Monday, 12 January 2009
Sungai yang deras...
Hujan renyai-renyai.
Aku berbasikal.
Aku biarkan pipiku dibasahi air.
Aku biarkan titisan air memberati bulu mataku.
Aku biarkan tudungku basah.
Aku biarkan seluarku kotor dek percikan lumpur.
Aku melihat ke arah sungai.
Alirannya deras.
Tidak sederas kayuhanku.
Alirannya ganas.
Seganas tentera Zionis.
Aku lihat air itu menghanyutkan sehelai kain.
Tenggelam timbul.
Tanpa prihatin bahawa kain itu lemah.
Tidak mendengar jeritan batinnya.
Tiada daya. Tiada kuasa.
Namun air itu tak punya perasaan.
Kejam.
Batu-batu di tepian hanya melihat.
Pohon-pohonan hanya mampu menggeleng.
Burung-burung berterbangan kegembiraan tidak mengendahkan.
Hanya menjadi boneka.
Tidak peduli.
Mahfuzah
hanyauntukgaza
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment