Tuesday, 13 January 2009

when i see them..

Concourse Heath Hospital. Pukul 12.20 tengah hari.
Aku duduk di salah satu bangku biru di situ. Memerhatikan kesibukan di sekelilingku.
Boots, Tempo, NATWEST, Post Office,TheStockShop, WHSmith, Jewellery Shop, CafeExpress mengelilingiku.
Sambil menikmati snek makan tengah hari yang dibawa dari rumah.

Di suatu sudut, seorang ibu bersama bayinya, dan suaminya. Bayinya sangat kecil, baru lahir agaknya. Masih kemerahan kulitnya. Mereka berdua begitu asyik dengan bayi mereka. 'First baby' mungkin. Aku tersenyum.

Di ruang yang lain, sekumpulan anak muda berpakaian kemas berjalan bersama. Menuju ke meja makan di situ. Di leher mereka tergantung 'stethoscope'. Mungkin mereka belajar untuk menjadi doktor.

Sedang asyik memerhatikan mereka, tiba-tiba ada wajah yang aku kenal melambai ke arahku. Eh, macam kenal. Bisik hatiku. Dari jauh dia melambai, senyum dan berlalu pergi tanpa sepatah kata. Aku melambai dan senyum kembali tanda faham. Dia juga belajar untuk menjadi doktor. Mungkin sibuk agaknya.

Aku melihat ke arah bangku-bangku biru di hadapan, kiri dan kananku. Ramai yang memenuhi ruang di situ. Kebanyakan mereka adalah warga emas. Menunggu untuk nama mereka dipanggil untuk dihantar pulang oleh pegawai ambulans bertugas setelah selesai 'appointment' dengan doktor. Bertuah sungguh menjadi warga emas di benua ini.

Aku memerhatikan lagi manusia yang lalu lalang di situ. Aku perhatikan fesyen pakaian dan rambut mereka. Fesyen musim sejuk. Saja. Mengambil ilham. Aku mencari-cari kelibat junior OTku yang mungkin kebetulan berada di situ. Tiada.

Aku mengalihkan pandangan. Aku lihat sepasang kekasih sedang berbual. Perempuan itu berambut perang dan bermata biru. Cantik. Lelaki itu berambut kerinting dan sedap mata memandang. Hatiku berbisik 'sukanya lelaki berambut kerinting'. Mereka berbual tentang masa depan agaknya. Entah. Aku tidak pasti.

Tiba-tiba aku ternampak seorang lelaki yang diiringi dua orang pegawai 'security' masuk ke dalam WHSmith. Lelaki itu kelihatan seperti tidak siuman. Menegur sesiapa sahaja dihadapannya. Mabuk agaknya. Mungkin dia bakal disoal siasat kerana 'shoplifting' di WHSmith. Aku hanya membuat kesimpulan sendiri.

Aku menghabiskan baki makanan dan minum sedikit air. Aku melihat jam. Hampir pukul 1. Aku bingkas bangun dan terus ke Multi Faith Room untuk solat sebelum Workshop petang nanti bermula.

Pemerhatianku berakhir di situ.

2 comments:

  1. suka entry ini.
    melalu pemerhatian jugak kdg2 dpt buat kt muhasabah kan diri balik. =)

    ReplyDelete
  2. iye eka..terima kasih kerana sukakan entry ini!! hope you are doing fine there~

    take care love.

    ReplyDelete