Kelapangan yang membunuhku
Aku mengakui kata-kata itu benar. Bosan kerana tiada apa yang aku perlu lakukan ketika ini. Banyak yang sudah diselesaikan sebenarnya. Perasaan terganggu.
Patchwork text 2 dah siap sebulan yang lepas. Hantar hari Jumaat ni. Tunggu Joanna betulkan grammar. Esok baru nak discuss kat mana yang grammar salah. Esok lunch dengan Joanna kat concourse Heath Hospital. Discuss kat library.
Sekrang ni, aku saja nak sibuk. Penat menyibukkan diri dengan perkara yang aku saja sibukkan. Seronok sibuk. Bosan bila ada kelapangan.
Lepas solat, asyik baca Quran, sampai kan sehari dapat habiskan 2 juzuk. Seronok. Rasa tenang. Dah tak tau nak buat apa. Kelapangan yang membosankan.
Sibuk saja-saja menawarkan diri menjadi Manager untuk TeamCardiff untuk NISE09. Hehe..seronokla..tahun lepas rasa jadi penyanyi..tahun ni jadi manager la pulak. Tahun depan...erm..belum fikir lagi...
Sibuk mencari idea memasak.. Ayam Sekilas Pandang dah dapat. Esok-esok nak try ayam yang boleh dimasak bersama asam pulak ke..ayam masak bersama madu ke. Oh yess..kambing 3kilo belum bakar lagi. Orang-orang yang akan merasa dulu sudah pasti la housemates ku yang disayangi. Bertuah mereka mendapat housemate seperti aku yang banyak masa lapang dan suka memasak ni..hehe..
Sibuk dengan buku. Sudah beberapa buku 'bed time story' yang ku habiskan termasuk buku-buku motivasi. Ditambah lagi dengan membaca blog-blog dan artikel ilmiah di laman internet. Isu Palestine. Isu pilihanraya kecil Kuala Terengganu. Isu Fiqah. Dan macam-macam lagi. Perasaan sekali lagi bercampur. Hati tersentuh berkali-kali.
Sibuk dengan menonton rancangan TV kegemaran Malaysia di TV3. Tapi tak minat dengan youtube. Tak tahu kenapa. Takut kot. Tak suka menonton filem-filem picisan Melayu walaupun mudah didapati di layar maya. Hanya suka filem-filem yang sudah ada sequel..dan famous. Entah, tak minat sangat dengan cerita-cerita seperti itu. Bosan.
Dua minggu lepas beli mesin jahit. Saja beli sebab nak menjahit apa-apa yang patut dan mengisi masa lapang. Tapi bila dah beli, kainnya takde la pulak. Takpe..nanti aku guna la kain cadar yang mana aku tak nak guna tu buat sample jahitan. Basic menjahit ada la sikit-sikit. Cumanya....tak pakar...
Pernah beli set 'Origami' untuk practice di dalam bilik di kala kebosanan. Susah la kalau asyik tak dak benda nak buat. Set 'Card Making' pun dah beli. Habis dah semua kertas dan card dalam tu digunakan untuk membuat hiasan sendiri dan dihantar ke Malaysia. Dah berpuluh kot.
Bilikku yang merah ini besar keluasannya. Nampak lapang. Nampak kosong. Sekosong hatiku. Sekosong jiwaku. Sekosong...sekosong....sekosong.... Semuanya kosong. Apa yang penuh??? Hanya air teh susu di dalam gelasku yang masih penuh.
Undefined feeling~ Seronok bila lapang. Tak seronok bila lapang. Seronok bila ada kerja sekolah. Tak seronok bila ada kerja sekolah.
Tak sabar menunggu placement ku yang bakal bermula Isnin minggu hadapan. Semoga placement ku dapat menghindarkan aku daripada segala kelapangan yang ada sekarang. Menghilangkan segala kebosanan kelapangan.
Bosan kerana lapang. Bosan dan terus bosan. Tidakkah aku mengambil iktibar dari Surah Al-Asr????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????
I was lost!! Lost in the time. Time is plenty.
Plenty time kills me.
salam wbt...
ReplyDeletehehe.. it's part of OT student's life.. +p