Wednesday, 28 January 2009

'Kakak sayang ayah'

Alhamdulillah...Semangat yang kian pulih..

Placement di Community Mental Health ni banyak mengajar erti sebuah perasaan dan kesihatan pemikiran..

Kalau lihat pesakit-pesakit yang datang untuk sesi kaunseling di Link Centre, lagi rasa bersyukur kepada Allah..lagi rasa tenang bahawa ketidaktenangan fikiran ku hanya sekelumit perasaan yang hanya ujian... Mereka lagi hebat diuji oleh-Nya... Betapa aku bersyukur... Alhamdulillah...sekurang-kurangnya jika tidak tenang, aku tidak menyalurkan dengan cara marah, merosakkan barang atau mencaci cerca dengan kata-kata nista... Alhamdulillah lebih banyak aku bermuhasabah dan zikrullah... Allah Maha Kaya... Dia ingin aku bersama-Nya...Dia tahu aku perlukan-Nya....

Aku akui blog ini kadang-kadang menjadi tempat luahan persaan itu...tapi alhamdulillah setakat ini aku tidak mencaci sesiapa di blog ini...Semoga Allah kuatkan imanku....

Hurm...hari sudah semakin ceria....semakin seronok....semakin bahagia... Placement di Link Centre juga semakin menarik...semakin 'exciting'...... Seronok dapat join session with Community Psychiatry Nurse, Psychiatrist, Social Worker, Clinical Psychologist dan juga Occupational Therapist yang sangat 'helpful'..... Aku juga menjadi semakin ramah dengan mereka walaupun pada hari pertama tidak banyak bicara... Haha...Adaptation to the environment...

Alhamdulillah...syukur...syukur..syukur... Ketenangan jiwa datang dari Allah...

Berborak dengan ayah semalam...Lama sangat..Ayahku yang menenangkanku...Kata-katanya sungguh lembut..'Ayah, kakak nak balik...'

'Ayah, kakak penat sangat 2,3 hari ni...banyak sangat benda berlaku...bla..bla..'

'Kakak, cuba tengok patients kat tempat kakak placement tu..lagi sedih kan..lagi banyak masalah...lagi susah hidup..macam-macam...bla..bla...bla...bla..'

'Tapi ayah....bla..bla..bla..'

'Okay, kakak rehat dulu..ni mesti penat sangat ni...tidor awal malam ni esok bangun awal pastu mandi tau..bla..bla bla.....'

Perbualan berakhir....

Seronoknya dapat cakap dengan ayah...Lelaki yang aku kagumi...lelaki yang aku hormati..lelaki yang aku rapat..lelaki yang memahami perasaan anak sulungnya ini...lelaki yang tegas tapi lembut hatinya...mudah menangis kerana anak sulungnya ini...susah untuk berpisah dengan anak sulungnya ini...

Anak sulungnya juga begitu..cukup sensitif apabila bercerita tentang dia..mudah rindu..mudah menangis... Sampai hampir setiap malam aku bermimpi ayahku...

'Kakak sayang ayah'

Monday, 26 January 2009

Hanya Tuhan saja yang Tahu

Entahlah...tak mampu lagi untuk tersenyum...

Sejak 2,3 hari ni, selalu mengalami mood swings..kejap ok...kejap tak ok....kejap seronok...kejap sedih...kejap rasa semua orang salah..kejap rasa diri sendiri yang salah...

Kenapa..?? Kenapa...???

Sakitlaa.................
Tak semangat lagi....

Tak de semangat lagi untuk jadi 'manager' NISE09....lepas first meeting hari tu...
Entah..orang macam tak peduli saja...

Biarlah....aku malas...Asyik aku saja yang fikir...Orang bukan kesah pun...

Malas..malas..malas....

Jarang sekali aku berperasaan macam ni...selalu semangat yang hilang pulih kembali setelah beberapa jam selepas kejadian yang tidak diingini berlaku..tapi kali ni lain pulak...Sudah beberapa hari dah ni...

Tak suka la..!!!! Benci la!!!! Tak nak lagi perasaan macam ni...... Tak semangat.. Mahfuzah bukan orang yang macam ni..

Mahfuzah...Mahfuzah...Mahfuzah...
Mungkin Mahfuzah yang akan datang tak seceria lagi macam Mahfuzah yang sebelum ini...
Mahfuzah dah hilang semangat...
Mahfuzah dah tak ceria lagi....
Mahfuzah depress...
Mahfuzah stress....
Mahfuzah jadi semakin sedih dari sehari ke sehari sejak hari Jumaat yang lalu...
Mahfuzah selalu nangis...
Mahfuzah selalu sembunyikan perasaan sedihnya...
Tapi sekarang Mahfuzah sudah tidak mampu lagi...
Mahfuzah nak nangis..
Mahfuzah buat-buat gembira...
Mahfuzah pura-pura tak ada apa yang berlaku...
Tapi sebenarnya...
Hanya Tuhan saja yang tahu....

Bilakah semua ini akan berakhir??
Kenapa Mahfuzah emosional sangat??

Mentally retarded

Community mental health

First day, 9.15am
Induction meeting for the first day. Round and about in the centre.

Meet first patient --> Sheila (not real name)
Married with an 18-month infant daughter
Disabled student in university
But she is physically able - sounds confident, elegant and brilliant.
But not all problems are physical.
She has mental problem - coping with anxiety and relationship problems with her mum
Being raised up in the environment where her mum verbally abused her.
Looking forward to meet with her tutor from university regarding her mental problem that associated with academic problem.
Kesiannya dia...

Afternoon,
Meet second patient --> Robbie (not real name)
Sedang berusaha untuk berhenti minum...so he avoids meeting with his friends. Feels quite isolated - needs friends to share the same interests.
Sleeping problem - insomnia. Lack of motivation.
He is nice, neat and tidy. Loves outdoor activities, loves nature, loves art...
Good insight and has realistic goals towards what he wants to do in life.
Benefited from Disabled Living Allowance
Looking forward to get involve in voluntary work as soon as possible..
Mulianya hati dia...

Tasks :
Assessment with Robbie - initial interview, write up case report and plan intervention for him. Next meeting with him in 2 weeks time.

Tired..

Sunday, 25 January 2009

Berapakah harga syurga?

....Sedih...Depression....Stress...

Tak tahu kenapa

Inilah susah senang menjadi seorang perempuan..hormonal problem..Tapi kata ustaz, orang perempuan sangat senang masuk syurga.

Betulkah kebenaran ini. Bukankah syurga itu mahal harganya? Apa yang harus aku buat. Kadang-kadang amalan aku untuk akhirat tak istiqamah. Tak macam orang lain. Aku tidak pernah yakin.

Tapi ustaz cakap lagi, berdoalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah akan makbulkan semua doa kita dengan syarat kita berdoa bersungguh-sungguh..

What I've been looking for...Syurga itu mahal...Berapa harganya? Mampu tak aku nak beli? Cukup tak nak beli dengan duit gajiku sebagai guru nanti?

Saturday, 24 January 2009

Itulah Kerusi Idamanku

"Fuzah, nanti bagi resepi 'Chicken Lemon' kat Anis ye", bicara Anis Liyana yang sangat manis orangnya.

"Kak puja, bagilah resepi 'Chicken Lemon' cepat-cepat sikit", rayu seorang junior di University of Surrey yang pernah melawat bilikku yang me
rah ini suatu ketika dulu.

"Fuzah, share la resepi ayam lemon tu dengan kite", ucap junior OT ku yang bernama Dayang Nur Hadziah orang Sarawak yang baru berjinak-jinak belajar memasak. Hehe..

"Fuza..Fuza...masakla 'Lemon Chicken' esok, dah lama Fuza tak masak. Rumah kita asyik makan Beriyani Ayam Kak Yati je sejak 2 hari lepas", kata Kak Faezah, seorang housemate ku yang selalu 'membuli' ku...Hehe..(termasuklah juga Kak Yati sebenarnye..hihi)

Aahhhh!!! Kata-kata yang mencabar minda...physical dan emosi..

Aku harus bertindak..Jadi hasilnya..nak masak 'Lemon Chicken' untuk lunch pada hari ini selepas balik dari Kuliah Tafsir Al-Quran di Darul Isra' pagi ni.

Tungguuuu...

Oh yess..bilikku mendapat perabot baru lagi..ahah!!! Side table dan Kerusi malas PELLO dari IKEA....kerusi impianku..kerusi yang menjadi idamanku.. Maka, kerusi ini bakal menjadi saksi bahawa aku akan lebih bersemangat untuk membaca buku sambil bersandar dengan selesa..inshaallah..

Aku akan habiskan buku 'Essential Psychiatry', 'Psychosocial in Therapy Intervention' dan 'Occupational Therapy in Mental Health' di atas kerusi malasku ini sambil mendengar lagu-lagu nasheed untuk NISE09 nanti.

Dan juga kerusi ini bakal mencatat sejarah apabila menjadi kerusi paling berguna/bermakna sepanjang tahun 2009. Kerusi ini yang berharga kurang dari GBP40, berwarna birch, 'cushion' yang empuk bakal menjadi 'pot' baru untuk
membaca Al-Quran 3 helai setiap hari. 'Pot' baru juga untuk menonton TV dan berita. 'Pot' baru untuk berehat setelah penat mengayuh basikal pulang dari sekolah dan lain-lain lagi yang dikira sesuai.

Sila beri pendapat anda setelah melihat kerusi malas saya ini. Adakah anda fikir kerusi malas saya sangat selesa?

Di bawahnya adalah side table yang saya beli juga di IKEA..murah saja.Walaupun masih dalam mode berjimat cermat kerana duit KPM belum masuk,namun hati yang memberontak membuatkan tindakan bergerak selari dengan pemikiran..hehe..boleh pakai ke ayat ni..


Aku yang menangis

Aku bertanya..
Kenapa mereka berfikir seperti itu?
Adakah aku tidak layak?
Adakah aku tidak mampu untuk bersama mereka?

Aku bertanya..
Kenapa aku dipinggirkan?
Adakah aku tidak berilmu seperti mereka?
Adakah aku orang yang lemah?

Aku menangis..
Kenapa aku menangis?
Aku banyak kekurangan..
Aku selalu lupa..

Aku menangis..
Kenapa aku terus menangis?
Aku tidak istiqamah..
Aku lemah..

Aku berhenti menangis..
Kenapa?
Kerana Allah di sisiku..
Kerana Dia sentiasa bersamaku..

Aku tidak lagi menangis..
Kenapa?
Kerana rahmat Allah di mana-mana..
Semua yang berlaku adalah ujian dan ketentuan..

Adakah aku tidak bersyukur??
Bacalah Al-Waqiah setiap kali selepas Subuh dengan ikhlas
Bacalah Al-Mulk dan As-Sajadah setiap kali sebelum tidur dengan khusyuk
Bacalah dan fahamilah
Fahamilah dan hayatilah
Kalam-Nya
Kerana Dia-lah yang mengaturkan segalanya..

Friday, 23 January 2009

Pictures of Me

Adeih..

Kadang-kadang terfikir jugak, seronok dan tak sabar untuk bergelar seorang guru. Mengajar kanak-kanak yang masih belum tahu erti hidup. Riang dan gembira. Selalu saja aku sengaja menelefon ibuku yang seorang guru Tahun 1 di sekolah di Malaysia. Pagi-pagi pukul 9 atau 10 pagi telefon masa dia tengah mengajar. Haha, seronok mendengar celotehnya bersama anak-anak muridnya. Terbawa-bawa dalam perbualan telefon bersamaku. Kelakar sangat. Hehe.

Bagiku pengalaman mengajar kanak-kanak sangat seronok. Bahagia. Mereka tekun mendengar umpama guru mereka adalah segalanya. Diam. Ikut apa saja kata guru walaupun kadang-kadang mereka mencelah. Celoteh mereka membuat aku sering tertawa. Kata-kata guru terbawa-bawa sehingga ke rumah. Semua yang cikgu cakap semua betul. Haha.

Apa yang istimewa, mereka tidak pandai untuk protes kepada guru mereka. Sepanjang pengalamanku mengajar secara sambilan, tidak pernah aku terasa hati dengan pelajar-pelajarku. Mereka membuatku bahagia. Tersenyum sendiri.

Aku semakin gian untuk kembali menjadi guru sambilan di waktu cuti musim panas tahun 2009 nanti. Apatah lagi tiket balik ke Malaysia sudah dibeli. Aku tak kesah walaupun gaji guru sambilan adalah RM45 sehari, pengalaman lebih bernilai bagiku. Aku tak sentuh pun lagi duit gaji menjadi guru sambilan musim panas tahun lepas. Biarlah ia menjadi kenangan.

Kerjaya yang aku rasa paling membahagiakanku..ialah menjadi guru. Aku tidak kisah walaupun orang kata kerjaya sebagai guru tidak memulangkan hasil yang lumayan. Apa guna duit berjuta-juta sebulan kalau kita hamba kepada kerja. Apa guna gaji lumayan jika tiada masa untuk beribadat kepada Allah. Apa guna harta dunia kalau hidup tidak bahagia. Walau kadang-kadang aku merasa rendah diri kerana hanya menjadi seorang guru, tapi kekuatan itu datang semula - semuanya dari Allah.

Aku meletakkan diriku 10 tahun akan datang, berkeluarga - aku sebagai seorang isteri kepada suamiku dan ibu kepada anak-anakku (erm..mungkin dah 3 orang kot masa tu..ahaha..itu semua ketentuan Allah, itu impianku). Keluarga adalah 'priority' utama dalam hidupku di samping mempunyai kerjaya. Keluarga adalah kebahagiaan. Kerjaya adalah kepuasan. Tiada yang lebih yang aku doakan selain itu. Masa untuk mencurah kasih sayang terhadap keluarga dan masa untuk mendidik dan mengajar anak-anak sebangsa dan seagama. Seiring. Semua itu adalah perkara yang sangat aku impikan.

Semoga Allah meletakkan sesuatu yang terbaik bagiku.

Thursday, 22 January 2009

What I've been looking for....

This feeling like no other..
I never had someone..the one like you..the way you do..
So..finally I found...
What I've been looking for..

Seems that 10/10/10 will come true..
Ahah!!!

Monday, 19 January 2009

Saya di'Tag'

Baiklah junior OT ku yang disayangi..ngengenge..

The rules as follows:
a) List down 5 of the products that you are boycotting
b) List down 5 of the products that you will try your best to boycott
c) List another 5 of the products that you find it's hard to boycott

5 PRODUCTS I AM BOYCOTTING

1. Coca Cola - Saya sememangnya tidak minum sebarang minuman bergas di mana-mana sahaja. Alhamdulillah..air kosong itulah peneman tekak di kala kehausan..tak pun teh susu kegemaranku di kala kesejukan.

2. NOKIA - Handphone saya sekarang ialah Sony Ericsson...tak minat nak beli iPOD kecuali dapat FREE. Kepada junior OTku yang pakai iPOD, iPOD support Israel..baik jangan pakai...haa..haa..tak tahu....

3. Starbucks - saya bukanlah peminat coffee..saya adalah peminat tea..sebut saja semua jenis tea, semua pernah rasa..mango tea, strawberry tea, honey tea, japanese tea, BOH tea, Teh LIPTON, teh cap Sultan termasuklah juga teh kundur kesukaan junior OTku..

4. Mc Donald's - Saya lebih suka makan kebab sekarang. Kebab lebih enak rasanya daripada burger Mc D. Lebih-lebih lagi kebab dari kedai Merah.. Kalau teringin nak makan ayam atau burger, Benny's Chicken di Albany Road adalah kegemaranku. Chicken Cottage pun sedap tapi lagi sedap kalau ada orang belanja..hehe..

5. CLINIQUE - Sebab saya boikot brand ni adalah kerana ia sangat mahal..hehe...lagipun, Neutrogena sangat sesuai dengan kulit saya walaupun tidaklah sehalus mana..Alhamdulillah cukuplah sekadar menjaga anugerah Allah ini sebaiknya, tidak sampai membazir duit.


5 PRODUCTS I TRY MY BEST TO BOYCOTT

1. Maybelline New York- Susah jugak ni..baru je beli mascara masa boxing day hari tu..tapi inshaallah lepas habis je liquid foundation dan mascara yang saya guna sekarang, saya akan beralih ke RIMMEL London... Kerana nyawa rakyat Palestine begitu berharga...

2. Kotex - Kalau kat Malaysia jenama ini sangat best, but kat sini tak de pun. Takpe, nanti boleh beralih ke Whisperrrrrr.....



5 PRODUCTS THAT I FOUND HARD TO BOYCOTT

1. Maggie - Ini yang paling susah ni...MAGGIE sangat menggoda bagi saya..Maggie perencah kari, ayam dan asam laksa yang sangat mudah didapati di kedai Cina tepi jalan tu. Haisshh..kena beralih kepada Indo Mee ni..tak pun...erm..KOKA yang mudah dibeli di kedai ayam bersih 'SYEEMAL' di tepi jalan sana.

2. Nestle - Banyak product syarikat ni yang saya makan/minum sampaikan tak tahu pun itu under syarikat Nestle. Tapi saya akan cuba.



Ohh..saya pun nak tag orang lain juga ni...bersiap sedia okay..mereka ini dipilih kerana mereka selalu view blog saya dan kerap memberi komen..hehe...

1. Maisyarihafiza
2. Husniyah
3. Anis Liyana
4. Sandra Abi
5. Kak Azzyati [Manchester]

The ?????? [Smile]







Sunday, 18 January 2009

Lost.Time.Plenty.Kills.

Kelapangan yang membunuhku

Aku mengakui kata-kata itu benar. Bosan kerana tiada apa yang aku perlu lakukan ketika ini. Banyak yang sudah diselesaikan sebenarnya. Perasaan terganggu.

Patchwork text 2 dah siap sebulan yang lepas. Hantar hari Jumaat ni. Tunggu Joanna betulkan grammar. Esok baru nak discuss kat mana yang grammar salah. Esok lunch dengan Joanna kat concourse Heath Hospital. Discuss kat library.

Sekrang ni, aku saja nak sibuk. Penat menyibukkan diri dengan perkara yang aku saja sibukkan. Seronok sibuk. Bosan bila ada kelapangan.

Lepas solat, asyik baca Quran, sampai kan sehari dapat habiskan 2 juzuk. Seronok. Rasa tenang. Dah tak tau nak buat apa. Kelapangan yang membosankan.

Sibuk saja-saja menawarkan diri menjadi Manager untuk TeamCardiff untuk NISE09. Hehe..seronokla..tahun lepas rasa jadi penyanyi..tahun ni jadi manager la pulak. Tahun depan...erm..belum fikir lagi...

Sibuk mencari idea memasak.. Ayam Sekilas Pandang dah dapat. Esok-esok nak try ayam yang boleh dimasak bersama asam pulak ke..ayam masak bersama madu ke. Oh yess..kambing 3kilo belum bakar lagi. Orang-orang yang akan merasa dulu sudah pasti la housemates ku yang disayangi. Bertuah mereka mendapat housemate seperti aku yang banyak masa lapang dan suka memasak ni..hehe..

Sibuk dengan buku. Sudah beberapa buku 'bed time story' yang ku habiskan termasuk buku-buku motivasi. Ditambah lagi dengan membaca blog-blog dan artikel ilmiah di laman internet. Isu Palestine. Isu pilihanraya kecil Kuala Terengganu. Isu Fiqah. Dan macam-macam lagi. Perasaan sekali lagi bercampur. Hati tersentuh berkali-kali.

Sibuk dengan menonton rancangan TV kegemaran Malaysia di TV3. Tapi tak minat dengan youtube. Tak tahu kenapa. Takut kot. Tak suka menonton filem-filem picisan Melayu walaupun mudah didapati di layar maya. Hanya suka filem-filem yang sudah ada sequel..dan famous. Entah, tak minat sangat dengan cerita-cerita seperti itu. Bosan.

Dua minggu lepas beli mesin jahit. Saja beli sebab nak menjahit apa-apa yang patut dan mengisi masa lapang. Tapi bila dah beli, kainnya takde la pulak. Takpe..nanti aku guna la kain cadar yang mana aku tak nak guna tu buat sample jahitan. Basic menjahit ada la sikit-sikit. Cumanya....tak pakar...

Pernah beli set 'Origami' untuk practice di dalam bilik di kala kebosanan. Susah la kalau asyik tak dak benda nak buat. Set 'Card Making' pun dah beli. Habis dah semua kertas dan card dalam tu digunakan untuk membuat hiasan sendiri dan dihantar ke Malaysia. Dah berpuluh kot.

Bilikku yang merah ini besar keluasannya. Nampak lapang. Nampak kosong. Sekosong hatiku. Sekosong jiwaku. Sekosong...sekosong....sekosong.... Semuanya kosong. Apa yang penuh??? Hanya air teh susu di dalam gelasku yang masih penuh.

Undefined feeling~ Seronok bila lapang. Tak seronok bila lapang. Seronok bila ada kerja sekolah. Tak seronok bila ada kerja sekolah.

Tak sabar menunggu placement ku yang bakal bermula Isnin minggu hadapan. Semoga placement ku dapat menghindarkan aku daripada segala kelapangan yang ada sekarang. Menghilangkan segala kebosanan kelapangan.

Bosan kerana lapang. Bosan dan terus bosan. Tidakkah aku mengambil iktibar dari Surah Al-Asr????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????

I was lost!! Lost in the time. Time is plenty.

Plenty time kills me.

Hati yang disentuh..

Tegakkan Islam dalam dirimu
nescaya akan tertegaklah Islam di bumimu

Saturday, 17 January 2009

Thursday, 15 January 2009

Aku yang Sakit Jiwa

Community Mental Health

Schizophrenia (hallucinations-voices and thoughts, delusions-strong believe on a false fact)

Manic depression (highly excited)

Depression (low in mood)

Anorexia (eating disorder)

Anxiety

Affective (Mood) disorders (bipolar & unipolar)

These are the things that I need to familiarise myself with before my placement starts on the 26th January 2009 in the Community Mental Health Team at Cardiff Royal Infirmary (CRI).

Warm wishes to my junior OT

Err..seems like talking about OT is the best topic ever at the moment.

My junior OT --> Dayang and Syafiq

I dont have senior..I mean Malaysian senior who took OT. I am the senior!! Wahhahaha..

Like what have been stated in my junior OT's blog, cik Dayang..I understand that I experienced the same thought when I was in first year. Plus, I dont have senior to refer to, at least they have one. The ONE like ME.. kikikiki..Sorry Dayang..hehe..

They are doing their meaningful occupation assignment at the moment which I didnt really satisfied with my score last year. Haha..

My tips to Dayang and Syafiq in their Meaningful Occupation assignment :

1. Choose a person of your interest. She/he can be your family members, friends and loved ones.

2. Choose a meaningful activity that the person enjoy very much e.g wether she/he is a student or his/her leisure activity.

3. Explore their balance of occupations in productivity e.g work, study; then self-care; and leisure.

4. Dont forget to have a little thoughts and underpinned literatures on health and well-being in relation to meaningful occupation.

5. Include evidence-based practice from current research study on meanigful occupation. Google from our university databases ok!! Dont simply use Google or Yahoo or Dogpile or etc. They are rubbish! [ayat extreme] Kalau tak reti jugak yang ni, ask the librarian. I was struggling hard on this part either.

6. Errm..I cant remember..ada a few certain things lagi.. Cant think!!

Good luck anyway!!

For more information, please ask me either through YM or face-to-face. I am willing to help. You will be entertained as soon as possible if I am not too busy..[haha]

Tuesday, 13 January 2009

when i see them..

Concourse Heath Hospital. Pukul 12.20 tengah hari.
Aku duduk di salah satu bangku biru di situ. Memerhatikan kesibukan di sekelilingku.
Boots, Tempo, NATWEST, Post Office,TheStockShop, WHSmith, Jewellery Shop, CafeExpress mengelilingiku.
Sambil menikmati snek makan tengah hari yang dibawa dari rumah.

Di suatu sudut, seorang ibu bersama bayinya, dan suaminya. Bayinya sangat kecil, baru lahir agaknya. Masih kemerahan kulitnya. Mereka berdua begitu asyik dengan bayi mereka. 'First baby' mungkin. Aku tersenyum.

Di ruang yang lain, sekumpulan anak muda berpakaian kemas berjalan bersama. Menuju ke meja makan di situ. Di leher mereka tergantung 'stethoscope'. Mungkin mereka belajar untuk menjadi doktor.

Sedang asyik memerhatikan mereka, tiba-tiba ada wajah yang aku kenal melambai ke arahku. Eh, macam kenal. Bisik hatiku. Dari jauh dia melambai, senyum dan berlalu pergi tanpa sepatah kata. Aku melambai dan senyum kembali tanda faham. Dia juga belajar untuk menjadi doktor. Mungkin sibuk agaknya.

Aku melihat ke arah bangku-bangku biru di hadapan, kiri dan kananku. Ramai yang memenuhi ruang di situ. Kebanyakan mereka adalah warga emas. Menunggu untuk nama mereka dipanggil untuk dihantar pulang oleh pegawai ambulans bertugas setelah selesai 'appointment' dengan doktor. Bertuah sungguh menjadi warga emas di benua ini.

Aku memerhatikan lagi manusia yang lalu lalang di situ. Aku perhatikan fesyen pakaian dan rambut mereka. Fesyen musim sejuk. Saja. Mengambil ilham. Aku mencari-cari kelibat junior OTku yang mungkin kebetulan berada di situ. Tiada.

Aku mengalihkan pandangan. Aku lihat sepasang kekasih sedang berbual. Perempuan itu berambut perang dan bermata biru. Cantik. Lelaki itu berambut kerinting dan sedap mata memandang. Hatiku berbisik 'sukanya lelaki berambut kerinting'. Mereka berbual tentang masa depan agaknya. Entah. Aku tidak pasti.

Tiba-tiba aku ternampak seorang lelaki yang diiringi dua orang pegawai 'security' masuk ke dalam WHSmith. Lelaki itu kelihatan seperti tidak siuman. Menegur sesiapa sahaja dihadapannya. Mabuk agaknya. Mungkin dia bakal disoal siasat kerana 'shoplifting' di WHSmith. Aku hanya membuat kesimpulan sendiri.

Aku menghabiskan baki makanan dan minum sedikit air. Aku melihat jam. Hampir pukul 1. Aku bingkas bangun dan terus ke Multi Faith Room untuk solat sebelum Workshop petang nanti bermula.

Pemerhatianku berakhir di situ.

Monday, 12 January 2009

Sungai yang deras...

credit to mohdrafie.co.uk

Hujan renyai-renyai.
Aku berbasikal.

Aku biarkan pipiku dibasahi air.
Aku biarkan titisan air memberati bulu mataku.

Aku biarkan tudungku basah.
Aku biarkan seluarku kotor dek percikan lumpur.

Aku melihat ke arah sungai.
Alirannya deras.

Tidak sederas kayuhanku.
Alirannya ganas.

Seganas tentera Zionis.
Aku lihat air itu menghanyutkan sehelai kain.
Tenggelam timbul.

Tanpa prihatin bahawa kain itu lemah.
Tidak mendengar jeritan batinnya.

Tiada daya. Tiada kuasa.
Namun air itu tak punya perasaan.
Kejam.

Batu-batu di tepian hanya melihat.
Pohon-pohonan hanya mampu menggeleng.
Burung-burung berterbangan kegembiraan tidak mengendahkan.
Hanya menjadi boneka.
Tidak peduli.

Mahfuzah
hanyauntukgaza

Sunday, 11 January 2009

The Days That Never Fade




Last day class of A Level




Dinner after A level

Those are the days in my life..the sweetest moment...the innocent faces.. whoever happened to read this and found people in the pictures are their friends now..they happened to be my friends once and forever....

My ex-classmates...at INTEC 2005-2007 (A Level Medicine)

6M9 buddies...

Rohaida Roslan (Aida), Nur Atiqah Zubir (Tiqah), Nur Hannah Kamaruzaman (Hana), Intan Nadia (Intan), Suraya Mansor (Su), Nur Hafiza Rumli (Pija), Nurul Syuhada (Syu), Farhana Nor Azmi (Anne).

Ahmad Farid (Farid), Ansar, Izzar Anwari (Izzar), Alfian Hashim (Pian), Lee Cheng Kaer (Nazrin), Irfan, Wildan, Hamzari, Hazrul Hazwan (Hazrul)

My gentle reminders for GAZA

It may be that you dislike a thing that is good for you... ( Ali-Imran:216)

Nothing shall ever happen to us except what Allah has ordained for us. (At-Taubah:51)

Perhaps Allah may bring a victory or a decision according to His Will. ( Al-Mai'dah:52)

Verily, with hardship, there is relief. ( Al-Insyirah:6)

And put your trust in Allah if you are believers indeed. ( Al-Mai'dah:23)



***************************************************************************

Kamu semua orang yang kental. Jika tidak, masakan kamu masih bertahan di sana.

Kamu semua penghuni syurga. Jika tidak, masakan Izrail sibuk untuk menghantar kamu semua ke sana.

Kamu semua sentiasa di dalam doaku. Jika tidak, masakan hatiku ini mampu mendengar berita kekejaman itu.

My gentle reminders,
Mahfuzah
for GAZA...
18:01 11/01/09

Friday, 9 January 2009

dia yang bernama...

Sungguh ini memang dugaan.
My group got new case study.

Our patient, Florence (not real name) is a Jew.
Sungguh tak ada mood untuk membuat kerja-kerja berkumpulan tentang si Florence ini.

Memang Allah menduga aku. Sedang saat kebencian dan kemeluatan terhadap orang Yahudi membuak-buak, ketika inilah Allah menduga aku dengan cara yang tidak disangka-sangka. Dapat case study yang berkaitan rapat dengan kebencian aku. Allah Maha Kaya. Dia lebih mengetahui.

Semoga Allah kuatkan hatiku untuk ini.

Florence
- 48 year-old woman with mental problem.
- she separated from her husband 6 months ago.
- she has 4 kids; 2 live with with her and another 2 live with her husband away from Cardiff.
- she is under depression, stress and feeling guilty because of her relationship problem
- highly dependent on Prozac.


Allah, tolongilah aku. Kembalikan semangatku yang sudah hilang untuk ini.

Thursday, 8 January 2009

Saat aku bersendiri.

Hari ini aku berbasikal lagi. Menyelusuri jalan-jalan lembap di celahan pohonan di tebing sungai itu.
Ketika aku leka dan kagum menyaksikan seorang pemuda yang memancing di tepi sungai, basikalku terbabas ke dalam semak yang dalam. Terjatuh. Malu. Sungguh aku tidak mengerti.

Aku menyambung kayuhanku. Diam sebentar. Hatiku ketawa sendiri. Tak tahu nak cakap apa. Salah diri sendiri. Apabila melihat sesuatu, janganlah kita terlalu asyik sehingga leka. Akhirnya padah yang menimpa. Bersederhanalah dalam segala keadaan.

Sebenarnya aku kagum dengan caranya memancing ikan. Unik. Malas hendak bercerita lanjut tentang caranya. Tidak akan sama seperti apa yang aku lihat tadi.

Aku dapat rasakan aku banyak berdiam diri sekarang. Berfikir. Merasai sesuatu. Perasaan yang berbeza dari sebelum ini. Tak tahu. Mungkin.... Ahah!!! Erm..entahlah...mungkin tidak.

Ahh..lupakan saja. Itu hanya perasaan. Mengantuk. Patutkah aku tidur sekarang? Esok Jumaat, seperti biasa, aku cuti. Berehat dari hari-hari sekolah yang panjang.

-itudestinasiyangberbeza-

Places of Me



In Ireland,
i miss the tenderness
love in a friendship

that will never last
happiness.



In Turkey,

aku rindu dengan suara itu

bergema dari segenap ruang dan waktu

azan dari Masjid Biru.



In Holland,

i remember the roses in my hand
burnt in my mind

thinking of someone.



In Belgium,
i like the chocolate
melting in my mouth

and i laughed.



In Luxembourg,

the bridge was built

but i never forget

how much i like the odd.



In Switzerland,

the alps on Jungfrauyouh

top of the Europe

white and shine
i had snow blind.


In France,
the city of romance

Eiffel at a glance

come with me and dance

i believe no one could understand.



In Spain,

there was no rain

Cordoba to Malaga by train

Alhambra is quaint

Mezquita was stained

i feel taint.



mahfuzah zainol
apieceofmeincardiff

I remember when...

I remember when I was cycling.
I remember when I was singing.

The flowers dangling.
The sun shining.
The leaves falling.
The squirrels passing.
The dogs barking.
The fish swimming.
The people jogging.

I remember when I was sitting.
Embracing the cold.
Kissing them all.
Refreshing
but freezing.

Mahfuzah
19.24
08/01/09

Wednesday, 7 January 2009

Setianya aku di sini...

credit to mohdrafie.co.uk

Aku Masih Setia

Hati meronta-ronta
Angka sudah tidak punya makna
Setiap hari..
Semakin ramai yang dihantar ke syurga
Hanya kerana sebuah tebing

Kerana itu..
Manusia berkuasa
Kezaliman berleluasa
mereka di sana tidak punya lagi prasangka
Kehidupan hanyalah untuk Dia
Pinjaman semata

Hati ini tidak pernah berhenti berdoa
kerana doa punya ruh
picu dan bom tidak bernyawa
itu yang aku percaya

Keyakinan kepada-Nya
Dia Menyaksikan
Dia Mendengar
segala..

Keyakinan pada Kalam-Nya
Membuat aku setia
untuk mereka di sana..

Mahfuzah
20.05
07/01/09

Tuesday, 6 January 2009

Adakah aku lupa?

My intervention placement


Theme : Community Mental Health Setting, Psychiatry

Venue : CRI Buildings, 60 Longcross Street off Newport Road, CF240SZ.

Duration : 8 weeks starting from 26th January - 20th March 2009

Mode of transport : Bike or Foot [hehe]

Length of journey : approximately 15 minutes from home

My feelings : Nervous....Dont know what is going to happen...Scared because I will be dealing with mental patients...Excited because it's going to be a new experience for me..

My hopes : I hope I will get a nice educator. I hope to PASS this inter
vention placement for my personal achievement rather than an academic requirement.

Have you contact your educator?? : Not yet...hehe..I will ring her tomorrow inshaallah.

Saturday, 3 January 2009

Sesuatu yang Istimewa

Cuaca di luar sejuk. Masih lagi di musim sejuk. Entah bila semua kesejukan ini akan berakhir. Masih lagi kuingat tahun lepas (2008), apabila tiba musim sejuk hati meronta bila nak musim panas ni? Tak tahan lagi sejuk macam ni. Namun apabila tiba bulan May/June, bahang panas makin terasa. Hari siang yang panjang membuat hati resah, tidak senang duduk seperti cacing kepanasan. Ke manakah malam yang panjang menghilang?

Itulah lumrah kehidupan. Manusia sentiasa berasa tidak cukup dengan apa yang ada. Tamak. Tidak bersyukur.

Setelah membaca blog seorang 'adik'ku di Malaysia tentang menjadi seorang guru, fikiranku terkenang saat manis semasa menjadi guru ganti/sementara/part time di Malaysia.

"Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi"

Simpulan bahasa yang aku rasa sesuai. Ayah dan ibuku adalah guru. Ayahku guru Sejarah, Geografi, Sastera dan Bahasa. Ibuku pula guru Science & Mathematics in English, Physical Education, Art dan Bahasa Melayu. Berdasarkan subjek-subjek tadi, boleh diagak tahap sekolah yang mereka ajar.

Keinginan untuk menjadi guru sangat tinggi dalam diriku. Seperti mereka. Aku mewarisi genetik yang sama. Lihat. Aku juga bakal menjadi guru sehabisnya Bachelor dalam jurusan Occupational Therapy ini di bawah tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia. Alhamdulillah..

Pekerjaan sambilan menjadi guru di sekolah rendah sangat unik, menarik dan penuh detik-detik manis. Apa tidaknya, aku pernah berkhidmat di 3 buah sekolah semenjak aku habis AUSMAT sehinggalah kini. Setiap kali cuti summer, 2/3 bulan, itulah kerjaku.

Pengalaman di setiap sekolah berbeza. Pernah juga menggantikan teacher English ku ketika aku Darjah 3 kerana cuti bersalin. Pernah berkhidmat bersama guru-guruku semasa aku di sekolah rendah dan menengah. Sungguh menarik.

Setiap hari ada saja pengalaman-pengalaman baru di sekolah..di dalam kelas..di bilik guru..di padang..di kantin.. Sukar untuk aku lupakan semua itu. Sehingga sekarang, jikalau aku bersiar-siar di pekan kecil Jitra, ada saja bekas anak muridku memanggilku "Teacher Mahfuzah"...hikhikhik...seronok.

Oh ya, lupa pula.. Subjek-subjek yang aku ajar, kadang-kadang berbeza di setiap sekolah. Subjek yang selalu aku ajar ialah English, Mathematics, Science, Bahasa Melayu, Art dan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

Menjadi guru..pengalaman yang mengajar aku erti sebuah KESABARAN.. Mereka kanak-kanak..mereka masih kecil..Telatah mereka kadang-kadang sampai tidak terlayan. Hehe..

Memang benar kata-kata pujangga menyebut, TEACHERS CAN INFLUENCE PEOPLE IN THEIR LIFE ASPECTS. Tidak semestinya ABC, 123 sahaja yang murid-murid akan ingat, peringatan tentang sahsiah, akhlak dan akidah juga akan berbekas di hati mereka. Percayalah. Mereka umpama kain putih, suci dan bersih.

Inshaallah...aku akan menjadi guru. Once you are a teacher, you will be a teacher for the rest of your life. Aku yakin dan percaya dengan kata-kata itu.

Kepada sahabat-sahabat seperjuangan tidak kira walau anda bakal menjadi guru atau doktor, pharmacist, dentist, engineer, accountant, business, architect etc... Ingatlah bahawa anda adalah guru kepada diri anda.

Hormatilah guru anda!!!!!!

Teardrops on my keyboard..

1) saya sedang dirundung kesedihan ...kenapa ..?? entah..tiba-tiba saja...banyak perkara sebenarnya. berkali-kali mengesat air mata yang tiba-tiba saja keluar. nasib baik masa nangis takde orang masuk bilik..

2) baru sahaja selesai meng'edit' my patchwork text 2 to be submitted on 23rd January 2009. kerja-kerja meng'edit' lebih menyeksakan berbanding kerja-kerja membuat dan meng'ayat'...

3) teruja dengan Blogging sekejap.. nak tulis apa eh?? ntah..tengok lah apa yang terlintas kejap lagi...

Thursday, 1 January 2009

A love letter from someone...

Dearest Mahfuzah,



I am writing to you this new year to give you gentle reminders in leading your life after this point.



I know you are happy with your life right now. You should be grateful having a wonderful life, living in a country without any difficulties, having allowance in your account every month more than enough for you. You have a happy-loving-caring family whom you call them everyday free of charge using 12Voip. Say Allahuakbar..

You love Occupational Therapy like you always do. Focus on your priority. Excel ok. I know you were really disappointed after your AUSMAT. But look now sweetheart, OT suits you very well. Allah had planned something better for you. Say Alhamdulillah...

What you expect more than this?? You have everything. There only certain things in your life that you feel unfortunate. But it will not affect your happiness at all. Be grateful my dear. Allah loves you. Say Subhanallah....

Please sayang...

Don’t whine. Appreciate what you have that others didn’t have. Be istiqamah in your ‘amal. Istiqamah with your Dhuha every morning. Istiqamah with your Quran recitation everyday. Istiqamah with your fastings, twice a week. Istiqamah reading Islamic materials and anything that you can do for you self-improvement and knowledge. Say Inshaallah..

Mahfuzah ku sayang..

My gentle reminder for you..please please...respect other people around you. Be kind to everyone around you regardless what they had done to you. Do not live with grunge and hatred in your heart. Satisfaction is in your attitude. Say Mashaallah...

And last but not least...explore as much as possible new experiences but beware Allah is watching you all the times. When you feel sad, depress or despair, remember Allah.. He is your Creator. He is the Almighty. He is everything and someday you will be returned back to Him. You never know when and where it is going to be. Say Innalillah...

Remember that I will always love you and love you and love you forever in my life because I am you. You are my reflection. You are my soul. Kita adalah satu. Kerana kau adalah aku.

Mahfuzah

1st January 2009