Monday, 10 August 2009

Seleranya...

Sejenis makanan yang paling saya rindu nak makan semasa saya berada di perantauan... LAKSA..

Uniknya, di setiap negeri di Malaysia terdapat pelbagai jenis laksa yang disesuaikan mengikut citarasa negeri masing-masing..yang paling special, tentunya LAKSA KEDAH..hohoho..

Tapikan...errr..perkataan 'laksa' itu sebenarnya berasal daripada bahasa Cantonise bermaksud spicy dan dalam bahasa Hokkien ia bermaksud dirty berdasarkan rupa fizikalnya..hehe...

Laksa Kedah
Saya suka laksa Kedah..lebih enak dimakan di Kuala Kedah..bezanya dengan laksa Perlis ialah, laksa Kedah ada letak 'nyioq' aka kelapa parut yang digiling. Uishh...sedap giler tuhh... Laksa Perlis pulak sedap dimakan di Kuala Perlis..memang lazat...laksa Perlis istimewanya ialah kuahnya lebih pekat daripada biasa..




Laksa Johor
Saya pernah makan laksa Johor sekali saja...itupun masa Kak Faezah buat kat Cardiff..laksanya guna spaghetti...kuahnya daripada udang yang dikisar halus..erm..suka jugak... Sebenarnya saya kurang faham kenapa laksa Johor guna spaghetti... adakah itu makanan berasal dari Johor originally atau di'renovate' mengikut citarasa rakyat Johor..entahlah..saya tidak pasti..
Janji sedap...


Laksa Kelantan/Terengganu/Laksam
Oh oh..ini laksa memang sedap kerana kuahnya sangat pekat dek dicampur dengan santan...sungguh berlemak...lazat berkrim...dimakan dengan tangan mengikut tradisi rakyat di sebelah Timur sana... Yang pasti, saya suka laksam ni...



Laksa Sarawak
Ini laksa memang terbaekkkk....saya makan laksa ini semasa berkunjung ke Sarawak dan Sabah pada tahun lepas.. Memang tidak dapat dinafikan, sungguh sedap...sesiapa yang tahu masak laksa ni..silalah masak untuk saya kerana saya teringin untuk makannya sekali lagi... Allah....


Laksa Melaka
Hehe...laksa ni saya makan secara kebetulan kerana kawan baik saya Pija yang belanja...hoho..erm... Boleh tahan..uhuk uhuk...

No comments:

Post a Comment