Sunday, 13 September 2009

Biru Lazuardi

Perjalanan merentas awan biru berakhir semalam di Gatwick Airport, London. Tepat jam 12.25 at noon saya menghirup angin panas UK.

Alhamdulillah semuanya selamat walaupun bimbang juga kekecohan kesan daripada tragedi 11 September di London baru-baru ini.

Sebaik sahaja keretapi yang dinaiki menghampiri Cardiff, kelibat Milenium Stadium yang tersergam itu menampakkan dirinya. Terasa bagai pendatang baru di bumi Wales ini..hehe...

Perjalanan ribuan batu masih berbaki lebih kurang setahun lagi.... Inshaallah..saya tidak sabar menamatkan pengajian saya di sini untuk menyertai rakan-rakan sebaya yang lain tetapi pada waktu sama saya akan merindui kehidupan di sini... Dalam hati saya tertanya-tanya, mungkinkah kehidupan belajar saya lebih indah daripada alam pekerjaan?? Saya tahu, ramai yang mengiyakan..

Kira-kira 11 tahun dahulu...saya bersekolah di SK Sultan Ahmad Tajuddin, Jitra, Kedah. Ia sebuah sekolah elit yang penuh dengan 1001 macam cerita bersama sahabat-sahabat seperjuangan... Hari raya ke-3 tahun ini, alumni batch saya di sekolah tersebut akan mengadakan majlis re-union. Saya terlepas peluang kali ini...kerana...beraya di perantauan...

Sebenarnya saya rasa jealous dengan segelintir rakan-rakan yang sudah berjaya di dunia ini. Saya mungkin tidak akan pernah tahu apa erti 'berjaya' namun pada pandangan peribadi saya, anda adalah seorang yang berjaya jika apa yang anda inginkan atau impikan itu menjadi kenyataan.. heheh...merepek pulak...

No comments:

Post a Comment