Thursday, 5 February 2009

'Fuzah macam buah OREN yang berjalan'

Inilah ID badge saye..hehe..kawan-kawan cakap, ianya cantik..betulke? memang cantik..


'Seperti adanya oh dirimu...'


'Menemanku waktu tidur..'

'Seperti indah sang rembulan..'


'Cahayanya menyinar..'


bait-bait lagu diatas menjadi nyanyianku sejak semalam..hehe..lagu dari band Sarawak kata cik Dayang, my OT mate..hehe

Hari ini snow turun lagi..tapi dah tak excited sangat, terasa macam biasa..

Hari ini pakai baju dan tudung warna oren.. Kak Yati housemate ku cakap '
Fuzah macam buah oren yang sedang berjalan..' Cett..taulah aku bulat kan.. Aku punya sebab memilih tema oren pada hari ini..OREN lambang keceriaan.. hehe..

Kak Faezah housemate ku lagi sorang pulak cakap,
'nanti senang nak nampak Fuzah dalam keputihan salji ni..' Pagi-pagi lagi diorang gelak-gelakkan aku..hish sabor je lahh..
Inilah Llandaf Rail station.

Pagi-pagi dah naik train ke Llandaf sebab my educator akan ambil di Llandaf Train Station untuk pegi OT meeting di Howel Dafan Centre in Penarth. First time naik train pagi-pagi...dengan salji yang memutih di sepanjang perjalanan. Sesampai saja di Llandaf, snow semakin melebat.. Besar-besar pulak ketulannya..

Station yang bersalji..

Aku dah takde perasaan sebab kesejukan menunggu di bawah pondok rail station itu.. akhirnya educator ku yang disayangi telah tiba bersama kereta comelnya.. Untuk pengetahuan, educator aku adalah seorang disability person. Kakinya 'tempang' (ini mungkin bukan perkataan yang sesuai untuk menggambarkan beliau, tapi untuk memudahkan gambaran). Aku bangga punya educator seperti beliau.. walaupun 'tempang' kerana penyakit POLIO yang dihidapinya namun beliau punya credibility tersendiri. Aku senang dengannya. Nak tahu umurnya berapa??? Guess what, beliau dah 58 tahun..tapi nampak seperti 45 tahun.. Aku sangat terkejut masa berbual dengannya pasal umur kami..

Oh ye lupa pulak, educator ku memuji warna OREN baju dan tudungku..hehe..
'nice colour!!'

Ramai yang bertanya, apa yang aku buat masa placement????

erm..banyak sangat.. untuk course OT, kami ada 4 practice placement semuanya. Yang kali ini ialah placement ke-3 aku. Oh dah 2nd year rupanya aku..tapi rasa macam baru semalam sampai Cardiff..

Ini Laura ketika placement pertama di Rookwood...dia sangat cantik..

Placement ku yang pertama di Rookwood Hospital, Elderly Care Assessment Service (ECAS). Memang dealt dengan orang-orang tua saja.. Tapi seronok sebab selalu keluar buat home visit.. setting ni banyak provision seperti frame, bed lever and etc to aid patients with their daily living.
Inilah barisan OT dan OT student di ECAS, Rookwood. Yang berbaju hitam tulah educator ku, dia sedang pregnant mase tu.. Sebelah aku ialah Pretty, student OT dan sebelahnya Brenda, Senior OT. Comelkan kami semua?

Placement yang kedua juga di Rookwood tapi di Neuro Rehab Ward. Yang ni paling hectic.. penat giler.. one assessment after another.. Aku banyak belajar tentang Brain Injury di sini..kenal doctor-doctor yang sombong dan nurse yang baik2.. Sorry kepada sape-sape yang belajar jadi doctor, tapi memang doctor-doctor sombong giler..Mentang-mentangla aku hanya student OT.. Aku sedar siapa diriku.. Hanya Allah yang lebih mengetahui..

Di sini, aku buat assessment ke atas pesakit brain injury di ward seperti washing and dressing (assess bagaimana mereka mandi dan bersiap) , kitchen assessment (memasak bersama pesakit di daput hospital untuk melihat keupayaan mereka memasak secara independent), breakfast group (menyediakan sarapan pagi bersama-sama), shopping assessment (keluar membeli barangan keperluan bersama pesakit untuk assess bagaimana mereka boleh berdikari untuk shopping sendiri) dan juga powered wheelchair assessment (assess pesakit menggunakan kerusi roda automatik).

Inilah team masa di Neuro Rehab Rookwood. Yang duduk itu ialah educator ku..comel kan dia? sebelah ku ialah Emma, dia baru saja kahwin 6 bulan lepas..

Aku bersama educator ku..tahu tak umur dia berapa? Haha..mesti tak caye..dia berumur 42 tahun..hihi..belum berkahwin..masih mencari calon...haha.

Placement kali ni, bersama Community Mental Health Team di Cardiff Royal Infirmary (CRI), Newport Road. Setakat ni, ini yang paling best sebab relax giler, educator pulak kamcing giler. Staffs kat situ best2 semua, kadang-kadang ikut diorg jumpa patient kat luar.. Itu yang paling best!! Alhamdulillah..

Kali ni deal dengan pesakit mental yang mengalami masalah seperti depression, anxiety, mood swings dan macam-macam lagi. Sebenarnya banyak perkara yang aku belajar apabila placement..banyak lihat masalah manusia.. Ketika itu diri ini rasa syukur..rasa nikmat dengan apa yang ada...

Okaylah, nanti kita cerita-cerita lagi ye pasal OT..




2 comments:

  1. salam wbt...

    Fuzah nk lagu tu x? kte dh ada dh..

    ha ah.. mmg comel la educator yg blum kawen tu.. +)

    ReplyDelete
  2. dayang~ nak nak!

    nak lagu tu...

    ReplyDelete