Wednesday, 5 August 2009

Let's go to the Zoo!!!

Lesson for today --> ANIMALS IN THE ZOO

'Have you been to the zoo?' 'Who have been to the zoo please raise up your hand'

'Me teacher'

'What animals you can find in the zoo?'

'Elephant'

'How to spell ELEPHANT?'

'E.L.E.P.H.A.N.T!!'

'Very good! Anymore??'

'Giraffe!!'

'How to spell giraffe?'

'G.I.R.A.F.F.E!!'

'Well done!'

Bla bla bla bla bla..........


*******************************************

Itu adalah sukatan pelajaran untuk Year 2 English untuk minggu ini. Nampak senang bukan? Tapi ia tidak semudah itu untuk mengajar kanak-kanak berusia 8 tahun dengan jumlah mereka iaitu 40-45 orang sekelas. Perasaan seronok tetap ada dalam hati ini tetapi persediaan harus dilakukan sebelum kelas bermula.

Saya mengajar English untuk 3 kelas Year 2 sekaligus. 2 Pintar. 2 Cerdas. 2 Bestari. Sehari, saya mengajar 3-4 jam. Hehe...nampak mudah kan.. Tapi nak 'control' budak-budak ni memang satu hal. Kalau tak garang, kelas tu boleh jadi macam tempat pelarian kanak-kanak. Hihihi...

Saya dah tunjuk muka garang sedari awal saya masuk kelas mengajar. Hehe...buat-buat garang aje.. Alhamdulillah senang nak control mereka. Tak hilang kawalan...

Syukur...impian untuk bergelar 'teacher Mahfuzah' berjaya untuk musim panas kali ini... Bagaimana pula untuk tahun depan??? Di manakah saya? Mungkin ini pengalaman mengajar kanak-kanak sekolah rendah buat kali yang terakhir... Tahun depan, mungkin pelajar-pelajar saya adalah kanak-kanak istimewa pula... Inshaallah..

Inilah perjalanan untuk bergelar seorang guru... Penuh dengan 'ranjau dan duri' yang begitu mengasyikkan..begitu menyeronokkan...

Saya pernah menyelami pekerjaan sebagai seorang 'nurse' semasa practical di Hospital Rookwood dulu...pernah juga menjadi 'Physiotherapist' sekejap...pernah jadi 'Speech Therapist' sekejap....pernah jadi 'Occupational Therapist' sekejap..pernah menyelami detik-detik cemas di bilik pembedahan hospital bersama 'the Medics'....pernah jadi 'Clinical Psychologist' sekejap masa practical di Mental Health...

Ahhhhh..saya rasa...jiwa saya tidak sesuai untuk semua itu...saya 'kurang' enjoy dengan semua pekerjaan itu berbanding pengalaman menjadi seorang guru... Menjadi guru membuatkan saya rasa 'ketagih' dan 'gian'... Haha...

Sekali jadi cikgu...mahu jadi cikgu lagi...
Dah cuba..pasti nak lagi....hehe...

1 comment:

  1. salam..

    bagus lah kalau Mahfuzah sudah jatuh cinta dengan kerjaya sebagai guru ini...

    cabaran yang sebenar sebagai guru akan tiba apabila sudah benar-benar memasuki profesion ini.

    Actually, mengajar memang seronok..yang buat tak best nya tu..bila banyak sangat kerja-kerja sampingan 'pengkeranian' yang sedikit sebanyak mencuri tumpuan untuk pengajaran...

    ... macam mana pun, akak nie pun dah rindu la..nak kembali mengajar kat sekolah..

    ReplyDelete