Friday, 29 October 2010

rerumputan yang hijau..

saya sekarang sedang menghirup air coklat panas Whittard di bilik di rumah di Kedah..sambil menyaksikan pemandangan hijau rerumputan di luar tingkap..heheh..

sedapp..dan menenangkan apabila dapat menikmati saat-saat indah seperti ini di rumah..huhu..

mari kita berbicara tentang sesuatu yang lebih kritikal di sini..dalam hidup ini, jangan kita berhenti berfikir..kerana berfikir adalah satu nikmat.. aktifkan minda anda.. jangan malas berfikir ok!

saya punyai ramai kawan-kawan perempuan yang belajar di luar negara hasil tajaan kerajaan..dan yang sewaktu dengannya..

ketika ada masa terluang, kami semua akan berkumpul dan berbual-bual tentang masa depan.. kalau jauh di perantauan, siapa lagi tempat meluahkan perasaan kalau bukan kawan-kawan..hehe..

ada antara mereka yang begitu komited dengan pelajaran sampai tidak mahu bergaul dengan rakan-rakan lain dalam aktiviti sosial di luar negara. Saya kurang bersetuju dengan konsep belajar untuk kepentingan akademik ini..

mengikut falsafah pendidikan kebanggsaan.. (cee wahh..dah boleh berbicara tentang falsafah sekarang setelah belajar teori-teori pendidikan..ehe) belajar haruslah seimbang dari segi intelek..emosi..sosial dan rohani.

ok ok..

Saya teringat akan musim sejuk yang bakal menyelubungi Cardiff dan seantero UK tak lama lagi..begitu saya merindui saat-saat berselubung di dalam duvet untuk mengatasi kesejukan melampau hehe.. seronok-seronok.

Kehidupan di dalam duvet sangat menggembirakan..hehe..

ok ok baiklah..saya akhiri entry kali ini begitu saja.. lain kali sambung lagi dengan cerita lain pula..



No comments:

Post a Comment