'Seperti adanya oh dirimu...'
'Menemanku waktu tidur..'
'Seperti indah sang rembulan..'
'Cahayanya menyinar..'
bait-bait lagu diatas menjadi nyanyianku sejak semalam..hehe..lagu dari band Sarawak kata cik Dayang, my OT mate..hehe
Hari ini snow turun lagi..tapi dah tak excited sangat, terasa macam biasa..
Hari ini pakai baju dan tudung warna oren.. Kak Yati housemate ku cakap 'Fuzah macam buah oren yang sedang berjalan..' Cett..taulah aku bulat kan.. Aku punya sebab memilih tema oren pada hari ini..OREN lambang keceriaan.. hehe..
Kak Faezah housemate ku lagi sorang pulak cakap, 'nanti senang nak nampak Fuzah dalam keputihan salji ni..' Pagi-pagi lagi diorang gelak-gelakkan aku..hish sabor je lahh..
Pagi-pagi dah naik train ke Llandaf sebab my educator akan ambil di Llandaf Train Station untuk pegi OT meeting di Howel Dafan Centre in Penarth. First time naik train pagi-pagi...dengan salji yang memutih di sepanjang perjalanan. Sesampai saja di Llandaf, snow semakin melebat.. Besar-besar pulak ketulannya..
Station yang bersalji..

Aku dah takde perasaan sebab kesejukan menunggu di bawah pondok rail station itu.. akhirnya educator ku yang disayangi telah tiba bersama kereta comelnya.. Untuk pengetahuan, educator aku adalah seorang disability person. Kakinya 'tempang' (ini mungkin bukan perkataan yang sesuai untuk menggambarkan beliau, tapi untuk memudahkan gambaran). Aku bangga punya educator seperti beliau.. walaupun 'tempang' kerana penyakit POLIO yang dihidapinya namun beliau punya credibility tersendiri. Aku senang dengannya. Nak tahu umurnya berapa??? Guess what, beliau dah 58 tahun..tapi nampak seperti 45 tahun.. Aku sangat terkejut masa berbual dengannya pasal umur kami..
Oh ye lupa pulak, educator ku memuji warna OREN baju dan tudungku..hehe.. 'nice colour!!'
Ramai yang bertanya, apa yang aku buat masa placement????
erm..banyak sangat.. untuk course OT, kami ada 4 practice placement semuanya. Yang kali ini ialah placement ke-3 aku. Oh dah 2nd year rupanya aku..tapi rasa macam baru semalam sampai Cardiff..
Ini Laura ketika placement pertama di Rookwood...dia sangat cantik..

Placement ku yang pertama di Rookwood Hospital, Elderly Care Assessment Service (ECAS). Memang dealt dengan orang-orang tua saja.. Tapi seronok sebab selalu keluar buat home visit.. setting ni banyak provision seperti frame, bed lever and etc to aid patients with their daily living.

Di sini, aku buat assessment ke atas pesakit brain injury di ward seperti washing and dressing (assess bagaimana mereka mandi dan bersiap) , kitchen assessment (memasak bersama pesakit di daput hospital untuk melihat keupayaan mereka memasak secara independent), breakfast group (menyediakan sarapan pagi bersama-sama), shopping assessment (keluar membeli barangan keperluan bersama pesakit untuk assess bagaimana mereka boleh berdikari untuk shopping sendiri) dan juga powered wheelchair assessment (assess pesakit menggunakan kerusi roda automatik).

Placement kali ni, bersama Community Mental Health Team di Cardiff Royal Infirmary (CRI), Newport Road. Setakat ni, ini yang paling best sebab relax giler, educator pulak kamcing giler. Staffs kat situ best2 semua, kadang-kadang ikut diorg jumpa patient kat luar.. Itu yang paling best!! Alhamdulillah..
Kali ni deal dengan pesakit mental yang mengalami masalah seperti depression, anxiety, mood swings dan macam-macam lagi. Sebenarnya banyak perkara yang aku belajar apabila placement..banyak lihat masalah manusia.. Ketika itu diri ini rasa syukur..rasa nikmat dengan apa yang ada...
Okaylah, nanti kita cerita-cerita lagi ye pasal OT..
salam wbt...
ReplyDeleteFuzah nk lagu tu x? kte dh ada dh..
ha ah.. mmg comel la educator yg blum kawen tu.. +)
dayang~ nak nak!
ReplyDeletenak lagu tu...