Sunday, 9 August 2009

Ageing is like flowers..

'What flower is this?'
'Orchid'



9 August 2009

09/08/09

Hehe...tarikh apakah itu..??

Mulai hari ini sehingga 7 hari yang akan datang, saya dapat free call kepada 8 nombor 8pax saya daripada CELCOM pada bila-bila masa dan di mana jua..hehe..

Untuk ke sekian kalinya..saya menyambut ulang tahun kelahiran saya yang ke-23...ohok ohok ohok...dah 23 rupanya.. Adakah saya gembira dengan angka tersebut?? Oh semestinya..itu bermakna saya semakin dewasa dan berusia.. Pemikiran saya juga harus selari dengan peningkatan usia.. Saya mahu menjadi dewasa... Semakin bertambah usia, semakin banyak pengalaman..inshaallah...

Seperti bunga...usia juga begitu..semakin meningkat usia..bunga jadi semakin cantik..semakin harum..masa inilah bunga itu dapat berjasa dan menjadi kegilaan semua.. Gunakan kesempatan ini sebaiknya kerana kita juga tidak akan selalunya mekar dan mewangi selamanya...

Hari ini hari istimewa...hehe..pun begitu, saya pergi sekolah jugak pagi-pagi untuk mengajar kanak-kanak riang 2 Pintar, 2 Cerdas dan 2 Bestari... Bermula dengan perhimpunan pagi sehinggalah waktu tamat persekolahan, jadual waktu saya padat... Sakit kaki, sakit tekak dan letih otak sudah bermula...

Ditambah pula Tuan Guru Besar yang sengaja 'observe' saya mengajar kelas 2 Pintar hari ini... Gugup juga apabila melihat salah seorang daripada kanak-kanak riang dalam kelas itu, terselit seorang 'guru besar lelaki' yang turut sama menjadi pelajar pada hari ini.. Eheh.. Buat selamba je lah..Cuma hari ini saya kurang 'mencubit' kanak-kanak dalam kelas itu.. Kalau hari-hari sebelum ini, aktiviti mencubit pipi comel kanak-kanak itu adalah perkara biasa bagi saya..

Bukan apa..takut nanti salah cubit pipi tuan guru besar pulak..hohohoho...ngeh ngeh ngeh...

**********************************

Topics for this week --> Flowers and Insects

"Tomorrow..please bring any flowers that you can find in your home garden."

Oh esok saya nak ajar mereka buat 'Pressed Flower'.. Jadi saya pun nak keluar mencari bunga di halaman rumah saya ini...

Hibiscus

Sunflower

Orchid

Water lily

Rose

Itu adalah bunga-bunga tropika yang mereka perlu tahu..Ohoh..kalaulah saya dapat bawak balik bunga tulip, daisy, daffodil dan lavender daripada Cardiff untuk ditunjuk kepada mereka kan seronok..


'Where does water lily grows?'
'In the water'

3 comments:

  1. Fuzah...

    Hepi birthday! May all ur wishes come true this year...may be not all but at least half??? hehe....

    ReplyDelete
  2. hepi bday cikgu!!
    wishg u d best in ur life..

    ReplyDelete
  3. oopss kak fuzah..sowy
    hepi belated besday!!
    tgh blog hopping lalu terhinggap pd entry spesel kak fuzah ni..hehehh nway,may Allah bless u sis!

    ReplyDelete