Saja-saja nak kongsi...Ini adalah gambar Air Terjun Sipiso-piso di Brastagi, Medan, North Sumatera... Sungguh tinggi air terjun ini.. Piso bermaksud pisau dalam bahasa daerah Indonesia. Menurut sejarah, air terjun ini dinamakan sipiso-piso kerana pada zaman dahulu semasa kekalahan tentera Jepun di Perang Dunia Kedua, ramai askar-askar Jepun yang membunuh diri mereka menggunakan pisau di bawah air terjun ini secara beramai-ramai.

Oleh yang demikian, mayat-mayat mereka telah dihanyutkan dan tinggallah pisau-pisau yang bertaburan di dasar air terjun ini. Maka dengan ini, air terjun ini dinamakan Sipiso-piso disebabkan terdapatnya pisau-pisau yang ada di dasarnya... Begitulah ceritanya air terjun ini mendapat nama...hehe...

Hehe..gambar di bawah pula ialah suasana Cardiff di musim panas beberapa hari sebelum saya pulang ke Malaysia. Cuba teka waktu pada waktu di dalam gambar pukul berapa?? Jeng jeng jeng....pukul 9.00 malam.. dah nak dekat Maghrib tu... Saya, Izzati dan Izyan sempat bersantai di hadapan City Hall dalam perjalanan pulang ke rumah kami di Plantagenet Street.
Saya tunjuk kat ayah saya, saya suruh beliau teka pukul berapa, ayah saya jawab pukul 6 petang..hehe... Ramai yang tidak percaya.. Percaya atau tidak, pukul 9 malam yang cerah di musim panas...hehehe....
No comments:
Post a Comment