Tuesday, 7 September 2010

Oh Tidak!!

.Ramadhan kian berlalu..terasa juga kesayuan hati apabila Ramadhan kali ini bakal pergi.. Harapan saya semoga saya sempat bertemu Ramadhan yang lagi satu..dan harapnya Ramadhan tahun hadapan bakal menjadi yang lebih baik dari tahun ini..oh oh..saya merasakan di Ramadhan kali ini, saya kurang bersemangat.. Inshaallah perkara itu akan dibaiki selagi Ramadhan belum pergi..

Hari hari kini sibuk bertemu dengan orang perseorangan dalam bidang Pendidikan Khas yang dicintai..Saya mengatur pertemuan dengan Penolong Pengarah Unit Pendidikan Khas di Jabatan Pendidikan Negeri Kedah dek kerana kata hati yang ingin tahu dengan lebih lanjut tentang sistem Pendidikan Khas di Kedah khususnya..

Alhamdulillah penenerangan yang diberi oleh Tuan Amran selaku personnel di Unit PKhas cukup mengujakan saya.. Banyak senarai sekolah PKhas yang hebat di Kedah diberi kepada saya untuk saya pertimbangkan bila 'posting' kelak..hehe...

Saya juga sempat berkunjung ke beberapa badan NGO yang terlibat secara langsung dengan Unit Pendidikan Khas di JPN seperti Persatuan Autisme Kebangsaan Malaysia (NASOM) dan Rumah Sinar Harapan untuk kanak-kanak khas di Alor Setar..

Oh ya..saya juga sempat melawat Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK) Kedah yang terletak di SK PKhas Alor Setar.. Syaa bertemu dengan Cikgu Munshi selaku wakil tunggal 3PK Kedah..waduh waduh..beliau beria-ria mahu saya berkhidmat bersama beliau selepas saya tamat KPLI nanti.. Kata beliau, 'saya tak mampu nak jaga 3PK ni sorang2 apatah lagi saya bukanlah lulusan tulen dalam bidang PKhas ini..saya major dalam Masalah Pendengaran saja..Untuk Masalah Pembelajaran, kita memang amat perlukan orang seperti Cik Mahfuzah..'

Hadoii... saya mahu ke Putrajaya la Cikgu Munshi..saya mahu ke sana dulu baru pulang ke Kedah beberapa tahun selepas itu..hadoii...

Yang lebih menakutkan..Cikgu Munshi siap cakap.. 'Saya kan berhubung dengan Puan Liyana Gan (Ketua 3PK seluruh Malaysia di Putrajaya) supaya hantar Cik Mahfuzah ke sini untuk sama-sama memajukan Pusat 3PK Kedah ni...'

Hadoi..hadoi..haru haru.. Mahu saja saya katakan kepadanya.. 'Cikgu Munshi, saya ada perancangan lain cikgu...Masa depan saya dalam bidang PKhas..saya mahu ke Putrajaya terlebih dahulu..saya akan pulang ke Kedah apabila tiba masanya..Pasti..!!'

Dan mahu juga saya katakan kepadanya..' Cikgu Munshi..saya juga memikirkan masa depan saya bersama suami..hok hok hok.. Suami saya bakal bekerja di Selangor..jadi..hok hok hok..jadi eloklah kiranya saya mengikut suami bekerja di sana instead of balik Kedah dan bekerja bersama Cikgu Munshi..huk huk huk...'

Harap-harap saya dapat bekerja di Pusat 3PK di Putrajaya..oh marilah doakan saya..supaya saya dekat dengan bakal suami saya..huk huk huk..ok ok..ni pengakuan terhebat yang pernah saya luahkan di blog ini..

Oh kata Cikgu Munshi lagi... 'Tapi..di Putrajaya pun Puan Liyana kata diorang perlukan seorang lagi Occupational Therapist macam Cik Mahfuzah ni.. hari tu kami ada meeting pasal ni..oh betul-betul Cik Mahfuzah diperlukan di Putrajaya sebab mereka perlukan OT kat situ.. Takpa-takpa..saya akan cuba tanya Puan Liyana kalau dia boleh negotiate benda ni..' waduhhh...apakah diri ini bakal dijadikan seperti bola..dihantar ke sana ke mari tanpa persetujuan!! Oh tidak tidak..saya mesti bertindak!!

Saya akan cakap pada Puan Liyana..saya akan ke Putrajaya...tolonglah..tolonglah Puan.. harap-harap rayuan ini diterima..

Okay cerita bersambung.. ayah saya ajak keluar la pulak malam -malam begini...

No comments:

Post a Comment