Jam tepat menunjukkan pukul 7.30 petang. Masih cerah. Musim panas di UK. Keretapi dari Cardiff selamat tiba di Charlbury, Oxford. Beberapa langkah menuruni anak tangga keretapi, terlihat seorang wanita berambut putih melambai-lambai ke arahku dari suatu sudut stesen keretapi Charlbury.
Oh ya! Beliaulah Dr Lizzie, daku meneka-neka. Beliaulah 'host' untuk percutianku di sini. Kami berdakapan dan mengucapkan selamat. Kami berlalu pergi menaiki kereta beliau menuju ke rumah.
Jalan-jalan yang dilalui agak berbukit dan kelihatan sungguh tenang. Tidak banyak kereta. Kiri dan kanan dipenuhi padang-padang hijau kekuningan yang saujana mata memandang. Sayup sayup.
Setibanya kami di rumah, kagum melihat sebuah rumah batu yang berusia ratusan tahun itu tersergam indah menghadap sebuah taman bunga yang luas dan rapi. The Protestant House. Rumah itu dipisahkan dengan sebuah gereja Methodist oleh sebuah pagar tumbuh-tumbuhan. Klasik. Sungguh mengasyikkan.
Lizzie ialah seorang pesara Pakar sakit jiwa. Umur beliau 78 tahun. Kaget sebentar mendengar umur beliau yang sungguh berbeza dengan penampilannya. Beliau sungguh aktif, cergas dan bertenaga. Kelihatan masih muda dari usia sebenar. Beliau tinggal seorang diri di rumah itu yang dibelinya kira-kira 20 tahun yang lalu. Kata beliau, mahu menghabiskan sisa-sisa hidup di rumah yang tenang dan jauh dari kesibukan kota.
Malam itu, kami menikmati hidangan makan malam yang 'simple'. Dan kemudian kami keluar berjalan-jalan melihat sekitar kampung Inggeris itu.
Suasana di Kampung Stonesfield itu sungguh nyaman. Hanya bunyi kicauan burung yang kedengaran. Kampung itu telah wujud sejak ratusan tahun dahulu. Binaan rumah-rumah semuanya klasik dan tradisional. Kagum.
Dr Lizzie memperkenalkan tanam-tanaman di halaman rumahnya yang luas. Satu persatu. Raspberries, cherries, apple, carrot, mint herbs, garlic, poppy, ginger dan banyak lagi yang tidak mampu diingat. Kagum sekali lagi.
Beliau sangat suka berkebun. Di usianya yang lanjut, beliau masih lagi aktif dan cergas. Sihat.
Okay..tamat cerita hari pertama di Oxford.
Bingung mau ngapain? mendingan main games online bareng aku?
ReplyDeletecuman DP 20rbu aja kamu bisa dapatkan puluhan juta rupiah lohh?
kamu bisa dapatkan promo promo yang lagi Hitzz
yuu buruan segera daftarkan diri kamu
Hanya di dewalotto
Link alternatif : dewa-lotto.name