Saturday, 18 September 2010

the feeling of kemanisan!!

Kehidupan sebagai seorang guru kembali lagi..

Kalau ikutkan hati..mahu saja saya melompat ke bulan May 2011!! Tidak sanggup nak tempuhi semua ini di Cheras tanpa kehadiran keluarga di sisi.. hadoii..

Ok ok sebenarnya..bukanlah itu yang nak di highlightkan..tapi rasa nak duduk kat rumah tu belum..the feeling you know.. the feeling of kemanisan rumah..

Masa saya kat rumah, saya rasa gembira dan bahagia..dapat teman bergelak ketawa dengan mak dan adik bongsu saya..hehe.. Alhamdulillah ada teman bergelak ketawa walau di mana saya berada.. Ada-ada saja perkara yang dibualkan menjadi bahan ketawa beramai-ramai..gembiranya daku..

Oh nanti kena cari suami yang boleh saya ketawa lah!! Saya tak boleh hidup bahagia tanpa senyuman dan ketawa kerana itu adalah sumber kebahagiaan..hehe...Perlu ingatkan diri sendiri..tak boleh berlebihan sangat bila ketawa..sekarang ketawa saya boleh dikawal kalau dibandingkan dengan sebelum ini..hehe

Masa saya kat rumah..saya akan jadi driver mak saya..kemana sahaja dia pergi walaupun pergi ke kedai runcit!!! Mula-mula seronok tapi kalau dah setiap hari..hadoii..merungut jugak saya kat mak...ngehehe..tapi gembira je sebenarnya..sebab dapat buat sesuatu yang menggembirakan mak saya!!

Masa saya kat rumah..pegi mana-mana je mesti akan dipanggil cikgu oleh budak2 yang tinggal sekampung ataupun bila saya ke bandar Jitra membeli belah!! Mana taknya..kat sekitar Jitra ni..saya pernah mengajar di 5 buah sekolah sebagai cikgu ganti dan cikgu ROS!! hehe..

Okay okay...kena jaga peribadi dan akhlak sebab kebanyakan orang dah kenal saya sebagai cikgu.. Di IPIK Cheras, kami bakal guru diajar untuk berakhlak mulia..tak sebut perkataan yang sia-sia walaupun sikit..jaga personaliti dan pakaian.. mesti selalu tolong orang yang di dalam kesusahan dan perlu patuh perintah agama...

Ya, saya akan ingat semua itu...itu prinsip yang bagus untuk diiukuti kan..

Seronokkan kalau jadi cikgu!? Ramai orang kenal sekaligus mendidik kita untuk berakhlak mulia kerana orang disekeliling kita sentiasa memerhatikan tingkah laku kita.. Dan perlu diingat, kita berakhlak mulia bukan kerana orang pandang kita..tapi itu juga boleh dijadikan asbab untuk kita amalkan peribadi mulia..

Manusia ni punya hati yang berbeza..mungkin cara itu kurang berkesan untuk sesetengah orang namun sangat berkesan untuk orang yang lain...Ambil kesempatan untuk beramal walau dengan apa cara sekalipun!! YEah!!

Hati manusia senang berbolak balik..sebab itu kadang-kadang iman kita tidak stabil.. ada turun naiknya.. sebab itulah kita perlu ada enzim pemangkin untuk terus menjaga HATI dan IMAN!!

Enzim dan pemangkin tu boleh terdiri daripada pelbagai bentuk! Gunalah sebaiknya! Kita diberi akal untuk berfikir.. Yakin dengan kuasa Allah!!

Okeh!!
Hoh..letihla bila fikirkan pasal homework nih!!

Doakan saya!!!

No comments:

Post a Comment