hah!! hah!!


Esok kena balik KL untuk menyambung pengajian menjadi guru..Aduh..kalaulah masa dapat dipercepatkan... Kalaulah semua ini dapat berakhir dengan baik secepat mungkin..Kalaulah..Kalaulah..
Okay okay.. ada orang bagitahu saya, tak baik kalau kita cakap kalau kalau kalau... sebabnya..setiap perkara yang berlaku itu ada hikmah disebaliknya.. Pasti ada..setiap perkara yang berlaku atau setiap benda yang diciptakan Allah tidak ada yang sia-sia.. Semuanya ada manfaat..
Oh mari menggeledah gambar-gambar raya untuk post kali ini..
Raya tahun ini disambut meriah dengan snaak-saudara di Malaysia..Oh sudah tentu suasananya berbeza semasa saya di UK dahulu.. Kedua-duanya ada keistimewaan tersendiri..
Masa pagi raya di UK dulu, pagi-pagi saya bangun awal masak ketupat palas segera yang dibawa dari Malaysia untuk dimakan bersama serunding yang juga dibawa dari Malaysia.. Masa tu ada ramai junior kat rumah saya yang baru dua hari datang UK dari Malaysia.. huhu..ada yang nangis ada yang tak.. Saya..seperti biasa, tunjukla muka cool..tak nangis..hehe..
Pengalaman beraya di UK specifically Cardiff adalah sesuatu yang sangat menyeronokkan..lepas solat raya di Cardiff County Hall atau Islamic Centre, kami bergambar beramai-ramai dan kami akan pergi makan2 kat restoran halal..hehe..ye ke..tak lah..itu budak lelaki.. kami budak-budak perempuan akan balik rumah dan bergembira sesama kami... Esoknya..dah start kelas... huhu..raya sehari je..
Tapi...weekend yang berikutnya, kami akan diundang ke rumah-rumah terbuka warga Malaysia di Cardiff.. huishh..banyak..sampaikan ada 5 open house satu hari.. tak larat.. Tapi seronok.. Open house akan berlanjutan sehingga sebulan..dan kadang2 lebih dari sebulan..hehehe..
Ok ok..jom cerita beraya di Malaysia pula..
Kat sini..semuanya dikelilingi saudara mara.. Besttt... warna warni.. Setiap kali tiba hari raya, semua pakcik-pakcik akan balik rumah kat kampung dan berkumpul bersama.. Ni semua pakcik pakcik sebelah ibu saya.. Keluarga Ku.. kenapa keluarga Ku?? Sebab sebelah ibu saya berketurunan Ku..entah dari mana datang pun saya kurang pasti.. Apa yang pasti, kami sekeluarga berketurunan dari Siam Pattani.. hehe...
Yang istimewa kali ini..kami bergambar sakan di tepi bendang arwah tok wan Ku Yahaya Ku Hamid.. oh padinya begitu menguning..naseb baik belum diambil..kalau dah ambil, mesti tiada lah gambar padi itu.. hehe..
Mari kita lihat gambar..

di tepi bendang

keluarga besar kami..The Ku's family..
ni masa raya kat UK...
bergambar beramai-ramai depan City Hall Cardiff selepas solat raya..
No comments:
Post a Comment