terfikir langsung tentang ini..sehinggalah seseorang yang istimewa dalam hidup saya bertanyakan saya situasi-situasi ini.. saya tak pasti apa tujuannya namun saya yakin soalan-soalan ini ditanya untuk menguji saya..hik hik hik.. [Cara soalan ditanya diolah 10% supaya lebih sesuai untuk diletak di sini]
Situasi pertama:
Anda baru berkahwin dan suami anda pula ditawarkan untuk ‘outstation’ ke luar Negara yang terpencil dan jauh dari tempat tinggal anda selama 4 bulan. Dengan ini, suami anda akan dinaikkan gaji dan pangkat sekaligus dapat meningkatkan taraf ekonomi keluarga anda berdua pada masa hadapan. Namun begitu, beliau menyediakan nafkah berbentuk wang ringgit dan kemudahan selama pemergiannya. Soalannya, sanggupkah anda membenarkan beliau pergi? Anda berdua baru berkahwin? Berpisah dengan beliau selama 4 bulan???
Situasi kedua:
Anda baru berkahwin dan suami anda pula menyatakan hasrat untuk keluar berdakwah dan mengembara untuk aktiviti ‘tabligh’ selama 4 bulan di luar kawasan tempat tinggal anda. Semasa pemergiannya, beliau menyediakan kemudahan dan wang ringgit secukupnya untuk anda selama tempoh itu. Persoalannya, sanggupkah anda membenarkan beliau pergi??? Anda berdua baru berkahwin...berpisah dengannya selama 4 bulan??? Sanggupkah??
Hurmm..susahkan..saya pun tidak terfikir tentang itu semua.. Nak tahu apa jawapan saya? Kedua-duanya adalah positif..erm..tapi...ada penjelasan di sebalik jawapan-jawapan itu. Mungkin saya tak dapat nak kongsikan di sini..hehe...kerana itu adalah rahsia di antara saya dan juga tuan yang bertanya..
Unik kan situasi-situasi seperti di atas..pada sesetengah anggapan orang, berkahwin nanti adalah untuk bersama...kalau tak bersama, nanti jadi masalah...masalah lain pula timbul..uhuk uhuk uhuk..
Tettt...tettt..
Saya tak kahwin lagi la..tapi tak salahkan untuk berfikir tentang ini..hok hok hok.. Semoga perkahwinan yang saya harapkan nanti menjadi jalan pintas untuk saya ke syurga-Nya.. Boleh ke fikir macam tu??? Tapi saya rasa tenang apabila berfikir seperti itu...Kepada yang bertanya soalan-soalan berbentuk situasi di atas, terima kasih kerana menyedarkan saya tentang erti sebuah perhubungan dan perkahwinan yang diredhai Allah.. Mengubah persepsi saya tentang erti dan maksud sebuah perhubungan ini dalam konteks yang lebih ‘jihad’.
Emosi saya lemah untuk ini..hati saya tersentuh apabila ditanya soalan ini..
“Sesiapa yang mengejar dunia, dunia akan lari daripadanya; sesiapa yang mengejar akhirat, dunia akan datang kepadanya” – petikan ucapan Ustaz ***ar semasa Kelas Al-Quran di Cardiff.
“Setiap apa yang kita lakukan di dunia ini mesti kita letakkan nilai di dalamnya..Nilai itu ialah satu, iaitu hanya kerana Allah” – petikan ucapan orang yang bertanya soalan-soalan tersebut kepada saya semasa sesi perbualan dengan beliau [uhuk uhuk uhuk].
salam...
ReplyDeletemenarik semua persoalan yang diutarakan.
...bagus untuk persediaan mental..
yang pasti semasa berkawan dan selepas berkahwin...ianya banyak perbezaan..
hmm. tapi itulah..jika hati sentiasa lekat kepada Allah Insya Allah segala cabaran akan dapat diharungi dengan tabah.
wah terima kasih kak lieza atas nasihat yang diberi itu..
ReplyDeletesemoga kak lieza juga bahagia bersama keluarga sekarang..ameen..
hihi..tak sabar..tak sabar..