'Bila nak balik sana?'
'Dah abih dah ka belajaq?'
'Lagi berapa taun lagi?'
Soalan yang lebih ekstrem ---> 'Belajaq apa nih tak habih-habih lagi?'
Saya jawab dalam hati --> Biasala pakcik, nak jadik cikgu pun kena belajaq lama macam nak jadik dokter jugak...Kata nak jadi cikgu yang 'menggoncang' dunia...
Ohhh...itu adalah soalan-soalan wajib yang mesti ditanya apabila berada di Malaysia.. Sungguh, saya juga kadang-kadang letih menjawab soalan yang sama setiap kali berjumpa jiran-jiran sekampung dan juga sanak-saudara terdekat. Tak kurang juga soalan-soalan 'membunuh' daripada cikgu-cikgu di sekolah tempat saya mengajar seperti ini..
'Mahfuzah dah ada 'seseorang' ka di UK sana? Ceritala..'
'Bila nak 'kenduri' di rumah Mahfuzah?' ---> Erkkk..kenduri apa? Itu jawapan buat-buat tak paham soalan..hohoho....
Letih kan bila ditanya soalan-soalan sebegitu..saya serba salah nak jawab... Tua sangatkah diri ini apabila sudah menjejak 23tahun dan masih begini? Hehe..saya tak kesah sebenarnya..masanya akan tiba cuma tak tahu bila....
Oh yess...kalau orang-orang sekeliling dah tanya-tanya macam tu, itu maknanya....dot...dot..dot... Haha...
Lagi dua hari, sekolah akan bercuti menyambut kedatangan bulan berkat bulan Ramadhan. Keadaan di sekolah sekarang makin gamat dek kerana seorang pelajar Tahun 3 sekolah SK Bandar Baru Darulaman itu disyaki positif Influenza A H1N1. Semua guru mengajar sambil bertopeng. Saya tidak terkecuali..
Berbalik kepada bulan berkat, Alhamdulillah sampai juga Ramadhan tahun ini... Dan paling manis, semuanya berlaku di Malaysia bumi terchenta..
No comments:
Post a Comment