Monday, 31 August 2009

The 11th

Salam Ramadhan..hari yang ke errr..berapa ntah..

Tahun ini adalah musim panas terakhir saya menjadi guru sambilan sementara..gheee...Inshaallah tahun hadapan saya bakal menamatkan pengajian saya di United Kingdom dalam jurusan istimewa Bsc Occupational Therapy, Cardiff University.

Alhamdulillah semoga perjalanan beribu batu yang membawa saya ke UK akan diakhiri dengan pengkahiran yang istimewa juga nanti..kita nantikan keputusannya..

Lagi 10 hari saya akan berangkat kembali ke London...mengakhiri percutian musim panas yang ke sekian kalinya di bumi tercinta Malaysia. Walaupun banyak perkara yang berlaku di tanah air ini, perjuangan harus diteruskan. Kita perlukan perubahan..seperti yang saya cakap sebelum ini, perbuhan yang positif akan membawa kejayaan..tapi..adakah kita yakin perubahan yang kita mahukan itu adalah positif?? Tiada siapa yang tahu melainkan Dia Yang Maha Kuasa.

Okay-okay berbalik kepada cerita asal entry ini..heehee..

Pengalaman menjadi cikgu sempena musim panas di Malaysia sungguh bermakna..di sini saya nak kongsi gambar-gambar menarik yang sempat saya ambil bersama si comel-si comel di SK Bandar Baru Darulaman, sebulan bergelar Teacher Mahfuzah.




Inilah pressed flower yang saya ajar semua si comel Year 2 ni buat masa tajuk Flowers and Insects yang lalu.


Mari saya perkenalkan....dari kiri..Amri, Shawal, Amiruddin, Amir Hakim, Shahrun dan Zulhilmi...hehe..maaf la ye..semuanya lelaki pulak... yang perempuan tak sempat nak kejar sebab masa ni waktu rehat.... Ini kelas 2 Pintar.


Haaa...ini pulak kelas 2 Bestari. Ramai sangat kalau nak perkenalkan pun..hrrrmmm..cuba tengok kat sebelah kanan gamabr tu.nampak tak budak-budak tu tengah tolak-tolak sesama sendiri sebab nak masuk gambar...

Haaa..yang kat belakang di blackboard tu la pengajaran untuk hari tersebut. Masa ni revision week, so, saya buat revision sket writing simple sentences and re-arrange sentences.


Okayh..ni pulak, kelas 2 Cerdas..meh sini saya perkenalkan si comel yang di sebelah kanan saya tu..namanya Ashraff..saya selalu target Ashraff dalam kelas sebab dia pandai dan montel...hohoho...


Sekian sahaja untuk entry kali ini..sebelum saya mengundur diri..ini pesanan saya kepada semua..rebutlah waktu di bulan mulia bulan Ramadhan ini untuk mengejar pahal dan berdoa..kerana sesungguhnya akan dikabulkan doa hamba-hamba-Nya di bulan di mana pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu neraka ditutup...

Wasssalam..

P/S: Tidak sabar untuk pulang ke Cardiff buat kali terakhir...hehehe...

Monday, 24 August 2009

Merah, Hijau, Kuning.

Musim buah di Malaysia.. di bawah adalah fenomena musim buah di kampung saya... Selalu juga buah-buahan seperti rambutan, dokong, manggis dan cempedak diagih-agihkan kepada jiran-jiran dan kawan-kawan di daerah yang sama...

P/S: Menulis entry ini di waktu hujan lebat sedang turun, selepas membuat doughnut untuk berbuka puasa.

Mahfuzah,
6.30pm. 3 Ramadhan. Malaysia.

Saturday, 22 August 2009

Sipiso-piso


Saja-saja nak kongsi...Ini adalah gambar Air Terjun Sipiso-piso di Brastagi, Medan, North Sumatera... Sungguh tinggi air terjun ini.. Piso bermaksud pisau dalam bahasa daerah Indonesia. Menurut sejarah, air terjun ini dinamakan sipiso-piso kerana pada zaman dahulu semasa kekalahan tentera Jepun di Perang Dunia Kedua, ramai askar-askar Jepun yang membunuh diri mereka menggunakan pisau di bawah air terjun ini secara beramai-ramai.

Gambar di bawah ialah gambar saya bersama cousin saya Ku Nur Atiqah semasa kami bercuti di Medan, Indonesia pada Julai yang lalu.


Oleh yang demikian, mayat-mayat mereka telah dihanyutkan dan tinggallah pisau-pisau yang bertaburan di dasar air terjun ini. Maka dengan ini, air terjun ini dinamakan Sipiso-piso disebabkan terdapatnya pisau-pisau yang ada di dasarnya... Begitulah ceritanya air terjun ini mendapat nama...hehe...


Inilah air terjun itu, tinggi kan? cuba lihat betul-betul, sebenarnya air terjun ini keluar daripada celah-celah batuan itu. Jadi, tidak ada air sungai yang mengalir di atasnya. Satu lagi perkara menarik tentang air terjun ini. Itu saja!!



Hehe..gambar di bawah pula ialah suasana Cardiff di musim panas beberapa hari sebelum saya pulang ke Malaysia. Cuba teka waktu pada waktu di dalam gambar pukul berapa?? Jeng jeng jeng....pukul 9.00 malam.. dah nak dekat Maghrib tu... Saya, Izzati dan Izyan sempat bersantai di hadapan City Hall dalam perjalanan pulang ke rumah kami di Plantagenet Street.

Saya tunjuk kat ayah saya, saya suruh beliau teka pukul berapa, ayah saya jawab pukul 6 petang..hehe... Ramai yang tidak percaya.. Percaya atau tidak, pukul 9 malam yang cerah di musim panas...hehehe....

Tuesday, 18 August 2009

Mahu jadi itu?

'Bila nak balik sana?'

'Dah abih dah ka belajaq?'

'Lagi berapa taun lagi?'

Soalan yang lebih ekstrem ---> 'Belajaq apa nih tak habih-habih lagi?'

Saya jawab dalam hati --> Biasala pakcik, nak jadik cikgu pun kena belajaq lama macam nak jadik dokter jugak...Kata nak jadi cikgu yang 'menggoncang' dunia...

Ohhh...itu adalah soalan-soalan wajib yang mesti ditanya apabila berada di Malaysia.. Sungguh, saya juga kadang-kadang letih menjawab soalan yang sama setiap kali berjumpa jiran-jiran sekampung dan juga sanak-saudara terdekat. Tak kurang juga soalan-soalan 'membunuh' daripada cikgu-cikgu di sekolah tempat saya mengajar seperti ini..

'Mahfuzah dah ada 'seseorang' ka di UK sana? Ceritala..'

'Bila nak 'kenduri' di rumah Mahfuzah?' ---> Erkkk..kenduri apa? Itu jawapan buat-buat tak paham soalan..hohoho....

Letih kan bila ditanya soalan-soalan sebegitu..saya serba salah nak jawab... Tua sangatkah diri ini apabila sudah menjejak 23tahun dan masih begini? Hehe..saya tak kesah sebenarnya..masanya akan tiba cuma tak tahu bila....

Oh yess...kalau orang-orang sekeliling dah tanya-tanya macam tu, itu maknanya....dot...dot..dot... Haha...

Lagi dua hari, sekolah akan bercuti menyambut kedatangan bulan berkat bulan Ramadhan. Keadaan di sekolah sekarang makin gamat dek kerana seorang pelajar Tahun 3 sekolah SK Bandar Baru Darulaman itu disyaki positif Influenza A H1N1. Semua guru mengajar sambil bertopeng. Saya tidak terkecuali..

Berbalik kepada bulan berkat, Alhamdulillah sampai juga Ramadhan tahun ini... Dan paling manis, semuanya berlaku di Malaysia bumi terchenta..

Wednesday, 12 August 2009

Program Ramah Mesra Anak Kedah Perlis


GALAKSI ialah singkatan bagi Gabungan Pelajar Anak Kedah-Perlis UK-Eire.

GALAKSI dengan penuh hormatnya menjemput semua anak kedah yang sedang menuntut di UK dan Ireland beserta para pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran ke UK dan Ireland untuk hadir ke Program Ramah Mesra Anak Negeri Kedah-Perlis seperti yang tertera di atas.

Untuk maklumat lanjut dan peta perjalanan ke tempat majlis berlangsung, Sila lawati blog ini. Program Ramah Mesra GALAKSI.

Monday, 10 August 2009

Seleranya...

Sejenis makanan yang paling saya rindu nak makan semasa saya berada di perantauan... LAKSA..

Uniknya, di setiap negeri di Malaysia terdapat pelbagai jenis laksa yang disesuaikan mengikut citarasa negeri masing-masing..yang paling special, tentunya LAKSA KEDAH..hohoho..

Tapikan...errr..perkataan 'laksa' itu sebenarnya berasal daripada bahasa Cantonise bermaksud spicy dan dalam bahasa Hokkien ia bermaksud dirty berdasarkan rupa fizikalnya..hehe...

Laksa Kedah
Saya suka laksa Kedah..lebih enak dimakan di Kuala Kedah..bezanya dengan laksa Perlis ialah, laksa Kedah ada letak 'nyioq' aka kelapa parut yang digiling. Uishh...sedap giler tuhh... Laksa Perlis pulak sedap dimakan di Kuala Perlis..memang lazat...laksa Perlis istimewanya ialah kuahnya lebih pekat daripada biasa..




Laksa Johor
Saya pernah makan laksa Johor sekali saja...itupun masa Kak Faezah buat kat Cardiff..laksanya guna spaghetti...kuahnya daripada udang yang dikisar halus..erm..suka jugak... Sebenarnya saya kurang faham kenapa laksa Johor guna spaghetti... adakah itu makanan berasal dari Johor originally atau di'renovate' mengikut citarasa rakyat Johor..entahlah..saya tidak pasti..
Janji sedap...


Laksa Kelantan/Terengganu/Laksam
Oh oh..ini laksa memang sedap kerana kuahnya sangat pekat dek dicampur dengan santan...sungguh berlemak...lazat berkrim...dimakan dengan tangan mengikut tradisi rakyat di sebelah Timur sana... Yang pasti, saya suka laksam ni...



Laksa Sarawak
Ini laksa memang terbaekkkk....saya makan laksa ini semasa berkunjung ke Sarawak dan Sabah pada tahun lepas.. Memang tidak dapat dinafikan, sungguh sedap...sesiapa yang tahu masak laksa ni..silalah masak untuk saya kerana saya teringin untuk makannya sekali lagi... Allah....


Laksa Melaka
Hehe...laksa ni saya makan secara kebetulan kerana kawan baik saya Pija yang belanja...hoho..erm... Boleh tahan..uhuk uhuk...

Sunday, 9 August 2009

Ageing is like flowers..

'What flower is this?'
'Orchid'



9 August 2009

09/08/09

Hehe...tarikh apakah itu..??

Mulai hari ini sehingga 7 hari yang akan datang, saya dapat free call kepada 8 nombor 8pax saya daripada CELCOM pada bila-bila masa dan di mana jua..hehe..

Untuk ke sekian kalinya..saya menyambut ulang tahun kelahiran saya yang ke-23...ohok ohok ohok...dah 23 rupanya.. Adakah saya gembira dengan angka tersebut?? Oh semestinya..itu bermakna saya semakin dewasa dan berusia.. Pemikiran saya juga harus selari dengan peningkatan usia.. Saya mahu menjadi dewasa... Semakin bertambah usia, semakin banyak pengalaman..inshaallah...

Seperti bunga...usia juga begitu..semakin meningkat usia..bunga jadi semakin cantik..semakin harum..masa inilah bunga itu dapat berjasa dan menjadi kegilaan semua.. Gunakan kesempatan ini sebaiknya kerana kita juga tidak akan selalunya mekar dan mewangi selamanya...

Hari ini hari istimewa...hehe..pun begitu, saya pergi sekolah jugak pagi-pagi untuk mengajar kanak-kanak riang 2 Pintar, 2 Cerdas dan 2 Bestari... Bermula dengan perhimpunan pagi sehinggalah waktu tamat persekolahan, jadual waktu saya padat... Sakit kaki, sakit tekak dan letih otak sudah bermula...

Ditambah pula Tuan Guru Besar yang sengaja 'observe' saya mengajar kelas 2 Pintar hari ini... Gugup juga apabila melihat salah seorang daripada kanak-kanak riang dalam kelas itu, terselit seorang 'guru besar lelaki' yang turut sama menjadi pelajar pada hari ini.. Eheh.. Buat selamba je lah..Cuma hari ini saya kurang 'mencubit' kanak-kanak dalam kelas itu.. Kalau hari-hari sebelum ini, aktiviti mencubit pipi comel kanak-kanak itu adalah perkara biasa bagi saya..

Bukan apa..takut nanti salah cubit pipi tuan guru besar pulak..hohohoho...ngeh ngeh ngeh...

**********************************

Topics for this week --> Flowers and Insects

"Tomorrow..please bring any flowers that you can find in your home garden."

Oh esok saya nak ajar mereka buat 'Pressed Flower'.. Jadi saya pun nak keluar mencari bunga di halaman rumah saya ini...

Hibiscus

Sunflower

Orchid

Water lily

Rose

Itu adalah bunga-bunga tropika yang mereka perlu tahu..Ohoh..kalaulah saya dapat bawak balik bunga tulip, daisy, daffodil dan lavender daripada Cardiff untuk ditunjuk kepada mereka kan seronok..


'Where does water lily grows?'
'In the water'

Friday, 7 August 2009

Aspire Inspiration


ACER Aspire 4736Z

Haaaa..itulah laptop baru saya...walaupun laptop ACER lama yang sudah 4 tahun dipakai masih lagi berfungsi dengan baik tetapi pembaharuan dan nafas baru harus disuntik ke dalam jiwa ini..hehe..dramatisnya..

Laptop lama yang dulu buat hal iaitu selalu pengsan jika tengok TV3, tetapi setelah dibaiki oleh Abang Laptop kat kedai Cina kat Jitra ni, ia berfungsi dengan mantap sekali. Tiada lagi pengsan secara tiba-tiba..alhamdulillah..saya turut bergembira dengan keadaan kesihatan laptop tersebut... 1 August yang lalu genaplah usia Laptop lama 4 tahun..yang dibeli pada August 2005..

Dan laptop itu telahpun dihadiahkan kepada adik saya Nazrin yang masih menuntut di Form 4 untuk kegunaan beliau.

Dan saya..punya 'lappy' baru yang lebih comel daripada biasa...sedikit kecil dan ringan berbanding sebelum ini...harganya sangat berpatutan..hihi...

Sungguh gembira dengan 'lappy' baru namun kerinduan terhadap laptop lama masih terasa... Disebabkan screen lappy baru ni agak kecil..saya jadi kurang puas dengan tatapan di screen.hehe..

Walau apapun, saya yakin keadaan ni pasti dapat disesuaikan..kita harus berubah.. Perubahan yang positif akan membawa kejayaan.. Inshaallah...

Wednesday, 5 August 2009

Let's go to the Zoo!!!

Lesson for today --> ANIMALS IN THE ZOO

'Have you been to the zoo?' 'Who have been to the zoo please raise up your hand'

'Me teacher'

'What animals you can find in the zoo?'

'Elephant'

'How to spell ELEPHANT?'

'E.L.E.P.H.A.N.T!!'

'Very good! Anymore??'

'Giraffe!!'

'How to spell giraffe?'

'G.I.R.A.F.F.E!!'

'Well done!'

Bla bla bla bla bla..........


*******************************************

Itu adalah sukatan pelajaran untuk Year 2 English untuk minggu ini. Nampak senang bukan? Tapi ia tidak semudah itu untuk mengajar kanak-kanak berusia 8 tahun dengan jumlah mereka iaitu 40-45 orang sekelas. Perasaan seronok tetap ada dalam hati ini tetapi persediaan harus dilakukan sebelum kelas bermula.

Saya mengajar English untuk 3 kelas Year 2 sekaligus. 2 Pintar. 2 Cerdas. 2 Bestari. Sehari, saya mengajar 3-4 jam. Hehe...nampak mudah kan.. Tapi nak 'control' budak-budak ni memang satu hal. Kalau tak garang, kelas tu boleh jadi macam tempat pelarian kanak-kanak. Hihihi...

Saya dah tunjuk muka garang sedari awal saya masuk kelas mengajar. Hehe...buat-buat garang aje.. Alhamdulillah senang nak control mereka. Tak hilang kawalan...

Syukur...impian untuk bergelar 'teacher Mahfuzah' berjaya untuk musim panas kali ini... Bagaimana pula untuk tahun depan??? Di manakah saya? Mungkin ini pengalaman mengajar kanak-kanak sekolah rendah buat kali yang terakhir... Tahun depan, mungkin pelajar-pelajar saya adalah kanak-kanak istimewa pula... Inshaallah..

Inilah perjalanan untuk bergelar seorang guru... Penuh dengan 'ranjau dan duri' yang begitu mengasyikkan..begitu menyeronokkan...

Saya pernah menyelami pekerjaan sebagai seorang 'nurse' semasa practical di Hospital Rookwood dulu...pernah juga menjadi 'Physiotherapist' sekejap...pernah jadi 'Speech Therapist' sekejap....pernah jadi 'Occupational Therapist' sekejap..pernah menyelami detik-detik cemas di bilik pembedahan hospital bersama 'the Medics'....pernah jadi 'Clinical Psychologist' sekejap masa practical di Mental Health...

Ahhhhh..saya rasa...jiwa saya tidak sesuai untuk semua itu...saya 'kurang' enjoy dengan semua pekerjaan itu berbanding pengalaman menjadi seorang guru... Menjadi guru membuatkan saya rasa 'ketagih' dan 'gian'... Haha...

Sekali jadi cikgu...mahu jadi cikgu lagi...
Dah cuba..pasti nak lagi....hehe...

Saturday, 1 August 2009

Good Morning Teacher

Salam August..

Alhamdulillah..pengembaraan menjadi 'Teacher Mahfuzah' sudah bermula... hehe..
Mengajar di salah sebuah sekolah terkenal di Jitra ni..ehem ehem..Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Darulaman. English year 2... Jarak rumah saya dari sekolah ini hanyalah 1 kilometer.. hohoho...sungguh dekat.

Berbekalkan ilmu dan pengalaman yang cetek selama mengjar di 3 buah sekolah rendah sebelum ini, inshaallah..saya boleh lakukan tugas mulia ini. Mungkin ini kali terakhir saya menjadi cikgu di sekolah rendah kerana kali ini merupakan kali terakhir cuti musim panas saya di Malaysia..

Inshaallah...tahun depan dan seterusnya saya akan balik dan tinggal di sini untuk jangka masa yang panjang..

Jadual waktu mengajar saya taklah ketat sangat..masih ada masa free yang agak 'considerable'... Tambahan pula, saya mengajar bersama cikgu Sains Form 2 saya semasa di SMK Jitra dulu.. Cikgu Rahmah..tapi sekarang beliau mengajar Sains Tahun 6... Alhamdulillah..seronok sungguh dapat pengalaman ini..

Sekian dulu..saya perlu siapakan kerja-kerja dapur FUIYO 2009 seperti merancang menu dan lain-lain lagi...Doakan saya..