Friday, 4 September 2009

~slices of reminders~

Salam Ramadhan buat ke sekian kalinya..malam ini genap separuh perjalanan saya di Madrasah Ramadhan ini..saya tahu bahawa pengajian di madrasah ini akan bersambung di United Kingdom tidak lama lagi.. Perasaan pun bercampur..sayang meninggalkan keluarga tanpa sempat bersama di hari lebaran, namun tidak sabar pula meneruskan perjalanan kehidupan mencari ruang untuk berbakti kepada anak bangsa...

Alhamdulillah, bakal 3rd year Bsc Occupational Therapy student, Cardiff University...

Sebenarnya banyak perkara yang bermain di minda sekarang... Saya mencari erti sebuah kehidupan yang berlandaskan Islam yang syumul.. Banyak usaha dilakukan..(usahlah dinyatakan di sini). Sahabat-sahabat juga banyak membantu tidak kira di UK mahupun di Malaysiaku ini. Alhamdulillah semuanya dalam peliharaan Allah.

Tetapi saya rasa seperti ada sesuatu yang mengganggu hati ini...Mazmumah dalam hati..saya sombong!! Saya menjaga hubungan saya dengan Allah tetapi hubungan saya sesama manusia pula bagaimana?? Muhasabah diri --> adakah kita patut bergaul dengan orang-orang yang kita selesa atau kita suka sahaja??

Layanan saya terhadap sesetengah orang yang tidak 'sebulu' dengan saya amat berbeza. Saya bisa menjadi seorang yang angkuh di hadapan mereka yang saya 'tak suka'!! Saya rasa jijik dan kotor apabila bergaul dengan mereka. Kenapa sifat itu tidak bisa dikikis dari diri?? Apakah salah silapnya? Solat saya yang tidak sempurna? Kadang-kadang sengaja melewatkan waktu solat.... Infaq harta? Kadang-kadang semangat mengumpul duit untuk masa depan mengatasi rasa pemurah sesama insan... Mungkin itu silapnya...

Saya diburu rasa bersalah atas perasaan-perasaan itu terhadap mereka... Perasan bagus!!!! Saya tidak tenang!

Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai...
Dengan rahmatMu ampunkan daku
Oh Tuhanku...
Wahai Tuhan..
Selamatkan aku ini..
Dari segala kejahatan dan kecelakaan...
aku takut, aku harap kepadaMu....
Suburkanlah cinta aku kepadaMu...
Akulah hamba yang mengharap..
KeredhaanMu...

No comments:

Post a Comment