Wednesday, 20 May 2009

'I really want to see your wedding pictures!'

Hari ini berjalan lagi ke Heath Hospital dek kerana hujan yang lebat di pagi hari.. Kalau ikutkan hati, nak aje ponteng lecture pagi tadi tapi digagahi jua atas alasan....minggu ini minggu last untuk 2nd Year OT...

Sebaik sahaja melangkah keluar dari rumah, kira-kira 5 minit berjalan,dah sampai kat depan Bute Park, TEXT message dari Brenda mengatakan bahawa dia tak datang lecture pagi ini, tapi akan datang sebelah petang untuk 'group meeting'... Adeeiiiii..lagila jadi tak semangat nak pegi lecture.. Digagahi jua kaki dan hati ini meredah hujan lebat di pagi hari...

Walaupun berjalan kaki, basahnya tetap sama macam naik basikal kerana payungku patah akibat libasan angin Cardiff yang kencang... Adoooiiii...perjalanan terpaksa diteruskan demi secebis ilmu Allah ini..

Sesuatu yang menarik masa group meeting tadi...group meeting tadi adalah yang terakhir untuk tahun ini.. Kami Group D has decided nak buat 'leaflet' untuk presentation hari Khamis nanti...

Theme kali ini ialah, private practice OT. Ohh..group saya pilih tajuk pasal OT in housing association. Ini bermakna, kami investigate pasal role of OT untuk design rumah atau ruang pejabat untuk disabled people... Memang seronok!! Kami semua explore area di mana OTists work together with architects, engineers dan juga builders untuk merealisasikan impian men'design' rumah atau pejabat untuk kemudahan mereka yang kurang upaya.
Inilah through-floor-lift untuk kemudahan mereka yang memerlukan


Apa yang kami buat ialah, me'renovate' rumah..siap dengan kelengkapan ramps untuk wheelchair access, bathing facilities, door systems, stair lifts, wheelchair lifts dan banyak lagi..hehe...sungguh menarik..


Ini pula ialah stair lifts..hehe..best giler ada benda ni kat rumah..


Jadi, masa buat 'leaflet', sayalah yang lead sebab diorang tak berapa mahir guna Microsoft Publisher..hikhik... Saya pun tak la pandai mana pun.. Jadi 'leaflet' kami pun siap beserta design-design hebat memperkenalkan syarikat housing design kami..hehehe...


Ini pula bathroom facilities...


Alhamdulillah..pening jugak saya dibuat mereka..Sorang nak letak colour ini,sorang lagi nak colour lain..Adeiii...Akhirnya siap... Kira-kira pukul 2.40pm camtu la abis semua...Saya pun berjalan pulang bersama Kate dengan Laura..

Masa jalan-jalan tu, diorang tanya saya, kat mana saya selalu solat. Ohh baru saya teringat, hari tu saya solat masa tengah-tengah group discussion di suatu sudut dalam kelas sebab saya malas nak pegi Prayer Room kat hospital building.. Hohoho..mula-mula ingat nak cari bilik lain yang kosong tapi takde la pulak..last-last terpaksa solat dalam bilik group discussion kitorang...lantakla..panggilan Allah sudah datang..solat kena solat jugak.. Nasib baik diorang tak kesah, malah siap suka lagi tengok saya solat..hehe...

Pastu banyak benar soalan Kate dengan Laura pasal saya..diorang nak tahu nama adik beradik
saya ..hehe...NAZMI...NAZRIN...ASSYAH... Diorang suka pulak dengar nama adik-adik saya..haha..

Pastu diorang tanya lagi..nanti bila abis belajar, saya akan bekerja kat Malaysia ke? Saya jawabla..YES, jadi cikgu Pendidikan Khas... Hehehe..

Pastu lagi diorang tanya soalan ini... 'Do you have any plan to get married?' Haha...seriousla Laura dengan Kate niii... Soalan itu jugak yang diorang tanya.. Apa jawapan saya? Hahaha..Of course la after I finish my degree..

Lepas tu Kate cakap... 'I really want to see your wedding pictures!!' Hahaha...saya jawab, 'Of course I will email them to you..hehe..'Inilah groupmate saya masa activity 'psychodynamic' di hutan belantara di Cardiff...hehe..dari kiri bawah, Martyn, Brenda, Kate, Laura dan Charlotte...


Perbualan kami tamat setelah kami berpecah menuju arah rumah masing-masing... Rumah diorang kat Coburn Street, Cathays. Saya pulak menuju ke Bute Park untuk melewati pemandangan indah sebelum sampai rumah...

2 comments:

  1. Meni!! haha..aku rasa 10.10.10tak kan jadi kenyataan...maybe lewatkan sikit kot..sbb ada hal2 yang tak dapat kami berdua elakkan..hehe...

    Tapi doakan ye..iA..ko pun dah 'approve' kan..hehe..semoga berkekalan..

    ReplyDelete