
Hari pertama di sini..di Malaysia.. Sungguh panas..berpeluh-peluh..ohh aku tidak biasa dengan keadaan ini.. ahhh...aku mahu pulang ke Cardiff ..ahh aku rimas dengan kepanasan di sini.. aduhh..tidak sanggup lagi.. [hehe..sungguh ‘drama queen’!!!]
Pagi tadi menemani ayah dan mak ke kedai...seperti biasa, saya la yang kena memandu...adeihh.. Sewaktu menunggu dalam kereta, saya melihat 2 orang anak gadis muda [belasan tahun agaknya] yang ada di luar kedai itu..
Hmmm..lagak pakaian mereka...to be honest..singkat, ketat dan agak menjolok mata yang memandang. Saya hanya memerkatikan mereka berdua dari tingkap kereta..’observation skills’ hik hik hik., Tiba-tiba salah seorang daripada mereka terpandang saya yang berada dalam kereta... Errrrr..
‘Eh, Teacher!!’ salah seorang daripadanya menjerit kecil.. Dia senyum gembira. Dia meluru datang mendekati kereta dan bersalaman dengan saya. ‘Teacher apa khabar? Lama tak nampak teacher. Teacher ingat lagi dulu saya yang datang rumah teacher amik buah rambutan?’
‘Eh la..lainnya kamu ni. Dah form berapa ni? Tinggal kat sini jugak ka?’ Saya bertanya seperti biasa, menyembunyikan perasaan terkejut. Uhuk uhuk uhuk.
‘Form 1 la teacher. Saya tinggal kat sini jugak la. Teacher mai beli barang jugak ka?’
‘Ohh, tak. Teacher tunggu ayah dengan mak teacher ni.’
‘Ohh, okay. Saya pi dulu teacher.’
‘Okay. Belajaq elok-elok na.’ Saya mengakhiri perbualan. Dia pun berlalu pergi ke arah rakannya.
Sungguh saya terkejut dengan perubahan mendadak anak-anak gadis zaman sekarang. Ye lah..dulu masa saya mengajar mereka, perlakuan, tingkah laku dan rupa masih lagi seperti kanak-kanak. Tup-tup, lepas 2,3 tahun,dah besar panjang sampai saya sendiri tak kenal mereka..hehe... Semuanya berubah.
Apa yang paling menyentuh hati saya ialah sifat mulia yang dimilikinya, tidak lupa wajah seorang guru ‘muda’ yang pernah mengajarnya dulu..hik hik hik...
Memang benar kata-kata pepatah, seorang guru tidak mungkin ingat akan wajah-wajah setiap anak muridnya namun murid-murid pasti tidak pernah lupa jasa seorang guru walaupun tempoh masa perkhidmatan saya terlalu singkat untuk dibandingkan dengan guru-guru ‘tua’ yang lain..hehehe...
Selepas insiden kejadian pagi tadi, saya semakin yakin dengan ‘title’ Cikgu Mahfuzah yang saya kejarkan selama ini..hehe...
Semoga ianya menjadi satu impian suci dan murni yang akan menjadi kenyataan.. Jika saya bakal seorang guru, bagaimana pula dengan anda? Semoga Allah bantu kita semua dalm apa jua bidang pekerjaan yang kita minati. Ameen..
salam dari pantai timur!
ReplyDeletepuja~~~!
thats so true.
i couldnt agree more :)
ada cikgu chemistry kat sekolah umah aku ni baru cuti bersalin. aku rasa jugak macam nak g interview utk jadi cikgu ganti. huhu
tapi aku takut nanti aku kena ngajar takde masa utk buat benda lain pulak. apa pendapat ko? takyah reply kat sini la, buzz aku kat ym k. aku selalu je ada insya Allah.
uish meni..mu ni... cepat bangat membaca enbtry baru ku.,. meh sini number mu..aku nak contact.hihi
ReplyDelete