Adeih..
Kadang-kadang terfikir jugak, seronok dan tak sabar untuk bergelar seorang guru. Mengajar kanak-kanak yang masih belum tahu erti hidup. Riang dan gembira. Selalu saja aku sengaja menelefon ibuku yang seorang guru Tahun 1 di sekolah di Malaysia. Pagi-pagi pukul 9 atau 10 pagi telefon masa dia tengah mengajar. Haha, seronok mendengar celotehnya bersama anak-anak muridnya. Terbawa-bawa dalam perbualan telefon bersamaku. Kelakar sangat. Hehe.
Bagiku pengalaman mengajar kanak-kanak sangat seronok. Bahagia. Mereka tekun mendengar umpama guru mereka adalah segalanya. Diam. Ikut apa saja kata guru walaupun kadang-kadang mereka mencelah. Celoteh mereka membuat aku sering tertawa. Kata-kata guru terbawa-bawa sehingga ke rumah. Semua yang cikgu cakap semua betul. Haha.
Apa yang istimewa, mereka tidak pandai untuk protes kepada guru mereka. Sepanjang pengalamanku mengajar secara sambilan, tidak pernah aku terasa hati dengan pelajar-pelajarku. Mereka membuatku bahagia. Tersenyum sendiri.
Aku semakin gian untuk kembali menjadi guru sambilan di waktu cuti musim panas tahun 2009 nanti. Apatah lagi tiket balik ke Malaysia sudah dibeli. Aku tak kesah walaupun gaji guru sambilan adalah RM45 sehari, pengalaman lebih bernilai bagiku. Aku tak sentuh pun lagi duit gaji menjadi guru sambilan musim panas tahun lepas. Biarlah ia menjadi kenangan.
Kerjaya yang aku rasa paling membahagiakanku..ialah menjadi guru. Aku tidak kisah walaupun orang kata kerjaya sebagai guru tidak memulangkan hasil yang lumayan. Apa guna duit berjuta-juta sebulan kalau kita hamba kepada kerja. Apa guna gaji lumayan jika tiada masa untuk beribadat kepada Allah. Apa guna harta dunia kalau hidup tidak bahagia. Walau kadang-kadang aku merasa rendah diri kerana hanya menjadi seorang guru, tapi kekuatan itu datang semula - semuanya dari Allah.
Aku meletakkan diriku 10 tahun akan datang, berkeluarga - aku sebagai seorang isteri kepada suamiku dan ibu kepada anak-anakku (erm..mungkin dah 3 orang kot masa tu..ahaha..itu semua ketentuan Allah, itu impianku). Keluarga adalah 'priority' utama dalam hidupku di samping mempunyai kerjaya. Keluarga adalah kebahagiaan. Kerjaya adalah kepuasan. Tiada yang lebih yang aku doakan selain itu. Masa untuk mencurah kasih sayang terhadap keluarga dan masa untuk mendidik dan mengajar anak-anak sebangsa dan seagama. Seiring. Semua itu adalah perkara yang sangat aku impikan.
Semoga Allah meletakkan sesuatu yang terbaik bagiku.
Sedihnya saya dulu jadi nakal. Darjah satu dah buat kecoh, gigit tangan org sampai berdarah. Adess..malunya. gigit ais krim lagi baik.
ReplyDeleteMasa darjah 3 lagi nakal. Sebab gune pembaris nak ketok org. Nasib baik kepala die tak pecah berdarah.
sampai form 5 pun nakal lagi. selalu ponteng sekolah sebab nak buat add maths kat rumah.
doakan saya hilang nakal.